Showing posts with label #2010. Show all posts
Showing posts with label #2010. Show all posts

Sunday, January 12

Mendaki Victoria's Peak

Tak daki sangat pun sebenarnya.

Kiranya ini hari terakhir untuk percutian kali ini. Hari ini agendanya pergi ke Victoria's Peak, spend seharian waktu di Madame Tussauds. Victoria's Peak ni sebelah Hong Kong Island. Jadi... Sebelum pergi ke sana.... Pagi pagi lagi tanpa melengahkan masa kami pergi berjalan jalan dulu untuk shopping. Kakak aku gila Uniqlo sikit. Jadi dia pergi ke Uniqlo dulu, tinggalkan aku dan kakak aku lagi sorang di belakang. Last last, dia sampai dulu pun, Uniqlonya masih nak set up. Tak bukak pun lagi kedainya. Kih kih kih. Kesian... Kedai kat Hong Kong ni yang aku perasan, bukak lambat.

Lagi satu, kalau naik escalator kat Hong Kong ni, jaga jaga! Haaa. Pegang kiri kanan. Escalator dia kebanyakkannya panjang panjang dan paling penting, laju gila! Rasa macam nak terbang je bila naiknya Eh. Over pulak.

Friday, December 27

Berjudi di Macau

Macau adalah destinasi seterusnya. Pada mulanya, kakak aku cakap, nak bermalam sehari di Macau. Tapi entah apa jadi, trip ni pun jadi one day trip je. Dari Hong Kong ke Macau, naik boat. Perjalanannya dalam sejam jugak.

Monday, December 23

Window of the World

Visa yang penat penat aku buat sebelum exam tu, aku guna pakai di hari ketiga. Hari ni aku melawat Window of the World di Shen Zhen, China. Perjalanannya ada lah sejam lebih dengan menaiki tren.


Sunday, December 22

Disneyland Adventure!

Hari kedua ni Hong Kong, pergi ke Disneyland di Lantau Island. Masa kecik aku teringin betul nak pergi tempat macam ni. Macam tak percaya aku dah jejak ke Disneyland ni walaupun theme park ni baru sangat bukaknya masa pergi dulu. Tak banyak benda sangat pulak tu. Sekarang ni, aku tengok gambar orang lain, macam dah banyak benda jeeeee.


Ini special train untuk ke Disneyland. Seronok train dia! Bagi aku lah. Sebab dalam dia ada decor sikit. Lepas tu kerusi dia ada kusyen!

Friday, December 20

Hong Kong Ladies Market

2010. Tahun yang pertama kali aku dapat melancong ke luar negara! Tak akan ku lupakan sejarah ini. HAHAHA. Maaflah, korek cerita lama. Saja nak show off gambar. Walaupun tak cantik sangat pun sebab masing masing yang bawak camera masih baru dalam mengendalikan DSLR. Sekurang kurangnya ada gambar, daripada tak ada langsung. Ye dak?

Ini. Ini kali pertama aku travel ke luar negara. Eh. Mungkin kali kedua. Yang pertama Singapore. Tapi tak kisah lah. Ini kali pertama travel ke negara sejuk! Masa tu masih muda, tak tau nak berfesyen baju berlapis lapis bila ke negara sejuk. Tak mampu pulak tu nak beli jaket cantik cantik. Mampu pakai sweater buruk je. Ceh, bukan sejuk sangat pun sebenarnya. Tapi, ada la sikit effort nak cantik, siap pecahkan tabung semata mata nak beli mid-calf boots untuk trip ni. Kau mampu? Setakat guna duit mak bapak tu, tak payah cerita lah.


Nak pergi Hong Kong ni, exactly satu hari lepas aku habis final exam. Jadi bila nak final exam tu tak tentu arah lah sikit. Macam macam berangan, mimpi semua ada. Excited katanya. Tapi dalam excited, terpaksa bersusah payah sikit. Sebabnya, pergi Hong Kong ni, nak masuk ke China sekejap. Jadi nak masuk ke China tu, kena ada visa pulak. Dah lah aku masa tu tengah hectic dengan final exams, lepas tu nak kena cari agent buat visa pulak dah. 

Dah la pulak, tengah hujung bulan, berikat perut aku. Masa buat visa tu harga nya RM58 je, tapi agent tu charge RM80 untuk courier apa entah. Aku pun tak faham. Maklumlah, budak lagi masa tu. Background gambar pulak kena warna putih, terpaksa aku pergi tangkap gambar lain. Melayang lagi duit. Macam mana aku boleh ingat semua ni? Sebab aku tulis entry ni aku refer yang lama punya blog. Kikikiki