Monday, December 23

Window of the World

Visa yang penat penat aku buat sebelum exam tu, aku guna pakai di hari ketiga. Hari ni aku melawat Window of the World di Shen Zhen, China. Perjalanannya ada lah sejam lebih dengan menaiki tren.



Window of the World ni macam theme park yang aku pergi dekat Bangkok tu. Cumanya, di Bangkok tu, miniature sekitar Thailand je. Tapi di sini, miniature untuk bangunan popular di seluruh dunia. Tapi malangnya, KLCC tak ada pun. Tak cukup popular lah tu.















Di malam hari pulak singgah ke Lou Jie night market. Saja cuci mata. Nak pergi ke night market ni kena naik Metro. Dulu, masa aku pergi sini, mungkin Malaysia tak membangun lagi kot. Tiket light train di Malaysia masih guna tiket kertas tu, jadi bila di sini, dorang guna coin. Aku pun jakun lah lagi sekali. Sampai pelik, macam mana nak masukkan coin ni dalam mesin dia tu? Rupanya main touch je. Mungkin sekarang ni Malaysia tiru China kot. Hihihi


Dekat night market ni kalau nak shopping memang seronok habis. Banyak benda boleh beli. Kalau kat Hong Kong famous dengan factory outlet barang barang berjenama, kat China ni banyak la baju baju style China/Korea tu ha. Dah la lagi murah harga barang nya berbanding Hong Kong. Lalu sebelah saloon, 10 Yuan dah boleh cuci rambut + blow! Pdicure medicure pun sama harga macam tu!





No comments: