Kali ni bukan pergi berdua. Tapi berempat. Aku yang siapkan itinerary, berdebar debar lah rasanya sebab nak puaskan hati semua orang. Kalau ada yang tak puas hati tu, maaf lah ye. Sehari selepas pilihan raya, aku berangkat ke Bali. Ingatkan masing masing nak cancel dah trip ni, excited kerajaan nak bertukar tangan kekdahnya. Puihhh.
Oh ya, walaupun trip ini empat orang, aku lebih selesa bahasakannya sebagai aku,dan bukan kami. Sebab... Macam poyo je nak ber-kami kami ni.
Flight kali ni malam. Jejak je kaki di airport, aku pun cari taxi. Tempat mana lah yang tak ada ulat taxi kan. Mula mula aku ditawarkan dengan harga 600,000 Rupiah untuk ke Guesthouse tu. Gila betul. Padahal tak jauh mana pun tempat tu. Nasib aku dah study betul betul pasal taxi kat sini. Kalau tak free free je melayang duit. Oh ya, aku menetap di Matahari Guesthouse. Kira kira 10 minit perjalanan dari Ngurah Rai Airport, betul betul belakang Kuta Square.
Hari pertama, aku hire supir. Entah dari agency mana entah aku ambik. Murah jugak la. Disebabkan distance itinerary ni jauh jauh, terpaksalah hire supir. Ingat nak hati kering je ikut mat salleh, round round Bali guna motorcycle. Tapi, apakan daya...
Sepanjang perjalanan ke Ubud, nak menyaji pagi hari dengan tarian Barong, pot pet pot pet co-traveler aku dengan driver tu. Aku hanya mampu dengar je lah. Aku ni tak peramah orang nya. Apa yang dok disembangkan, pasal rutin harian supir tu, pasal family dia, pasal gaji dia. Dia bagitau, sehari gaji dia hanya USD7 je untuk jadi supir ni. Hmmphh. Hint nak suruh bagi tips lebih lah tu, hati aku berkata. Tapi nasib baik lah jujur orangnya.
Sepanjang perjalanan ke Ubud, nak menyaji pagi hari dengan tarian Barong, pot pet pot pet co-traveler aku dengan driver tu. Aku hanya mampu dengar je lah. Aku ni tak peramah orang nya. Apa yang dok disembangkan, pasal rutin harian supir tu, pasal family dia, pasal gaji dia. Dia bagitau, sehari gaji dia hanya USD7 je untuk jadi supir ni. Hmmphh. Hint nak suruh bagi tips lebih lah tu, hati aku berkata. Tapi nasib baik lah jujur orangnya.
Barong dance. Tiap tiap hari ada tarian ni di Bali. Kononnya tarian ni untuk sambut pemulaan hari hari baru. Nak halau hantu la, apa la. Jadi sebab tu la tarian ni ada di pagi hari je.
Dah puas tengok tarian dewa ni, aku suruh driver aku tu bawak pergi ke kilang batik. Bukan la jenis kilang besar tu pun. Saja nak mengisi masa masa. Lawat je lah selagi boleh. Asalkan tak payah bayar entrance fee. Kikiki
Lepas tu aku mintak supir tu bawak aku pergi kilang silver dekat area Ubud ni, aku pun sebenarnya tak pasti kilang ni dekat mana. Yang aku tau kat Ubud. Tapi, boleh dia bawak pulak aku pergi tempat silver yang eksklusif tu? Haih. Nasib la aku pergi dengan kawan kawan aku. Aku pun layankan aja. Tapi lepas tu aku demand jugak suruh dia bawak aku tengok orang buat silver. Dia pun tak tau tempat macam tu, tapi sedaya upaya jugak la dia cari tempat yang macam aku nak tu.
Bagi aku, kalau jalan jalan kat Ubud ni, lagi seronok kalau tak guna Supir. Kau boleh berhenti kat kedai kedai yang menarik perhatian kau. Sebab tempat dia very traditional. Tapi time consuming la sikit kalau nak singgah every kedai. Disebabkan aku ada 4 hari je kat Bali, mungkin next time le kot.
Sudah sudah lah dengan art village di Ubud. Destinasi seterusnya, lunch Kintamani Volcano. Tapi sebelum tu, singgah sekajap di rice terrace. Tapi aku tak pasti lah yang ni Tegalallang tu ke apa. Bila google, macam best je tempatnya. Tapi bila sampai, "errr, macam ni je?". Dah la supir nye pun insist aku untuk tak spend masa yang lama kat sini. Sebab takut cuaca tak elok di Kintamani katanya. Tak dapat lah aku nak berhindustan kat rice terrace ni.
Disebabkan kat Batur Sari Restaurant tu, ada sikit je port untuk ambil gambar Kintamani Volcano ni, jadi tak banyak lah angle untuk permandangan cantik kat sini. Alih alih, itu je boleh masuk frame. Yang lainnya, orientation je T.T
Dari jauh datang, of course lah aku spend masa lebih sikit kat sini. Menikmati bayu di tanah tinggi Indo. Macam mana lah perasaan agaknya kalau tengah makan, tiba tiba gunung berapi tu meletus letus? Fuhh, mesti... marvellous?
Bila dah petang sikit, aku berangkat ke Tampaksiring. Nak tengok Tirta Empul temple. Lepas tu dah alang alang ke sana, nak singgah lah ke Sukawati Market tu, nak beli sourvenir. Murah katanya kat sana. Tapi tak sempat nak ke market tu, halal je lah. Terus menuju ke Tirta Empul.
Kat google image bukan main lagi ha gambarnya penuh teratai sana sini. Bila dah sampai, ish. Indah khabar dari rupa.
Fish eye lens. It could be your bestfriend, or even your enemy. Kadang kadang buat kau nampak gemuk. Kadang kadang buat kau nampak tinggi. But most of the time, lens ni buat aku nampak kembang.
Aku pun sebenarnya segan nak ambil gambar orang tengah feeling feeling mandi kat sini. Semua lelaki pulak tu. Tebal jugak la muka aku nak tangkap gambar sampai tertonggeng tonggeng kat situ. Dah la dorang pun asyik perhatikan aku je. Hari pulak dah gelap. Aku pulak jenis selagi boleh tak nak guna ISO tinggi, berminit minit jugak la aku duduk kat situ semata mata tak nak gambar gegar sebab guna low shutter.
No comments:
Post a Comment