Showing posts with label Jodhpur. Show all posts
Showing posts with label Jodhpur. Show all posts

Tuesday, February 2

Jodhpur: My Omelette Story

It's hard to start writing when you stopped. Cuti Christmas hari tu aku balik Ipoh, penat aku punggah bilik tu nak cari journal India aku yang tulis bersepah sepah kat kertas resit, but to no avail. Frust aku. Yang aku terbayang dalam kepala otak, last sekali aku imagine semua kertas kertas tu ada dalam beg warna merah. Tapi beg warna merahnya pun aku tak jumpa. So semangat aku nak menulis tu hilang lah sikit demi sedikit.

So sambung cerita Jodhpur. Kau ingat lagi ke kat mana kita stop? Bahahaha. Last time I talked about going to Bishnoi Village. You guys just forget it lah, it's kinda waste of money to go on that tour. Sebab orang asli Bishnoi tu tak nampak macam orang asli pun, nampak macam orang India biasa je. Nothing much to learn selain tengok dorang buat lapisan dinding dan lantai dengan menggunakan tahi lembu yang act as insulation in extreme hot/cold weather.

Lepas halfday trip to Bishnoi village, aku rasa malas sangat nak keluar. Rasa nak rehat je kat bilik. So tidur lah sampai petang. Gila dah berminggu aku travel non stop tapi semua tak cukup rehat sebab aku always on the go, tidur dalam train la, bangun awal pagi nak kejar itu ini la. Sekali dapat tidur sampai petang dan re-energize memang sedap lah. Petang tu, masing masing buat laundry sebab stock underwear masing masing dah berkurangan. Hahaha

Malam tu aku bosan. Aku search internet, apa yang aku boleh buat kat clock tower Jodhpur tu malam malam. Aku pasti, mesti ada bazar kat sekitar tu. Tapi bazar bukan lah apa yang aku cari. Aku nak keluar sebab aku nak rasa suasana malam kat negara India. Kalau hari hari sebelum ni, jam lapan malam memang aku dan Adib dah ada dalam bilik, lepak lepak makan biskut chipsmore. Tapi kali ni aku rasa lain, aku nak keluar, aku nak buat night photography. Yes! Itulah yang aku cari.

Lepas tu aku jumpa pulak kat internet, cakap sekitar clock tower tu ada stall omelette tepi jalan. Sepanjang aku travel kat India, memang aku tak favor nak makan kat tepi tepi jalan ni. Takut sakit perut. Tapi kali ni aku rasa, aku kena jugak makan omelette yang femes ni! Sebab setiap pagi kalau aku order breakfast kat hotel, confirm aku akan mintak omelette. So bila dah jumpa kat dalam tripadvisor kedai yang betul betul popular dengan omelette, mana boleh aku lepaskan peluang ni!


Saturday, September 19

Jodhpur: Bishnoi Safari

Yeah, right. Safari lah sangat.

Temujanji dengan Raj (tak silap, rasanya nama dia Raj) pagi tu depan clock tower Jodhpur city jam 8.30 am. Eh. On-time pulak mamat ni datang. Ingatkan macam perangai macam segolongan orang india kat Malasyia, janji jam lain, datang jam lain. Impress pulak aku dengan orang india kat sini.

Aktiviti hari ni aku nak ke Bishnoi village. Sebab katanya, orang orang Bishnoi ni adalah antara orang orang asli yang terawal wujud kat dunia ni. Dah alang alang aku ada kat India ni, aku nak jugak lah rasa kehidupan orang asli Bishnoi ni.

Aku pun cari kat forum Tripadvisor tu, siapa yang ada buat tour ke Bishnoi village ni. Nak pergi sendiri tak tau pulak macam mana, bukan ada motor sewa pun nak pergi sendiri. Kalau nak naik tuk tuk, memang tak lah dorang nak hantar ke Bishnoi village ni, sebab jauh dari Jodhpur city tu. Nak tak nak, memang lah kena amik guided tour.

Thursday, September 10

Jodhpur: The Blue City

Siapa tak tahu, Jodhpur ni memang sangat terkenal dikalangan photographer. Kau tanya je freelance photographer cum traveler, dalam banyak banyak tempat, memang ini destinasi wajib katanya! Tak lama pun, diorang mesti akan singgah sini walaupun sehari atau separuh hari. Kau tak percaya, kau pergi lah cari forum forum yang bertitle "how long should I spend in Jodhpur" hihihi.

Bila dorang dah cakap tempat ni wajib pergi, bila aku pun baru jejak kaki kat sini, memang aku excited gila la tak sabar nak tengok bandar biru ni. Petang semalamnya, bila aku sampai kat area tuk tuk tu, aku hairan jugak lah. Dalam hati aku, haa mana biru nya, mana mana? 

Sebenarnya aku expect yang lebih biru di Jodhpur ni. Agak disappointed bila tengok tak semua bangunan di cat warna biru. Rupa rupa nya aku pun dah kena tipu dengan image image dari photographer hebat di dunia ini. Patut lah dalam forum tu suggest pergi separuh hari pun dah cukup dah =.=' HAHAHAHA 

Aku pulak, plan dua setengah hari kat sini! Gila! Sebab nak spend masa lebih kat sini lah, aku terpaksa cross out plan nak ke Pushkar dan Ajmer tau! Haih. Tak apa lah. Pengajaran -.-

Thursday, March 5

India: Berapa Nak Belanja? (Edisi Go Pro)

28 hari, 1 negara, 6 states dan 14 districts. 

Banyak pengalaman, banyak jugak la incident incident menyayat hati. Eh. 

Dalam masa aku travel kat India ni, bertubi tubi yang tanya berapa kos aku pergi ke sini. Agaknya sebab lama sangat kot aku pergi. Tapi bagi aku, 28 hari tu tak lama mana pun. Pejam celik je dah habis ke penghujung journey. Initial planning, aku nak jugak la pergi dua bulan. Nak cover dari south ke north. Tapi nak buat macam mana, dalam masa nak apply visa tu, dekat website dia tulis visa is valid for 6 months, tapi maximum stay adalah 30 hari je. And lepas dah keluar dari India, after dua bulan baru boleh masuk balik ke India. Jadi, tak ada harapan la aku cover semuanya dari south ke north dalam 30 hari. 

Tapi... Bila jumpa mat mat saleh kat India ni, aku tanya lah jugak dorang, dah berapa lama dorang travel kat India, mostly dah travel more than 2 months. Tapi guna tourist visa je. Aku pun terpinga pinga jugak, kenapa visa aku valid for 30 days je? Ke, imigresen India tak strict pun pasal period of stay asalkan tak exceed 6 months? Ke, dorang dapat tourist visa yang lain dari aku? Sigh.

Kolkata, West Bengal