Showing posts with label Theme Park. Show all posts
Showing posts with label Theme Park. Show all posts

Monday, December 23

Window of the World

Visa yang penat penat aku buat sebelum exam tu, aku guna pakai di hari ketiga. Hari ni aku melawat Window of the World di Shen Zhen, China. Perjalanannya ada lah sejam lebih dengan menaiki tren.


Sunday, December 22

Disneyland Adventure!

Hari kedua ni Hong Kong, pergi ke Disneyland di Lantau Island. Masa kecik aku teringin betul nak pergi tempat macam ni. Macam tak percaya aku dah jejak ke Disneyland ni walaupun theme park ni baru sangat bukaknya masa pergi dulu. Tak banyak benda sangat pulak tu. Sekarang ni, aku tengok gambar orang lain, macam dah banyak benda jeeeee.


Ini special train untuk ke Disneyland. Seronok train dia! Bagi aku lah. Sebab dalam dia ada decor sikit. Lepas tu kerusi dia ada kusyen!

Tuesday, December 10

Kota Singa: Universal Studio

Singapore. Kalau ikutkan, dah tiga kali aku keluar masuk Singapore. Semua pergi dengan orang yang berlainan. Entry ini aku compress semua pengalaman aku di Singapore, but the second trip being the main entry lah. Tak kan nak buat tiga entry yang berlainan pulak. Lagi pun first and third trip tu aku tangkap gambar pakai camera fon je. Tak syok sangat lah kalau nak buat gambar besar besar.

Kali pertama aku pergi solo. Ceh. Tak solo sangat le. Kali pertama pergi, baru mula cuti semester waktu diploma. Tahun 2009. Masa tu, kakak aku yang pertama, dah ada trip ke Phuket dengan kawan dia. Kakak aku yang kedua, tengah outstation kat Singapore. Tak kan aku datang KL nak duduk rumah sorang pulak kan. Jadi kakak aku yang first tu, sponsor la tiket penerbangan ke Singapore.

Kali pertama aku ke Singapore, berbekalkan duit sebanyak 100 SGD sahaja. Maklumlah, penginapan hotel berbintang bintang ditanggung company kakak aku yang tengah outstation tu. Makan pulak, kakak aku yang bayar. Kiranya 100 SGD tu, duit untuk aku buat jalan jalan di Singapore time kakak aku tengah kerja.Aku pun ambil kesempatan lah duduk lama sikit kat sana. Tak lama mana pun. Enam hari je.

Kali pertama aku pergi Singapore ni, kali pertama jugak untuk aku naik flight seorang diri. Takut rasanya. Takut tertinggal flight la, takut tersalah flight lah, takut kena soal siasat dengan imigresen lah. Macam macam. Bila dah sampai ke Singapore pulak, itu kali pertama aku kena isi immigrant pass. Ada benda yang aku tak faham nak tulis apa, siap tiru orang sebelah lagi ha! 

Tuesday, December 3

Amazing Thailand: Lost in Siam

Hah. Title bukan main nak sesat sesat kan. Tapi memang sesat pun hari ni. Kiranya, hari ni hari yang kelima aku di Thailand. Konon nak pergi ke floating market. Tapi bukan yang Damnoen Saduak yang 60KM dari Bangkok tu. Sebab aku malas nak cari tour dia. Jadi plan nak pergi melawat floating market di Bang Khu Wiang. Naik taxi ok. Sebab dalam google map macam dekat je. Lagi pun nak cepat, sebab aku baca, dalam pukul 7 8 pagi, floating market kat sini dah habis dah.

Tahan taxi. Pak cik taxi tu kata dia macam tau tempat tu. Macam. Disebabkan punya awal aku bangun pagi tu, lepas tu tak nak tunggu lama lama cari taxi yang memang tau tempat tu, aku naik je lah taxi tu untuk ke floating market di Bang Khu Wiang tu.

Mula nya aku baca gerak geri pak cik taxi tu, dia macam tak tahu pun tempat tu. Siap berhenti kat station minyak, tanya direction kot kot orang station minyak tu tau. Kesian pulak aku tengok. Bersungguh sungguh dia nak bawak aku ke floating market yang aku katakan tu. Lepas mintak direction, kami teruskan perjalanan. Aku nampak signboard Bang Khu Wiang tepi jalan! Siap dengan gambar floating market lagi. Aku excited sebab pak cik taxi tu bawak aku ke arah yang betul. 

Kira kira 7.30 pagi. Aku sampai di destinasi. Kosong. Scenery yang dikatakan ada sami beli belah di floating market ni pun haram nak ada. Frust aku. Dah habis ke floating market nya? Lambat sangat ke aku sampai ni? Pak cik taxi tu sembang sembang kejap dengan orang kat kawasan tu, rupa rupanya floating marketnya dah berpindah. Sedih aku. Pak cik taxi tu pun rasa macam serba salah je aku tengok sebab tak dapat tunaikan permintaan aku.