Monday, February 3

Bali: Water activities di Nusa Dua

Rasa macam kena tipu. Indah khabar dari rupa. 

Hari ni aku pergi ke Nusa Dua, nak buat water activities. Maklumlah. Masing masing tak tatau nak surfing dengan ombak laut, mampu buat water activities je lah. Kenapa Nusa Dua? Sebenarnya, ada je tempat lain yang buat water activities ni. Masa aku google pasal water activities ni, bukan main cantik tempatnya, laut membiru. Sekali bila sampai, macam ni je tempat ni? Persisiran pantai pun tak well-maintained. Nak buat macam mana, dah sampai pun.

Awal pagi sampai ke sini. Excited katanya. Hari ni supir lain yang ambil kat guesthouse tu. Tapi dari company yang sama. Masa aku buat itinerary tu, company ni ada provide macam macam, since aku pun malas nak fikir, sebab buat itinerary tengah final exam, aku pun ambil je lah supir dan package water activities dari orang yang sama. 

Mulanya, package ni setelah aku dah nego, tolak tambah activities dalam package ni, harga dalam sekitar RM110. Lepas tu, pagi tu, orang tu risik risik, tak nak ambik glassbottom boat ke, tak nak pergi melawat turtle island ke. Since aku pergi dengan kawan aku, aku serahkan je lah keputusan ni di tangan dia. Lepas dah capai kata sepakat, ok, ambil je lah glassbottom boat tu dengan turtle island. So harga dah naik jadi RM150/pax. Aku pun tak tau lah apa yang mahal sangat nye ntah.

Activity awal pagi, parasailing. Lepas tu pergi main flying fish dan banana boat. Parasailing tu menarik jugak lah, cuma bila dah naik atas tu, view nya tak seronok sangat, sebab air laut tak macam dalam gambar yang aku dah google dulu. HAHAAHA








Tengah hari sikit, lepas selesai bersnorkelling, aku pergi ke Turtle Sanctuary ni. Masa bersnorkelling ni la dia bagi glassbottom boat tu. Menyesal jugak aku bersetuju nak upgrade boat ni, sebabnya, air lautnya keruh bukan main, ikan pun tak nampak. Lepas tu, masa snorkelling pun tak ada apa, memang menyesal habis. Setakat snorkelling nampak laluan untuk seawalking di dasar laut je buat apa. Gambar gambar di google memang deceiving betul lah! Tips di sini, jangan berangan lah nak snorkelling di Bali. Baik kau pergi Lombok je.

Bila di Turtle Sanctuary ni pulak, pada mulanya dia kata tak payah bayar entrance fee. Mula mula aku rasa reluctant jugak nak pergi sebab kena bayar entrance lagi. Tapi sebab orang tu dah kata memang tak payah, so aku setuju je lah. Sekali... bila dah sampai, dia kata kena bayar. Bukan entrance fee, tapi donation kekdahnya. Alahai, apasal lah tak cakap je entrance fee, tak payah nak berdonation bagai. Banyak betul scam nye. Nasib duit rupiah tu rendah je nilainya. Itu pun RM 2 seorang dia ketuk. Dua ringgit pun, dua ringgit lah.


Aku sebenarnya takut nak masuk kolam ni. Geli pun ada, sebab rasa macam tak bersih. Memang tak bersih pun kot sebab bertakung je. Tapi orang yang jaga kolam ni, suruh masuk, tangkap gambar buat kenangan. Ish ish. Nasib tak kena penyakit kurap ke, herpes ke.


Ini pun aku takut jugak. Geli kaki dia keras semacam. Lepas tu takut kena patuk. Tengok burung tu, macam nak cium aku je.


Kesian batman ni, nak tidur di siang hari pun tak senang. Semua salah manusia yang jakun. Eh.



Kesian pak cik ni, tak ada orang nak tolong dia tangkapkan gambar dengan ular tu.




Lepas tu aku kembali ke pantai tempat main parasailing ni. Sedang sedang aku menjamah bekalan sandwich untuk alas perut sebelum cari makan tengah hari, tiba tiba ada accident tengah laut. Ada sepasang bapak dan anak, tengah naik parasailing, hilang kawalan ke apa gamaknya, tiba tiba payung dia mengempis dan dia bersama anaknya jatuh ke dalam laut ibarat nangka busuk luruh ke tanah. Dalam hati aku, nasib baik lah aku tak terkena macam tu tadi. Kalau tak mau trauma sepuluh hari sepuluh malam jadinya. Dah la aku tak reti berenang, jatuh pulak dalam laut berombak, dengan banyak boat boat kecil macam tu. Kalau terhantuk sampai hilang ingatan? Tak pasal pasal buat drama indon sampai tak nak balik Malaysia pulak nanti. Eh.



Tunggu suami pergi pancing ikan...


Pada petang harinya, since guesthouse aku dekat sangat dengan Kuta Square, dengan Art Market dan shopping complex yang lain, aku pun merayap la nak pergi tengok sunset di Kuta pulak. Maklumlah, kecewa dengan sunset di Jimbaran. Sambil sambil tu aku cuci mata jugak, sourvenir kat sini. Bapak mahal kau! Fridge magnet, seketul 100 000 rupiah haa. Tapi paintings kat Bali ni memang murah sangat. Kalau datang sini sila lah beli paintings banyak banyak! Aku pun menyesal dah sebab beli satu je. Sebab takut tak muat beg.







Masa nak turun ke darat, terjumpa budak budak ni. Masa ni, aku pergi tengok sunset ni dengan co-traveler aku je. Roomate aku rehat dibilik. Letih katanya main water activity tadi. Jumpa pulak budak dua orang ni tengah main timbus timbus lubang ketam. Anak mat salleh mana aku pun tak tahu. Macam biasalah, co-traveler aku ni kan terlebih peramah, boleh dia ajak sembang pulak dengan budak budak ni? Budak budak ni dah naik gelisah dah takut aku nak pergi culik dia. Si abang nya, siap suruh adik dia ignore co-traveler aku tu, siap pesan kat adik dia, kata, mak cakap, dont talk to strangers. Hahahah. Lepas tu diorang lari pergi tempat lain.






Macam berjalan atas cermin ok! Cantik jugak kalau amik gambar wedding kat sini. Eh.


Ini masa dalam perjalanan balik, nak pergi jemput roomate aku untuk makan malam, kang mati kebulur pulak dorang kat guesthouse tu. Tiba tiba, terjumpa ATM sederet macam ni. Kagum aku tengok.

Hari tu, aku pergi kenduri orang kahwin co-traveler aku. Diorang sembang sembang pasal nak pergi Bali. Salah satu topiknya, masalah kedai makan. Kata mereka, Bali ni susah nak cari makanan halal. Tapi aku rasa, sepanjang aku kat Bali ni, senang je aku cari makan. Cumanya, tiap tiap hari menu sama lah, nasi padang. Macam mana aku cari, sebenarnya aku tak cari pun. Kedai tu yang datang sendiri kat aku. Hahahaha. Tak ada lah. Sebenarnya, aku suka jalan tak tentu arah kalau jalan kaki sekitar bandar ni. So, setiap lorong yang aku masuk tu, jumpa lah kedai makan. Asal aku tengok dia ada tulis nasi padang, tanda halal, ada ayat Quran tergantung, orang kedai pun pakai tudung, aku masuk, aku yakin, aku sental je. Lagipun, masa hari pertama tu, supir aku ada cakap, sekarang ni peratusan orang Islam kat Bali tu, dah semakin bertambah. So aku tak ada lah was was sangat.

Jadi, ini lah makanan harian kami di Bali. Kalau bukan nasi padang, ayam penyet. Tapi selalu nya, tengah hari ayam penyet, malam makan nasi padang. Hihihih. Walaupun nampak tak seberapa nasik ni, tapi sedap lazat berkrim baq hang! Kat Malaysia memang tak dapat la nak cari rasa yang sebijik seketul macam niiiii...


No comments: