Showing posts with label Kintamani. Show all posts
Showing posts with label Kintamani. Show all posts

Sunday, January 19

Bali: Dari Selatan ke Timur

Berdebar debar rasanya trip kali ni. (Dated back in May 2013)


Kali ni bukan pergi berdua. Tapi berempat. Aku yang siapkan itinerary, berdebar debar lah rasanya sebab nak puaskan hati semua orang. Kalau ada yang tak puas hati tu, maaf lah ye. Sehari selepas pilihan raya, aku berangkat ke Bali. Ingatkan masing masing nak cancel dah trip ni, excited kerajaan nak bertukar tangan kekdahnya. Puihhh. 

Oh ya, walaupun trip ini empat orang, aku lebih selesa bahasakannya sebagai aku,dan bukan kami. Sebab... Macam poyo je nak ber-kami kami ni.

Flight kali ni malam. Jejak je kaki di airport, aku pun cari taxi. Tempat mana lah yang tak ada ulat taxi kan. Mula mula aku ditawarkan dengan harga 600,000 Rupiah untuk ke Guesthouse tu. Gila betul. Padahal tak jauh mana pun tempat tu. Nasib aku dah study betul betul pasal taxi kat sini. Kalau tak free free je melayang duit. Oh ya, aku menetap di Matahari Guesthouse. Kira kira 10 minit perjalanan dari Ngurah Rai Airport, betul betul belakang Kuta Square.