Thursday, February 27

Debaran ke Koh Lipe

Ini cerita zaman kurun bila lahhhhh.

Walaupun gambor tak menarik sangat, tapi aku tak kira, nak share jugak. Hiihihi. Masa ni tengah zaman diploma lagi, mana la nak ada camera digital single lens reflex tu haa. Pakai camera bateri AAA je. Sampai sekerat jalan, bateri habis. Menangis.

Asyik cerita pasal bandar je kan, tukar angin la pulak, jadi kali ni nak cakap pasal pantai, pulau, laut dan sekutu dengan nya. Walaupun sebenarnya, ini je lah castaway vacation yang aku ada pun.

Banyak pulak bercelotehnye haaa.

Jadi, dalam banyak banyak trip yang aku pernah pergi, ini trip pertama aku pergi bukan dengan keluarga aku. Kiranya, trip ni, acah acah nak raikan yang aku dah habis diploma lah, masa pertengahan tahun 2011. Ini trip pertama yang aku guna semua duit aku jugak. Tak ada sponsor sponsor ye.

Bertolak harus lah dari Ipoh, lepas angkut barang pindah dari UiTM Penang semua tu. Awal pagi dah bertolak. Mak siap buatkan bekal lagi untuk aku. Nasi putih dengan lauk ikan sardin. Buat makan tengah hari. Aku pun mulakan perjalanan. Dengan harapan cuaca elok lah untuk trip ni. Disebabkan ini trip pertama, I did not bother to check ramalan kaji cuaca. Main redah aje. Newbie katanya.


Sekerat jalan, tiba tiba start hujan. Bila start hujan, macam biasa lah jalan pun jem sekali. Aku pun dah mula gelisah. Sempat ke nak kejar bot ke Koh Lipe nye. Bot ke Langkawi aku tak kisah, banyak. Bot dari Langkawi ke Koh Lipe, hanya dua kali sehari.

Dah la pulak, masa tu, aku tak reti nak berjual beli tiket online ni. Aku mintak tolong kakak aku belikan. Katanya, dia beli tiket pergi je, tiket balik untuk speedboat ke Koh Lipe tu dia tak beli lagi. Dah la pulak, pagi tu baru nak pergi beli nye ha. Lagi la aku stress. Maklum lah. First taim merantau tanpa keluarga. Selalu tu, keluarga ada menunggu di destinasiiiiii. Kikikiki


Fuhh, sampai jugak akhirnya.  Tapi... sampai je jeti Kuala Perlis ni, berambat (berlari) pergi beratur. Harap harap ada lah tiket bot yang paling awal, iaitu 1130 pagi. Malangnya orang kaunter tu kata, dah habis. Terpaksa lah jugak beli tiket pukul 1230. Tiba tiba, tengah tunggu tunggu tu, orang bot tu pun tengah selenggara manusia yang nak turun naik bot tu kata, ada kekosongan untuk boat yang bertolak pukul 1130. Aku pun apa lagi, serbu! Tapi last last, nak tunggu rang masuk lagi, susun beg semua, pukul 1230 jugak bot tu jalan.



Masa beli tiket feri kat Kuala Perlis tu, pakcik kaunter tu adalah tanya, nak pergi Langkawi belah mana, dia boleh uruskan transportation sepanjang di Langkawi. Aku kan jenis tak suka orang busy body, aku dengan sombongnya cakap, bukan nak pergi Langkawi pun, nak ke Koh Lipe. Lepas tu dia cakap, ada lagi satu pasangan pun nak ke Koh Lipe. Dalam hati aku, ahhh aku peduli apa dengan dorang tu, bukan kenal pun. Huhuhuh

Jadi kisahnya, lepas dah sampai ke Langkawi, aku kena pergi ke Telaga Harbour. Kat sini la naik speedboat untuk ke Lipe Island tu. Oh by the way, Lipe ni terletaknye kat belakang Langkawi, kira kira 40 minit naik speedboat.

Lepas turun dari bot ke Langkawi tu, aku berkejaran lah nak cari taxi untuk ke Telaga Harbour tu. Tiba tiba ada orang belari kejar aku. Jeng jeng jeng. Rupa nya couple yang nak pergi ke Koh Lipe tu jugak. Dia suggest kitaorang share taxi. Murah sikit. Tanpa membuang masa, aku pun setuju.

Bila sampai je ke jetty Telaga ni, aku terus pergi office dia cepat cepat. Fuhhh.. Nasib baik lah pembelian online tu dah diproses. Nasib baik. Kalau tak, tidur lah aku kat jetty ni je selama tiga hari dua malam.



Lepas kira kira 40 minit, sampai lah aku dekat Koh Lipe ni. Pulau nya kecik. Airnya jernih. Tapi speedboat tu berhenti tengah tengah laut. Dia tunggu long tail boat yang pindahkan semua orang ke pulau tu. Sambil sambil tunggu orang semua berebut nak naik long tail bot tu aku pun amik la gambar laut yang membiru. Walaupun di tengah lautan, masih boleh nampak apa yang ada kat dasar laut tu! Teruja sangat. Orang tak pernah pergi Krabi lah katakan.



Malangnya cuaca tidak mengizinkan. Bukan hujan. Tapi mendung. Bnayak awan. Jadi tak nampak pantulan awan biru dekat air laut tu.


Tanpa membuang masa, aku pun, lepas check in di imigresen dia yang macam pondok buruk tu je, terus lah berangkat ke Sunrise Beach. Pulau ni ada tiga pantai, sunrise, sunset, dan pattaya beach. Pattaya beach tu, main beach dia, yang happening sekali. Paling secluded, Sunset beach. Tapi situ tak cantik sangat pantainya. Pasir hitam. Kat Sunrise ni, pasir kasar. Kiranya, Pattaya beach la paling menarik.



Lepas check in ni pondok buruk yang berharga RM40 satu malam, aku bercadang berjalan pergi ke Sunset beach. Tapi sebelum tu, nak la isi perut dengan bekalan yang mak buatkan tu. Nasi dengan ikan sardin. Bukak bukak, nasi dah basi. Berkuap teruk sangat kot. Erm, makan lah aku ikan sardin je. Tapi masih berbaki, jadi aku fikir, malam nanti boleh cari roti. Lepas tu aku teruskan plan asal. Nak ke pantai yang nun sebelah sana. Acah acah tengok sunset. Tapi apa pun tak dapat. Awan kelabu je yang menyambut aku.




Waktu malamnya pulak, aku cari makan di Pattaya beach. Jalan kiri kanan gelap, tak ada lampu sepanjang jalan ke Pattaya. Harapkan lampu rumah orang je. Macam aku cakap, Pattaya ni je paling happening. Makanan halal ada kat sini. Seafood halal pun ada.





Ini makan ruji di Koh Lipe. Banana pancake katanya. Memang pagi petang siang malam makan benda ni. Hihihihi

Ada satu cerita, tak beberapa lama selepas aku kembali bercuti dari Koh Lipe ni, aku ada terbaca satu website. Dia bagitau, pasal beberapa tempat yang berhantu sangat sangat. Aku tak tahu lah kesahihan nya. Tapi dalam article tu, Koh Lipe ni, satu antara sepuluh yang disenaraikan. O.M.G! Dah la dua malam aku main jalan je kat kawasan tu ulang alik dari Pattaya ke Sunrise beach, boleh dia kata tempat tu berhantu?!

No comments: