Showing posts with label Kuta. Show all posts
Showing posts with label Kuta. Show all posts

Sunday, February 23

Bali: Cari fridge magnet di Legian

Berjalan tanpa arah tuju.

Itu itinerary hari ini. Dan itu memang favourite activity aku. Aku tau, berjalan tanpa arah tuju, kadang kadang, macam bazir masa. Mungkin ada orang kata, dari berjalan tak tentu arah, sesat ke sana sesat ke mari, baik kau isikan hari dengan itinerary yang menarik, pergi ke sinun pergi ke sinin. Tapi, ini Bali. Bukan ke Bali ni tempat untuk ber-leisure? Lagipun ini hari terakhir aku akan berada di Bali. Dah dua hari ambil supir, biarlah aku gunakan kaki aku ni pulak. 

Disebabkan hari ni adalah hari yang terakhir, masing masing ambil kesempatan bangun lewat hari ni. Selalu pukul 7.30 dah mula bersiap. Tapi hari ni, pukul 9 pagi baru nak bangun. Pukul 10 pulak, check out. Tapi tinggal beg di hostel. Gila kau nak angkut beg gedabak kesana kemari?

Destinasi pertama, mulanya nya nak berjalan di persisiran pantai Kuta. Sambil sambil tu cuci mata di Kuta Square. Tempat dah dekat pun kan, walaupun tiap tiap malam dah singgah. Kikiki. Sebenarnya malam semalamnya dah berjalan di tepi pantai Kuta ni. Tapi malam malam apa yang nampak kan. Setakat dengar dentuman ombak. Kadang kadang berlari lari di tepi pantai, lari dari ombak besar. Kadang kadang rasa scary pun ada bila ombak besar datang. Macam nak tsunami je. Tapi apa pun, malam semalam tu lah hari yang paling best. Berjalan, bersembang, gelak ketawa, no cellphones, or other electronic devices.

Jadi hari ini, tujuan nya datang ke pantai Kuta ni lagi, nak ambil gambar lah!

Monday, February 3

Bali: Water activities di Nusa Dua

Rasa macam kena tipu. Indah khabar dari rupa. 

Hari ni aku pergi ke Nusa Dua, nak buat water activities. Maklumlah. Masing masing tak tatau nak surfing dengan ombak laut, mampu buat water activities je lah. Kenapa Nusa Dua? Sebenarnya, ada je tempat lain yang buat water activities ni. Masa aku google pasal water activities ni, bukan main cantik tempatnya, laut membiru. Sekali bila sampai, macam ni je tempat ni? Persisiran pantai pun tak well-maintained. Nak buat macam mana, dah sampai pun.

Awal pagi sampai ke sini. Excited katanya. Hari ni supir lain yang ambil kat guesthouse tu. Tapi dari company yang sama. Masa aku buat itinerary tu, company ni ada provide macam macam, since aku pun malas nak fikir, sebab buat itinerary tengah final exam, aku pun ambil je lah supir dan package water activities dari orang yang sama. 

Mulanya, package ni setelah aku dah nego, tolak tambah activities dalam package ni, harga dalam sekitar RM110. Lepas tu, pagi tu, orang tu risik risik, tak nak ambik glassbottom boat ke, tak nak pergi melawat turtle island ke. Since aku pergi dengan kawan aku, aku serahkan je lah keputusan ni di tangan dia. Lepas dah capai kata sepakat, ok, ambil je lah glassbottom boat tu dengan turtle island. So harga dah naik jadi RM150/pax. Aku pun tak tau lah apa yang mahal sangat nye ntah.

Activity awal pagi, parasailing. Lepas tu pergi main flying fish dan banana boat. Parasailing tu menarik jugak lah, cuma bila dah naik atas tu, view nya tak seronok sangat, sebab air laut tak macam dalam gambar yang aku dah google dulu. HAHAAHA

Sunday, January 19

Bali: Dari Selatan ke Timur

Berdebar debar rasanya trip kali ni. (Dated back in May 2013)


Kali ni bukan pergi berdua. Tapi berempat. Aku yang siapkan itinerary, berdebar debar lah rasanya sebab nak puaskan hati semua orang. Kalau ada yang tak puas hati tu, maaf lah ye. Sehari selepas pilihan raya, aku berangkat ke Bali. Ingatkan masing masing nak cancel dah trip ni, excited kerajaan nak bertukar tangan kekdahnya. Puihhh. 

Oh ya, walaupun trip ini empat orang, aku lebih selesa bahasakannya sebagai aku,dan bukan kami. Sebab... Macam poyo je nak ber-kami kami ni.

Flight kali ni malam. Jejak je kaki di airport, aku pun cari taxi. Tempat mana lah yang tak ada ulat taxi kan. Mula mula aku ditawarkan dengan harga 600,000 Rupiah untuk ke Guesthouse tu. Gila betul. Padahal tak jauh mana pun tempat tu. Nasib aku dah study betul betul pasal taxi kat sini. Kalau tak free free je melayang duit. Oh ya, aku menetap di Matahari Guesthouse. Kira kira 10 minit perjalanan dari Ngurah Rai Airport, betul betul belakang Kuta Square.