Fuhh fuhh. Disebabkan Singapore ni tak banyak benda menarik pun sebenar nya, lebih kurang Malaysia je, trip kali ni tak ada lah awal sangat aku keluar dari hostel tu. Pukul 9 pagi baru nak siap siap. Waktu check out pukul 10 pagi tak silap aku. Hari kedua ni, aku tak ada nak berjalan ke mana sangat. Tapi disebabkan co-traveler aku tak pernah ke Singapore lagi, haa, pergi je lah kemana boleh. Lagipun flight ke KL pukul 9 malam nanti.
Semalam merata jalan bawak beg. Hari ni pun sama. Malas lah aku nak tinggal beg kat hostel, nanti kena ulang alik semua. Leceh. Terpaksa lah angkut beg ke hulur ke hilir. Disebabkan aku kesian kat co-traveler aku, nak kena bawak beg besar, aku pun bahagi barang sama rata, masuk beg aku. Beg aku tu, beg emergency, jenis beg yang eco yang bawak pegi supermarket tu je. Nasib lah cantik. Gambar doodolls. Kalau tak buat malu je.
Aktiviti pagi pergi breakfast di Arab Street. Lepas tu saja lah pergi cuci cuci mata buat aktiviti people watching di kawasan sekitar yang reachable by foot and train. Tapi masa ni aku tak berapa nak berani sangat nak ber-street photography gambar orang orang jalanan.Takut orang marah ha. Tapi dalam perjalanan aku nak ke Arab street tu, tragedi sangat bila aku terpijak tahi kucing. Yes. Kali ni tahi kucing pulak jadi habuan aku. Dah la pakai kasut baru masa tu. Tahi gajah yang aku terpijak masa di Ayuthaya tu pun, pakai crocs baru. Aku rasa aku ni terkena sumpahan tahi dan kasut baru.
Start di Clarke Quay, kaki aku dah sakit dah. Gatal sangat pegi berjalan pakai kasut baru tu. Bukan setakat melecet belakang kaki dan jari kaki, habis sampai dua dua ibu jari aku naik lebam, sampai ada pendarahan dalam kuku. Dua dua ibu jari kaki ok! Tapi apakan daya, terpaksalah gagahkan berjalan sampai malam. Tak kan nak duduk je sampai malam. Lagi pun time ni tak nampak lagi darah dalam kuku tu, baru naik lebam sikit je. Huhuhu. Pengajarannya, kalau nak berjalan kemana mana dalam jangkamasa lama, jangan la dok gatal sangat nak pakai benda baru. Kasut baru ke, seluar baru ke, beg baru ke. Sebabnya, kita tak tau lagi kondisi dan capabilities barang baru tu kalau pakai dalam waktu yang lama. Kot terkoyak ke apa ke.
Sebenarnya, sepanjang hari kedua ni, cuaca tak berapa baik. Hujan start dari tengah hari lagi. Berhenti sejam dua, petang start hujan balik. Sampaikan ada kena merempat di bus stop nak tunggu hujan surut sikit untuk menapak di tempat lain. Nasib baik lah aku tak pilih hari ni untuk spend di USS. Kalau tak mesti menyesal. Tapi walaupun hujan, aku tetap nak berjalan jalan dan ambil gambar walaupun rintik rintik. Sampaikan, kamera besar gabak tu aku balut dengan plastik berbunga bunga sebab tanak kena air hujan masa nak bergambar, walaupun sebenarnya camera tu ada feature weather-sealed. Last last susah sangat nak handle dengan berplastik bagai, aku guna je hujan hujan tu pun. Tapi, weather-sealed setakat hujan renyai renyai tu aku berani lagi la nak guna. Kalau dah lebat sangat tu, memang cari nahas lah nak jahanamkan kamera kan.
Kali ketiga aku pergi ke Singapore, dengan kakak aku yang sponsor penerbangan aku ke Singapore ni dulu. Tapi kali ni aku masuk Singapore guna jalan darat. Murah tu memang murah naik bus ke sana, Tapi leceh ya amat lah time berhenti kat imigresen tu. Nak kena turun naik bus. Macam naik train Butterworth-Bangkok je rasanya ha. Tapi naik train tu ok lagi sebab kita akan naik train yang sama, bus ni pulak kena berebut tunggu giliran naik bus yang lain dari yang kita initially naik tu.
Tapi kali ketiga ke Singapore ni, buat daytrip je. Itu pun pergi jalan jalan di Orchard road dan Esplanade, lepas tu tapau sup merah di Arab Street je. Time aku pergi kali ketiga ni, Orchard road tu dah macam Sogo rasanya. Banyak betul pinoy dan indon serta bangla ok! Siap bertukar tukar nombor fon bagai haa. Mamat mamat bangla ni pulak, pandang perempuan indon/pinoy ni atas bawah tak kelip kelip mata. Geli aku tengok nya -.-"
p/s: Ini cerita tambahan yang bertarikh 10 dec 2013. Rabu. Aku nak bagitau. Se-jejak nya aku di ofis di pagi hari, tercungap cungap berjalan ke ofis, aku duduk rehat tenangkan nafas. Tiba tiba. aku terbau macam bau tahi. Ya. Sekali lagi. Tahi kucing di kasut skechers aku yang berumur hanya sebulan. See? Aku dah kata aku terkena sumpahan tahi dan kasut baru. Bukan aku yang tak tengok jalan, tapi masalahnya, lepas dah pijak kali pertama dengan kasut baru, lepas tu memang dah tak ada terpijak dah. Ini yang buat aku takut nak beli kasut baru lagi ni. Haih.
p/s: Ini cerita tambahan yang bertarikh 10 dec 2013. Rabu. Aku nak bagitau. Se-jejak nya aku di ofis di pagi hari, tercungap cungap berjalan ke ofis, aku duduk rehat tenangkan nafas. Tiba tiba. aku terbau macam bau tahi. Ya. Sekali lagi. Tahi kucing di kasut skechers aku yang berumur hanya sebulan. See? Aku dah kata aku terkena sumpahan tahi dan kasut baru. Bukan aku yang tak tengok jalan, tapi masalahnya, lepas dah pijak kali pertama dengan kasut baru, lepas tu memang dah tak ada terpijak dah. Ini yang buat aku takut nak beli kasut baru lagi ni. Haih.
No comments:
Post a Comment