Sunday, February 23

Bali: Cari fridge magnet di Legian

Berjalan tanpa arah tuju.

Itu itinerary hari ini. Dan itu memang favourite activity aku. Aku tau, berjalan tanpa arah tuju, kadang kadang, macam bazir masa. Mungkin ada orang kata, dari berjalan tak tentu arah, sesat ke sana sesat ke mari, baik kau isikan hari dengan itinerary yang menarik, pergi ke sinun pergi ke sinin. Tapi, ini Bali. Bukan ke Bali ni tempat untuk ber-leisure? Lagipun ini hari terakhir aku akan berada di Bali. Dah dua hari ambil supir, biarlah aku gunakan kaki aku ni pulak. 

Disebabkan hari ni adalah hari yang terakhir, masing masing ambil kesempatan bangun lewat hari ni. Selalu pukul 7.30 dah mula bersiap. Tapi hari ni, pukul 9 pagi baru nak bangun. Pukul 10 pulak, check out. Tapi tinggal beg di hostel. Gila kau nak angkut beg gedabak kesana kemari?

Destinasi pertama, mulanya nya nak berjalan di persisiran pantai Kuta. Sambil sambil tu cuci mata di Kuta Square. Tempat dah dekat pun kan, walaupun tiap tiap malam dah singgah. Kikiki. Sebenarnya malam semalamnya dah berjalan di tepi pantai Kuta ni. Tapi malam malam apa yang nampak kan. Setakat dengar dentuman ombak. Kadang kadang berlari lari di tepi pantai, lari dari ombak besar. Kadang kadang rasa scary pun ada bila ombak besar datang. Macam nak tsunami je. Tapi apa pun, malam semalam tu lah hari yang paling best. Berjalan, bersembang, gelak ketawa, no cellphones, or other electronic devices.

Jadi hari ini, tujuan nya datang ke pantai Kuta ni lagi, nak ambil gambar lah!











Al kisahnya di sini, lepas terkinja kinja ambil gambar dengan ombak besar, aku pun berjalan dengan penuh emosi di tepi pantai ni. Sambil tengok tengok orang surfing, sambil rambut di tiup tiup angin laut. Tiba tiba, sampai satu checkpoint, aku tengok kawan kawan travel aku berhenti tunggu aku. Masa ni aku jalan yang paling belakang. Ambil feeling la orang kata.

Aku pun pelik. Apa ke halnya mamat dua orang ni berhenti, pastuh bisik bisik, tersengih sengih pulak tu. Aku pun musykil.

Bila aku dah sampai, co-traveler aku cerita, beberapa meter dari depan aku tu ada nenek topless. Aku mulanya tak percaya. Sebab masa aku buat research, aku rasa, macam tak dibenarkan sesiapa sunbath secara topless. Aku punsekilas  pandang le tempat yang diperkatakan tu. 

Aku tak tahu aku patut rasa excited atau malu. HAHAHAHA. Dalam hati, wow! This is news! Tapi aku cepat cepat maju ke hadapan, tak sanggup aku berpanoramakan nenek tua mat salleh, ye, nenek yang sangat dah tua, baring tanpa bra sambil baca buku cerita. Menyesal pun ada aku tengok, sebab sampai hari ini aku masih terbayang.

Lepas dah puas berjalan, aku pun decide nak pergi ke Beachwalk mall. Semalam dah pergi dah. Tapi semalam dah lewat malam, kedai pun dah tutup. Beachwalk ni cantik, eco friendly sangat sangat, dalam bangunan pun banyak pokok. Tapi tak ada ambil gambor pun.




Dari rooftop beachwalk mall ni, dapat lah tengok permandangan laut dari atas. Lepas tu, nampak la jugak airport Ngurah Rai tu kat atas laut tuuu. Ermm, patut la banyak kes kapal terbang landing atas laut, rupanya dekat sangat dengan laut. Masa hari pertama ke Bali ni, time nak landing tu pun seram je rasanya.

Lepas isi perut, aku teruskan perjalanan untuk ke mana mana sahaja. Tapi cadangnya nak ke Legian. Nak cari fridge magnet. Sebab aku baca, kalau area pekan pekan ni, fridge magnet murah ada kat Legian. Yang jual kat market market di area Kuta tu tak payah tanya harga lah. Ada yang starting pun, seketul dah RM30.


Jalan jalan. Tiba tiba. Eh. Dah sampai tempat bom bom orang ni?






Bila dah penat berjalan, tekak pun dah haus, perut pun dah berbunyi mula lah kaki dah lemau. Dah la dengan panas terik. Mula mula nak singgah mart beli air. Tiba tiba nak kedai masakan padang. Aku pun apa lagi, tengok line dulu, ada ciri keislaman ke tidak dalam kedainya. Fuhh nasib baik nampak islamic, walaupun sikit. Ada cop halal, ada ayat quran tergantung, penjual nya pun bertudung. Apa lagi, serbu je lah. Was was kang apa pun tak dapat.


Lepas perut dah kenyang, perjalanan harus di teruskan. Kali ni, aim nak pergi Bali Shell Museum. Aku pun tak tahu tempat ni menarik ke tidak. Tapi, to kill time, apa salahnya. Pergi je lah. Jalan kaki jugak. Jadi, sepanjang jalan kaki tu, macam macam lah yang aku jumpa.







Tiba tiba ladang kang kung pun ada tengah tengah pekan ni. Dashyat!




Masa ni aku dah give up dah. Jauh perjalanan, tapi tak jumpa jumpa shell museum nya. Tapi, tak kan nak duduk setempat je pulak kan. aku pun maju lagi kehadapan. Dan tiba tiba, nampak bangunan yang berwarna warna yang menarik perhatian. Aku pun bersorak, bagitau semua yang shell museum tu ada kat depan tu sikit je lagi!






Errr. Aku tak pasti shark ni betul ke tipu. Sebab mata pun dia guna mata palsu =.="


Jam dah pukul kira kira 4 petang. Flight pulak sebelah malam. Dalam pukul 9 malam tak silap nya. Aku fikir, mungkin dah boleh balik ke Kuta semula. Mungkin nikmati sunset sekejap, dan terus ke airport.

Tapi, aku cadang, nak balik ke Kuta naik teksi je. Nak kejar masa katanya. Nanti lagi sesat kang, haru biru pulak jadinya. Tapi co-traveler aku tengok map dekat Nexus. Dia kata, baik jalan kaki je. Tak jauh sangat pun dari Kuta. Aku mulanya tak setuju. Sebab dia kadang kadang suka buat lagi sesat adalah. Tapi aku tak nak bergaduh. Ye lah, pergi beramai kan. Gaduh kang, tak sedap pulak. Aku pun ikut je la. 

Adalah dalam setengah jam lebih berjalan, akhirnya sampai jugak di Kuta. Ketiak dah basah. Kaki pun sakit. Kawan kawan travel cadangkan, jom pergi berurut. Aku fikirkan bekalan duit. Ok, duit masih banyak. Simpan untuk beli paintings yang menarik kalau ada. Aku pun on je lah. Pergi berurut kaki selama setengah jam. 

Acah acah kaki dah recharge la tu lepas berurut. Lepas tu aku spend masa untuk tengok sunset di pantai Kuta tu. Mak aihhh, bukan main banyak manusia kat situ. 





Tengok, siap ada rombongan mak kiah lagi haaa yang berbaju kuning semua tuuuu.



Ini pun sesuatu yang aku tak patut tengok rasanya. Tak tahu lah adik beradik ke apa ke, tapi dua dua ni duduk rapat sangat, siap berpegangan tangan.








Gambar terkinja kinja terakhir di Bali dengan berlatar belakangkan sunset Kuta!




Bye bye Bali. Untuk trip ni, aku habis kan RM500, all-in, cuma tak termasuk flight tickets. Itu pun masih ada baki RM50+. Hihihih. Jadi... Sehingga kita berjumpa lagi Bali, mungkin 4 tahun lagi. Mungkin.

2 comments:

Biqque said...

cantik gambar sunset! yg dua laki pegang2 tangan tu dah kenapa? hahahaha...

Totty Mat Ali said...

tengah hangat bercinta la gamaknya kottt. kikiki