Showing posts with label #2012. Show all posts
Showing posts with label #2012. Show all posts

Friday, April 11

Bandung: Pasar Baru

Sepatutnya entry ini dah tiada lagi.

Alang alang dah ada dalam draft, publishkan aje lah. Sebab nya, semua gambar gambar travel aku sudah selamat hilang. Innalillah... Nak buat macam mana, nak bersedih pun tak guna. Bukan dapat kembalikan gambar gambar tu walaupun walaupun teknologi kian canggih. Aku hanya mampu berserah dan plan trip seterusnya ke tempat yang sama untuk tangkap gambar yang sama. #Eh.

Orang kata bandung ni syurga membeli belah. 

Memandangkan ini experience pertama aku jejak kaki ke tanah Indonesia, aku percayalah memang syurga beli belah pun. Sepatutnya trip aku ke Bandung ni, pergi dengan kakak aku. Dia jugak yang sponsor tiket aku ke Bandung ni. Tapi.... last minute tu, sang suaminya tak dapat cuti, kena kerja. So terpaksalah cancel.

Mulanya aku pun malas nak pergi kalau tak ada dorang. Sebab satu satunya trip aku ke luar negara, ke Koh Lipe tu la. Itu pun dekat je, naik bot je. Aku masih takut takut lagi nak travel masa ni. Lepas tu kakak aku suruh jugak aku pergi ha. Dia suruh aku pergi dengam co-traveler aku tu la. Co-traveler aku pun excited nak pergi haa. Pertama kali naik flight katanya. Dia pun redha walaupun rege tiket flight dia tujuh kali ganda mahal dari tiket aku. Tiket aku harganya RM65 aje.

Flight aku sampai di airport Bandung, malam. Jadi sesampai je aku di sana, terus cari teksi untuk ke komplex Paskal Hyper Square. Kat sini hostel penginapan aku. Kalau dah sampainya pun malam, kroh kroh aja yang boleh. Bandung ni kan tutup awal semuanya.


Friday, December 13

Pengembaraan Kota Singa

Fuhh fuhh. Disebabkan Singapore ni tak banyak benda menarik pun sebenar nya, lebih kurang Malaysia je, trip kali ni tak ada lah awal sangat aku keluar dari hostel tu. Pukul 9 pagi baru nak siap siap. Waktu check out pukul 10 pagi tak silap aku. Hari kedua ni, aku tak ada nak berjalan ke mana sangat. Tapi disebabkan co-traveler aku tak pernah ke Singapore lagi, haa, pergi je lah kemana boleh. Lagipun flight ke KL pukul 9 malam nanti.


Semalam merata jalan bawak beg. Hari ni pun sama. Malas lah aku nak tinggal beg kat hostel, nanti kena ulang alik semua. Leceh. Terpaksa lah angkut beg ke hulur ke hilir. Disebabkan aku kesian kat co-traveler aku, nak kena bawak beg besar, aku pun bahagi barang sama rata, masuk beg aku. Beg aku tu, beg emergency, jenis beg yang eco yang bawak pegi supermarket tu je. Nasib lah cantik. Gambar doodolls. Kalau tak buat malu je.

Aktiviti pagi pergi breakfast di Arab Street. Lepas tu saja lah pergi cuci cuci mata buat aktiviti people watching di kawasan sekitar yang reachable by foot and train. Tapi masa ni aku tak berapa nak berani sangat nak ber-street photography gambar orang orang jalanan.Takut orang marah ha. Tapi dalam perjalanan aku nak ke Arab street tu, tragedi sangat bila aku terpijak tahi kucing. Yes. Kali ni tahi kucing pulak jadi habuan aku. Dah la pakai kasut baru masa tu. Tahi gajah yang aku terpijak masa di Ayuthaya tu pun, pakai crocs baru. Aku rasa aku ni terkena sumpahan tahi dan kasut baru.

Tuesday, December 10

Kota Singa: Universal Studio

Singapore. Kalau ikutkan, dah tiga kali aku keluar masuk Singapore. Semua pergi dengan orang yang berlainan. Entry ini aku compress semua pengalaman aku di Singapore, but the second trip being the main entry lah. Tak kan nak buat tiga entry yang berlainan pulak. Lagi pun first and third trip tu aku tangkap gambar pakai camera fon je. Tak syok sangat lah kalau nak buat gambar besar besar.

Kali pertama aku pergi solo. Ceh. Tak solo sangat le. Kali pertama pergi, baru mula cuti semester waktu diploma. Tahun 2009. Masa tu, kakak aku yang pertama, dah ada trip ke Phuket dengan kawan dia. Kakak aku yang kedua, tengah outstation kat Singapore. Tak kan aku datang KL nak duduk rumah sorang pulak kan. Jadi kakak aku yang first tu, sponsor la tiket penerbangan ke Singapore.

Kali pertama aku ke Singapore, berbekalkan duit sebanyak 100 SGD sahaja. Maklumlah, penginapan hotel berbintang bintang ditanggung company kakak aku yang tengah outstation tu. Makan pulak, kakak aku yang bayar. Kiranya 100 SGD tu, duit untuk aku buat jalan jalan di Singapore time kakak aku tengah kerja.Aku pun ambil kesempatan lah duduk lama sikit kat sana. Tak lama mana pun. Enam hari je.

Kali pertama aku pergi Singapore ni, kali pertama jugak untuk aku naik flight seorang diri. Takut rasanya. Takut tertinggal flight la, takut tersalah flight lah, takut kena soal siasat dengan imigresen lah. Macam macam. Bila dah sampai ke Singapore pulak, itu kali pertama aku kena isi immigrant pass. Ada benda yang aku tak faham nak tulis apa, siap tiru orang sebelah lagi ha!