Showing posts with label overland. Show all posts
Showing posts with label overland. Show all posts

Thursday, February 27

Debaran ke Koh Lipe

Ini cerita zaman kurun bila lahhhhh.

Walaupun gambor tak menarik sangat, tapi aku tak kira, nak share jugak. Hiihihi. Masa ni tengah zaman diploma lagi, mana la nak ada camera digital single lens reflex tu haa. Pakai camera bateri AAA je. Sampai sekerat jalan, bateri habis. Menangis.

Asyik cerita pasal bandar je kan, tukar angin la pulak, jadi kali ni nak cakap pasal pantai, pulau, laut dan sekutu dengan nya. Walaupun sebenarnya, ini je lah castaway vacation yang aku ada pun.

Banyak pulak bercelotehnye haaa.

Jadi, dalam banyak banyak trip yang aku pernah pergi, ini trip pertama aku pergi bukan dengan keluarga aku. Kiranya, trip ni, acah acah nak raikan yang aku dah habis diploma lah, masa pertengahan tahun 2011. Ini trip pertama yang aku guna semua duit aku jugak. Tak ada sponsor sponsor ye.

Bertolak harus lah dari Ipoh, lepas angkut barang pindah dari UiTM Penang semua tu. Awal pagi dah bertolak. Mak siap buatkan bekal lagi untuk aku. Nasi putih dengan lauk ikan sardin. Buat makan tengah hari. Aku pun mulakan perjalanan. Dengan harapan cuaca elok lah untuk trip ni. Disebabkan ini trip pertama, I did not bother to check ramalan kaji cuaca. Main redah aje. Newbie katanya.

Friday, December 13

Pengembaraan Kota Singa

Fuhh fuhh. Disebabkan Singapore ni tak banyak benda menarik pun sebenar nya, lebih kurang Malaysia je, trip kali ni tak ada lah awal sangat aku keluar dari hostel tu. Pukul 9 pagi baru nak siap siap. Waktu check out pukul 10 pagi tak silap aku. Hari kedua ni, aku tak ada nak berjalan ke mana sangat. Tapi disebabkan co-traveler aku tak pernah ke Singapore lagi, haa, pergi je lah kemana boleh. Lagipun flight ke KL pukul 9 malam nanti.


Semalam merata jalan bawak beg. Hari ni pun sama. Malas lah aku nak tinggal beg kat hostel, nanti kena ulang alik semua. Leceh. Terpaksa lah angkut beg ke hulur ke hilir. Disebabkan aku kesian kat co-traveler aku, nak kena bawak beg besar, aku pun bahagi barang sama rata, masuk beg aku. Beg aku tu, beg emergency, jenis beg yang eco yang bawak pegi supermarket tu je. Nasib lah cantik. Gambar doodolls. Kalau tak buat malu je.

Aktiviti pagi pergi breakfast di Arab Street. Lepas tu saja lah pergi cuci cuci mata buat aktiviti people watching di kawasan sekitar yang reachable by foot and train. Tapi masa ni aku tak berapa nak berani sangat nak ber-street photography gambar orang orang jalanan.Takut orang marah ha. Tapi dalam perjalanan aku nak ke Arab street tu, tragedi sangat bila aku terpijak tahi kucing. Yes. Kali ni tahi kucing pulak jadi habuan aku. Dah la pakai kasut baru masa tu. Tahi gajah yang aku terpijak masa di Ayuthaya tu pun, pakai crocs baru. Aku rasa aku ni terkena sumpahan tahi dan kasut baru.

Wednesday, December 4

Amazing Thailand: Heaven on earth in Chatuchak

Apa kes lah aku dengan title bahasa inggeris tapi isi blognya bahasa melayu kan. Aku pun tak faham. Yang aku tau, bunyi dia lagi sedap kalau dalam bahasa inggeris compare dengan bahasa melayu. Kalau nak tulis entry nya bahasa inggeris pulak, rasa tak puas, maklumlah vocabulary tak luas, tak feel sangat lah.

Ini hari terakhir aku di Bangkok. Bangun pagi pagi sedih je rasanya sebab nak balik dah. Kalau ikutkan hati, mau je aku extend percutian aku ni. Maklumlah sebab naik train, boleh la sesuka hati nak balik bila, kos pun tetap sama, bukan macam tiket flight tu. Tapi... Aku dah pun beli tiket train masa sampai hari pertama tu. Apakan daya. Kemas je lah semua barang.

Tapi.. train tu bertolak pukul dua petang. Jadi aku masih ada masa untuk pergi merayap di Chatuchak Market! Tapi sebelum tuu, aku pergi hantar beg ke train station. Simpan dalam stor kat situ. Gila kau nak pergi Chatuchak market tu dengan beg berat batu macam tu?! 

Chatuchak market ni macam macam ada. Cakap je nak apa, tak ada benda yang tak ada. Dari baju, jewelries, kasut, pokok bunga, rempah ratus, kain songket, kain meja, paintings, pinggan mangkuk, buah buahan, fridge magnet, miniature, taik gajah, johnny depp pun ada! Eh.


Thursday, November 28

Amazing Thailand: Exploring Rattanakosin Island

Hari ni agenda aku untuk jelajah Rattanakosin Island. Nama nak glamor je kan, padahal dalam Bangkok lagi. Seawal 7.30 pagi aku keluar. Pagi ni nak merasa lah naik bot mengharungi Menam Chao Phraya. Selalu kan dalam buku sejarah je ada belajar pasal Chao Phraya ni, jadi kali ni dapat experience sendiri! 

Tapi, co-traveler aku, tersalah pilih boat. Aku tak nak naik tourist boat, aku nak naik long tail boat tu je sebab lagi murah. Kikikiki. Tapi tak apalah. Asalkan sampai ke destinasi. Untuk ke Rattanakosin Island ni, kena turun kat Maharaj Pier tau.

Tuesday, November 26

Amazing Thailand: To the City of Angels

Hah. Hari ni aku nak cerita pasal trip aku ke Bangkok, Thailand masa awal tahun ni (2013). Masa tu tengah final exam lagi, plan asal konon nak overland Bangkok - Cambodia - Vietnam. Tapi masa tak mengizinkan, aku decide nak pergi Bangkok je lah untuk 7 hari. Kiranya, ini trip yang keempat agaknya yang aku pergi tanpa pengawasan orang dewasa. Eh.

Dalam busy busy study untuk final exam (ceh, busy ke pun?), aku pun tak tau macam mana aku curi masa untuk buat itinerary untuk Bangkok ni. Cek ticket flight pun mahal. Apa lagi, dengan hikmat Google aku cari procedure untuk travel by land. Naik train lah kekdahnya. Yang untungnya lepas habis final exam tak payah nak pindah pindah barang. Jadi tak adalah aku pening kepala nak fikir macam mana nak fully utilised masa yang ada.

Naik train ni bukan macam book flight ticket. Kau tak tau masa yang kau pilih tu ticket available ke tak. Jadi, kenalah bersusah sikit pergi email ke KTM tanya ticket available ke tak, kalau available, book je terus.  Nanti nak pick up ticket baru bayar.

Jadi, betul betul lepas final exam habis, aku kemas kemas beg, balik Ipoh, bagitau mak yang aku nak pergi ke Bangkok, pergi tukar duit Baht, beli bekalan makanan sikit, esoknya terus gerak ke Penang. Sebab train ke Hua Lampong, Bangkok tu startnya dari Butterworth, Penang.