Hah. Hari ni aku nak cerita pasal trip aku ke Bangkok, Thailand masa awal tahun ni (2013). Masa tu tengah final exam lagi, plan asal konon nak overland Bangkok - Cambodia - Vietnam. Tapi masa tak mengizinkan, aku decide nak pergi Bangkok je lah untuk 7 hari. Kiranya, ini trip yang keempat agaknya yang aku pergi tanpa pengawasan orang dewasa. Eh.
Dalam busy busy study untuk final exam (ceh, busy ke pun?), aku pun tak tau macam mana aku curi masa untuk buat itinerary untuk Bangkok ni. Cek ticket flight pun mahal. Apa lagi, dengan hikmat Google aku cari procedure untuk travel by land. Naik train lah kekdahnya. Yang untungnya lepas habis final exam tak payah nak pindah pindah barang. Jadi tak adalah aku pening kepala nak fikir macam mana nak fully utilised masa yang ada.
Naik train ni bukan macam book flight ticket. Kau tak tau masa yang kau pilih tu ticket available ke tak. Jadi, kenalah bersusah sikit pergi email ke KTM tanya ticket available ke tak, kalau available, book je terus. Nanti nak pick up ticket baru bayar.
Jadi, betul betul lepas final exam habis, aku kemas kemas beg, balik Ipoh, bagitau mak yang aku nak pergi ke Bangkok, pergi tukar duit Baht, beli bekalan makanan sikit, esoknya terus gerak ke Penang. Sebab train ke Hua Lampong, Bangkok tu startnya dari Butterworth, Penang.
Kalau nak naik train tu, sediakanlah diri dengan bahan hiburan sendiri, sebab perjalanan dari Butterworth ke Hua Lampong tu ambil masa approximately 21 hours.
Sampai di Bangkok kira kira jam 11 pagi. Lepas tu terus check in di Saphaipae Hostel. Hostel ni mujurlah dekat dengan station Surasak. Jadi senanglah aku nak bergerak kesana kesini. Hostel ni jugak, by far was the best hostel I have ever been to. Tilam empuk, toilet bersih tak ada geli geli, decor pun colorful. Dorm lelaki dengan dorm perempuan kat level yang berlainan. Nak masuk setiap level tu kena ada pass. Rasa selamat sangat lah hostel ni. Cuma... errr.. kadang kadang kau akan tercuci mata kat toilet tu sebab perempuan perempuan mat salleh semua bantai bogel lepas shower. Tiap kali lepas aku habis mandi je, bukak pintu bilik shower, mesti berdebar debar je rasanya, takut nampak apa apa dari pandangan depan.
Above all, hostel ni memang syok la! If I were to come back, I'll definitely choose this place again. Oh by the way, rate untuk satu malam, 300 baht sahaja.
No comments:
Post a Comment