Wednesday, December 4

Amazing Thailand: Heaven on earth in Chatuchak

Apa kes lah aku dengan title bahasa inggeris tapi isi blognya bahasa melayu kan. Aku pun tak faham. Yang aku tau, bunyi dia lagi sedap kalau dalam bahasa inggeris compare dengan bahasa melayu. Kalau nak tulis entry nya bahasa inggeris pulak, rasa tak puas, maklumlah vocabulary tak luas, tak feel sangat lah.

Ini hari terakhir aku di Bangkok. Bangun pagi pagi sedih je rasanya sebab nak balik dah. Kalau ikutkan hati, mau je aku extend percutian aku ni. Maklumlah sebab naik train, boleh la sesuka hati nak balik bila, kos pun tetap sama, bukan macam tiket flight tu. Tapi... Aku dah pun beli tiket train masa sampai hari pertama tu. Apakan daya. Kemas je lah semua barang.

Tapi.. train tu bertolak pukul dua petang. Jadi aku masih ada masa untuk pergi merayap di Chatuchak Market! Tapi sebelum tuu, aku pergi hantar beg ke train station. Simpan dalam stor kat situ. Gila kau nak pergi Chatuchak market tu dengan beg berat batu macam tu?! 

Chatuchak market ni macam macam ada. Cakap je nak apa, tak ada benda yang tak ada. Dari baju, jewelries, kasut, pokok bunga, rempah ratus, kain songket, kain meja, paintings, pinggan mangkuk, buah buahan, fridge magnet, miniature, taik gajah, johnny depp pun ada! Eh.













Datang Bangkok ni, wajib rasa semua air buah dia yang fresh fresh tu OK! Air teh bunga dia pun mesti minum ye! Wajib beli buah buah segar jugak. Muraaaahhhh! Rugi lah siapa yang tak makan buah buah kat sini. Ish Ish

Jadi sebelum berangkat pulang, aku sempat borong rempah ratus sikit untuk mak, beberapa botol air buah, dan paling penting, berbungkus bungkus buah buahan yang pelbagai jenis :D

 

Bagi siapa siapa yang nak tau, bajet aku ke Bangkok untuk seminggu ni, termasuk makan minum accomodation dan train, semua sekali approximately RM700. Ok. Sekian. Bye bye Bangkok. Bye bye Menam Chao Phraya.

No comments: