Hari ni agenda aku untuk jelajah Rattanakosin Island. Nama nak glamor je kan, padahal dalam Bangkok lagi. Seawal 7.30 pagi aku keluar. Pagi ni nak merasa lah naik bot mengharungi Menam Chao Phraya. Selalu kan dalam buku sejarah je ada belajar pasal Chao Phraya ni, jadi kali ni dapat experience sendiri!
Tapi, co-traveler aku, tersalah pilih boat. Aku tak nak naik tourist boat, aku nak naik long tail boat tu je sebab lagi murah. Kikikiki. Tapi tak apalah. Asalkan sampai ke destinasi. Untuk ke Rattanakosin Island ni, kena turun kat Maharaj Pier tau.
Jadi bila dah sampai, aku pun menapak lah dari satu temple ke satu tempat yang lain. Bawah matahari yang terik gila tu aku menjelajahi setiap temple yang reachable by foot. Itu pun, setelah bersusah payah jalan kaki, setiap temple yang popular mesti kena bayar. Bukan setakat seringgit dua ringgit, paling murah RM5 ok! Tapi ada jugak la yang free, cuma tempatnya kat ceruk ceruk lah. Aku pun, idak la sanggup nak bayar semata mata nak masuk rumah sembahyang buddha ni. Tangkap gambar dari luar je lah.
Bangkok ni yang seronok sekali sebab buah buahan segar are abundantly available, anywhere anytime. Aku tak tau lah berapa kali dah aku cakap benda ni. Teruja banyak buah murah! Jadi setiap kali lunch, aku hanya akan beli buah banyak banyak, bersama jus buah yang diperah jugak. Cakap je nak buah apa, mangga, guava, pink guava, delima, tembikai, limau, strawberry, semua ada lah!
Haa, lepas dah inject vitamin kononnya, sambung lah berjalan kaki ke hulur ke hilir semata semata nak penuhkan memory card camera ni.
Last stop sebelum pergi di MBK centre untuk dinner di Food Avenue dalam tu, aku berhenti kat Wat Arun. Naik bot pergi seberang. Katanya kat belakang Wat Arun ni ada masjid.
Jalan punya jalan, jumpa lah surau. Surau dia kat kawasan yang scary ok! Dah lah masa tu cuaca macam lagi
sejam nak masuk maghrib. Lagi lah seriau. Sebabnya, masjid tu memang
dalam satu perkampungan islam. Daif sangat. Lepas tu nak ke masjid tu,
kau kena melintasi kubur. Kubur tu betul betul belakang masjid tu. Kubur islam ye. bukan kubur cina ke india ke.
Laluan dia macam ala jejantas, kiri kanan kau ada kubur.Fuh. Meremang bulu roma aku! Lepas solat, cepat cepat keluar dari kawasan tu. Takut! Idak la berani aku nak tangkap gambar suasan tu. Kang tak pasal pasal ada entiti dalam gambar tu. Histeria, tak pasal pasal masuk berita Bangkok.
No comments:
Post a Comment