Tuesday, December 10

Kota Singa: Universal Studio

Singapore. Kalau ikutkan, dah tiga kali aku keluar masuk Singapore. Semua pergi dengan orang yang berlainan. Entry ini aku compress semua pengalaman aku di Singapore, but the second trip being the main entry lah. Tak kan nak buat tiga entry yang berlainan pulak. Lagi pun first and third trip tu aku tangkap gambar pakai camera fon je. Tak syok sangat lah kalau nak buat gambar besar besar.

Kali pertama aku pergi solo. Ceh. Tak solo sangat le. Kali pertama pergi, baru mula cuti semester waktu diploma. Tahun 2009. Masa tu, kakak aku yang pertama, dah ada trip ke Phuket dengan kawan dia. Kakak aku yang kedua, tengah outstation kat Singapore. Tak kan aku datang KL nak duduk rumah sorang pulak kan. Jadi kakak aku yang first tu, sponsor la tiket penerbangan ke Singapore.

Kali pertama aku ke Singapore, berbekalkan duit sebanyak 100 SGD sahaja. Maklumlah, penginapan hotel berbintang bintang ditanggung company kakak aku yang tengah outstation tu. Makan pulak, kakak aku yang bayar. Kiranya 100 SGD tu, duit untuk aku buat jalan jalan di Singapore time kakak aku tengah kerja.Aku pun ambil kesempatan lah duduk lama sikit kat sana. Tak lama mana pun. Enam hari je.

Kali pertama aku pergi Singapore ni, kali pertama jugak untuk aku naik flight seorang diri. Takut rasanya. Takut tertinggal flight la, takut tersalah flight lah, takut kena soal siasat dengan imigresen lah. Macam macam. Bila dah sampai ke Singapore pulak, itu kali pertama aku kena isi immigrant pass. Ada benda yang aku tak faham nak tulis apa, siap tiru orang sebelah lagi ha! 

Dah lepas imigresen, aku pun terkial kial nak cari hotel kakak aku tu. Kakak aku ajar macam mana nak naik train je, idak la pulak dia ajar macam mana nak ke train station dari Changi airport tu. Aku pun figure out sendiri, sampai ke luar airport aku pegi. Last last naik shuttle bus untuk ke terminal 2. Itu pun sebab terjumpa map kat situ, kalau tak dah menangis aku kat situ tunggu kakak aku datang ambil. Hahahah. Tapi akhirnya, aku berjaya jugak la sampai ke Royalpark hotel tu. 

Bila mana malam dan weekend menjelang, kakak aku akan bawak aku jalan. Ke Raffle's place, Esplanade, bersesat di Orchard road, Vivocity, Clarke Quay, Bugis, and our favourite place, sebelah je dengan hotel, Mustapha Centre! Tapi bila weekdays, aku kena pilih, nak jalan sendiri ke, nak terperuk dalam bilik. Aku pun pilih untuk merayap. Kiranya aku dah khatam lah Singapore tu. Sampai chinese garden mana entah aku lawat.

Kali kedua aku pergi Singapore dengan co-traveler aku. Nak ke USS je sebenarnya. Masa tu cuti pertengahan semester tak silap aku. Tahun 2012. Kali ni confident sikit nak travel, sebab dah pernah jejak kaki kat Singapore ni. Cumanya, kali kedua ni, aku tak terkial kial naik shuttle bus nak ke terminal 2. Rupanya nya ada skytrain lah!

Sampai di Singapore pukul 8 pagi. Dah settle hal imigresen semua, aku berkira kira nak pergi hantar beg ke hostel ke tidak. Tapi aku malas. Angkut je beg tu ke USS, simpan dalam locker. Bukan apa, jimat masa. Rugi kalau tak dapat tengok semua benda kat USS tu, bayar mahal ooo. Genting highland RM30 je. Hihihi


















Nasib baik lah aku pergi ke USS ni masa weekdays. Tak ada lah berlautan sangat manusia. Walaupun banyak la jugak orang sebenarnya. Tapi beratur tak panjang pun. Cuaca pulak, panas ya amat! Tapi mujurlah panas, daripada hujan. Nanti apa pun tak dapat.















Walaupun dari pagi menapak di USS ni, tapi still tak cukup masa nak habiskan semua tempat. Ada show show yang terlepas. Tiket ke maritime yang include sekali dalam package pun, burnt sekali. Mungkin itu petanda nak suruh datang lagi sekali, ye dak?

Bila malam menjelang, perut pun lapar. Masa main, tak ingat pulak perut kosong. Berlegar legar di luar USS tu fikir nak makan mana. Plan asal nak ke Arab Street. Banyak sikit choice makanan halal disitu. Rancangan hanya tinggal rancangan. Masing masing dah lembik. Nak angkut beg 7 kg pulak lagi (beg 7 kg sebab share beg, malas nak bawak banyak banyak beg. Dua hari satu malam je pun), jauh perjalanan pulak tu, akhirnya makan dekat Vivocity je. Melayang 20 SGD seorang.

Itu pun lepas makan, ada hati nak jalan malam malam di Esplanade. Co traveler aku gagahkan jugak lah angkut beg tu. Aku rasa kalau orang lain, dah surrender gamaknya.





Pusing punya pusing, dah pun pukul 10 malam. Aku pun mula bergerak ke area Lavendar. Kat situ lah hostel aku untuk malam tu. Hostel ni pun payah sikit nak carinya. Map yang dibagi kelaut, hostel kelaut. Sabar je la. Dalam hostelbooker pulak, elok je tempatnya. Sampai sampai, tak expect pulak aku kena tidur dalam cubical. Dah renovate, tak bagitau pulak kan. Haa, ini lah tempat tidur aku, tThe Little Red Dot, satu malam RM55. Nasib baik nak tidur satu malam je. Nasib tak banyak sangat orang menginap kat situ. Mungkin aku yang tidur mati. Atau mungkin mat salleh semua tu masing masing sibuk mabuk di Clarke Quay?

No comments: