Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Thursday, January 22

Ho Chi Minh: Cai Be & Vinh Long

Aku tersalah beli tour sebenarnya.

Ini hari terakhir aku di Vietnam. Aku tak ada solid plan pun. Antara nak pergi tour chu chi tunnel atau tour mekong. Aku pun pilih aje lah untuk buat half day tour on Mekong river tu since aku tak dapat pergi Tonle Sap punya tour kat Cambodia tu.

Tour ni approximately RM30 je. Tapi... tour ni tak seperti yang aku expect. Aku imagine naik sampan buruk tu, berlayar dalam sungai yang hutan kiri kanan. Rupa rupanya, tour yang aku beli ni, jenis yang naik tourist boat tu. Nasib la labu.

Ini lah itinerary yang paling membosankan seumur hidup aku.

Sunday, January 18

Mui Ne: Kadang Kadang Busuk

Kali ni, lebih awal aku bangun. Gigih, keluar bilik pukul 4 pagi. Of course lah aku tak mandi pagi! Asalkan dapat menikmati sunrise di padang pasir. Bahahaha


Monday, January 12

Mui Ne: Tak Mungkin Akan Kau Jemu

Pardon my dusty images. Aku malas nak buat spot removal banyak banyak kali. Ada je la spot yang tertinggalnya pun. Stress betul rasanya bila image sensor masuk habuk. Bukan satu, bukan dua tiga empat, tapi lebih dari tu! Dan tak ada apa yang dapat selamatkan sensor tu sehingga aku hantar pergi cleaning di kedai. Sigh

Pagi kedua di Mui Ne aku nekad. Aku nekad nak pergi bersunrise di padang pasir. 


Sunday, January 11

Mui Ne: Sand Sliding di Red Sand Dunes

Ho Chi Minh. Padat. Sesak. Polluted. Unless kau seorang shopper tegar, haa, kau duduk lah seminggu dekat Ho Chi Minh, itu tak tentu cukup lagi masa tu untuk kau. Tapi untuk aku, Ho Chi Minh ni tak ada tempat menarik untuk sight seeing. Satu hari pun dah cukup.

Oleh yang demikian, hari kedua di Vietnam, aku decide untuk pergi ke Mui Ne!


Saturday, July 12

Ho Chi Minh City: Dull & Lifeless

Dibangunkan dengan bunyi hon yang meriah di pagi hari, aku rasa excited nak pergi ke Ho Chi Minh ni.

Bus pulak, macam flight dah rasanya. Siap ada bus attendant dan dapat makanan free. Tapi aku tak sanggup le nak sentuh makanan tu walaupun lapar sangat rasanya. Sepanjang perjalanan aku tidur je bagi menggelakan lapar.

Di satu perhentian, dalam tidur, aku ada bau makanan. Bus tu berhenti untuk rehat. Aku pun terjaga sebab bau macam sedap je. Aku bukak mata je, co-traveler aku dah habiskan makanan dalam kotak dia.

Aku pun tanya, "Dia makan apa?"

Co-traveler aku terus tunjuk kotak dia yang dah kosong tu.

Aku terpinga pinga jugak la. Sebab dia berani nak makan benda dalam kotak tu. Sebabnya, sebelum ni kalau aku ajak makan kat restoran mana mana, restoran india la particularly, dia yang nombor satu was was. Padahal dah ada jata halal kat restoran tu. Tup tup, aku bangun je, tau tau dah habis makanan dia tu.


Monday, May 12

Nomad Selama 12 Hari

Sedih betul bila dibangunkan dari mimpi.

Ewahhh. Tak sedar diri lagi berapa hari je nak start semester baru.

Masih ingat cerita harddisk aku telah melenyapkan semua gambar gambar travel aku? Guess what. Aku berjaya recover almost half dari gambar gambar tu. Dan gambar Bandung masih terselamat! Tapi aku malas nak menulis cerita Bandung tu sekarang.

Cerita baru ni pun aku malas nak menulis sebenarnya. Jadi buat sementara waktu, aku bagi teaser je untuk destinasi yang telah aku terokai sejurus selepas aku habis internship aku tu. Kui kui kui. Ayat nak ayat blogger artist je kan. Macam lah kau tu ada follower. Puihhh