Tuesday, February 2

Jodhpur: My Omelette Story

It's hard to start writing when you stopped. Cuti Christmas hari tu aku balik Ipoh, penat aku punggah bilik tu nak cari journal India aku yang tulis bersepah sepah kat kertas resit, but to no avail. Frust aku. Yang aku terbayang dalam kepala otak, last sekali aku imagine semua kertas kertas tu ada dalam beg warna merah. Tapi beg warna merahnya pun aku tak jumpa. So semangat aku nak menulis tu hilang lah sikit demi sedikit.

So sambung cerita Jodhpur. Kau ingat lagi ke kat mana kita stop? Bahahaha. Last time I talked about going to Bishnoi Village. You guys just forget it lah, it's kinda waste of money to go on that tour. Sebab orang asli Bishnoi tu tak nampak macam orang asli pun, nampak macam orang India biasa je. Nothing much to learn selain tengok dorang buat lapisan dinding dan lantai dengan menggunakan tahi lembu yang act as insulation in extreme hot/cold weather.

Lepas halfday trip to Bishnoi village, aku rasa malas sangat nak keluar. Rasa nak rehat je kat bilik. So tidur lah sampai petang. Gila dah berminggu aku travel non stop tapi semua tak cukup rehat sebab aku always on the go, tidur dalam train la, bangun awal pagi nak kejar itu ini la. Sekali dapat tidur sampai petang dan re-energize memang sedap lah. Petang tu, masing masing buat laundry sebab stock underwear masing masing dah berkurangan. Hahaha

Malam tu aku bosan. Aku search internet, apa yang aku boleh buat kat clock tower Jodhpur tu malam malam. Aku pasti, mesti ada bazar kat sekitar tu. Tapi bazar bukan lah apa yang aku cari. Aku nak keluar sebab aku nak rasa suasana malam kat negara India. Kalau hari hari sebelum ni, jam lapan malam memang aku dan Adib dah ada dalam bilik, lepak lepak makan biskut chipsmore. Tapi kali ni aku rasa lain, aku nak keluar, aku nak buat night photography. Yes! Itulah yang aku cari.

Lepas tu aku jumpa pulak kat internet, cakap sekitar clock tower tu ada stall omelette tepi jalan. Sepanjang aku travel kat India, memang aku tak favor nak makan kat tepi tepi jalan ni. Takut sakit perut. Tapi kali ni aku rasa, aku kena jugak makan omelette yang femes ni! Sebab setiap pagi kalau aku order breakfast kat hotel, confirm aku akan mintak omelette. So bila dah jumpa kat dalam tripadvisor kedai yang betul betul popular dengan omelette, mana boleh aku lepaskan peluang ni!


Macam macam alasan aku bagi kat Adib nak ajak dia keluar malam tu jugak. Lapar la, nak jalan jalan la, nak shopping sari la, bosan la, bazir masa duduk bilik la. Tapi,... Adib dan paranoia dia tak dapat dipisahkan. Dia takut sangat nak keluar malam. Padahal jarak hotel dengan clock tower tu 800 meter je kot! What trouble can we get into, kan? Last sekali memang aku tak dapat keluar jugak malam tu. Nak keluar sorang sorang, yang itu bahaya la. Kalau aku ni laki, memang aku dah pergi je sorang sorang makan omelette tu. Tapi fikir aku ni perempuan, keluar sorang malam malam... Aku mampu tarik selimut tidur je la. Punya marah takdapat keluar, sampai tak tegur si Adib tu! Bahahaha

Pagi esoknya aku bangun awal. Sepatutnya hari ni tak ada aktiviti sangat, sebab half day je lagi kat Jodhpur ni sebelum berangkat ke next destination. So macam bebas la nak buat apa apa pun. Jam pun tak set macam selalu tu. Pagi tu aku bangun, aku tak kejut pun si Adib tu. Lepas tu aku saja buat bising bising sikit biar dia tersedar sikit, lepas tu aku keluar sorang sorang pergi cari omelette tu. Nak protes sangat kan! Hahahah, pagi pagi siang hari berani la aku nak pergi jalan sorang sorang walaupun aku sebenarnya rasa khuatir sangat aku akan dapat cari jalan balik ke hotel. Tapi aku nekad je la nak tunjuk kat Adib, hello, aku boleh pergi makan omelette sorang sorang la tanpa dia. Rasa berjaya sangat masa tu.HAHAHAHA

Tapi sampai depan clock tower,... kedai omelette, tutup.

Shit. Ini tak dapat restu suami la ni =.='

Err, tak kan la aku nak balik bilik pulak kan tanpa makan omelette. Rasa macam loser gila. Dah protes ye ye je, tapi tak dapat makan gak. Ok, aku duduk je kat clock tower tu setengah jam. Masa tu 8.30 pagi. Masih lengang. Tak ada orang. Yang ada hanya gelandangan je. Lepas tu aku nampak orang omelette tu siap siapkan kedai dia. Aku tanya la pukul berapa bukak. Dia kata pukul 9 pagi boleh bukak. Alahai kena la tunggu lagi setengah jam T_T

Tapi nasib kat stall dia ada kerusi. Aku pun duduk je la situ. Sambil sambil tu sembang le dengan orang jual omelette tu, dia tanya aku dari mana apa semua. Lepas tu dia bagi buku untuk aku sign dan bagi kata kata recommendation. Dalam buku tu memang banyak foreigner kata omelette dia yang tersedap kat area Jodhpur tu. Belek belek buang masa tengok buku tu, eh, dah siap pun omelette cheese marsala aku! Memang sedap gila. Omelette yang paling sedap aku pernah makan kat India. Dah la murah pulak tu, dalam RM4-5 je! Tanpa rasa bersalah sebab tinggalkan suami aku di bilik, aku nikmati omelette tu sebaik mungkin -.-


Perut kenyang, gembira hati aku nak pulang ke bilik. The only problem is, aku tak tau jalan nak balik ke hotel. I am lousy at reading maps. Trial and error je la aku cari hotel ikut lorong lorong yang ada. Kalau rasa macam tak familiar je jalan tu, aku patah balik. Kalau rasa macam jauh sangat je aku jalan, aku patah balik. Hiks.

Aku sampai je bilik, Adib dah tunggu luar bilik dengan semua beg beg. Err... awalnya checkout bang? Padahal ada sejam lebih lagi sebelum nak kena check out. Risau bini hilang le tu. Haaa padan muka buat hal lagi tak bawak aku keluar malam semalam! Aku saja je sakitkan hati Adib cakap aku pergi makan omelette, kalau dia lapar, dia pergilah cari makanan sendiri. Nasib lah labu =.=' Agaknya dia pun nak protes jugak sebab aku protes, dia pun tak heran nak breakfast pagi tu. Tapi lepas tu ajak aku pergi Rao Jodha Rock Desert. 


Bagi mengisi masa lagi 3 4 jam nak berangkat ke Jaisalmer, aku pun pergi lah ke rock desert ni. Tempat ni konon konon macam taman untuk trekking. Tapi trail dia biasa je lah. Tak ada la extreme ke apa. Macam jalan kat taman biasa je. Agak besar lah jugak. Yang paling best, entrance fee cuma 60sen ringgit malaysia je ha! Err, itu sebab tunjuk student card. Harga normalnya aku pun tak ingat dah. Tapi kalau masuk ikut pintu belakang macam aku buat hari sebelumnya tu, free je lah sebab tak ada orang jaga pun. Entrance lubang tikus katanya.




Rock desert ni aku rasa memang cun la kalau nak jadi port untuk ambik gambar. Tapi disebabkan trailnya pun panjang panjang, aku tak nak la amik risk untuk sesat dalam ni dan seterusnya menyebabkan aku ketinggalan train ke apa, so sempat tangkap gambar sikit sikit je lah cukup syarat. Lagipun matahari tegak atas kepala. Sangat tak photo friendly. Nak edit gambar kasi cun pun nampak macam sakit mata pulak je hasilnya ni. Ah. Belasah je la.



Kau ada tengok tak cerita dark knight tu? Haaa kat sini lah lokasi penggambaran filem tu! Tapi dalam cerita tu, diorang combine tempat ni dengan tempat lain, sebab memang tak ada pun telaga kat area sini macam kat dalam cerita tu! Haih, bikin aku excited je la duk recall balik celah mana ada telaga nya, sungai ada lah ha.





Balik tu nak ikut shortcut la kononnya, nak jimat masa sebab nak pergi makan dulu sebelum pergi train station. So Adib bawak la ikut jalan through Mehrangarh Fort tu. Fort tu dengan desert rock ni jarak dia cuma 1 KM je. Tak ada hal la nak jalan kaki pun. Cumanya, bila dah sampai kat Mehrangarh Fort tu, Adib kena soal siasat sebab dia pegang monopod T_T Terlupa nak sorok dulu monopod tu sebab dalam fort fort kat India ni mostly tak boleh bawak tripod. Tak tahu la apa motif nya. Tak cukup kena soal pasal monopod, siap nak suruh punggah daypack lagi! Hek eleh, celaka betul kerek sangat kenapa entah. Padahal bukan ada apa pun dalam beg tu. Padahal nak lalu kat kawasan fort tu je pun, bukannya nak masuk dalam pun. Masalah betul. Rasa macam terrorist je pulak ha! Aku usha panas je kat pak guard tu. Haih.

Lepas tu kononnya petang tu nak pergi makan omelette lagi buat kali terakhir, kot la nak bungkus sekali untuk makan dalam train ke. Tapi mengingatkan yang pagi tadi aku dah berjanji dengan abang omelette tu kalau ada masa lebih, boleh datang rumah dia sebab dia ada jual wool pashmina bagai, konon macam nak support business dia la. Hahaha, tapi tak kuasa le aku nak pergi betul betul pulak kan. Tapi dalam buku yang dia suruh aku sign tu memang dah ada 3 4 orang mat saleh yang dah pergi visit rumah dia tengok pashmina semua tu. Errmmm, tak pe lah. Aku kuburkan saja niat aku. Kat sekitar clock tower tu pun banyak cafe hipster yang low cost. Tak ada lah hipster pelik pelik macam kat malaysia ni. Hipster standard dorang la, minum shake, makan pancake, haaa macam tuuuu.

Aku ni travel senang je nak makan. Asal sesat, jumpa restoran yang aku yakin ada makanan yang aku boleh makan, tak fikir dua tiga kali dah. Sebab kalau aku dah research awal awal kat mana nak makan, lepas tu aku cari restaurant tu, confirm tak jumpa punya lah! Membazir masa je aku duk cari. So bila ada yang berkenan, tengok bersih ke idak, tengok menu, pork free, kalau tulis vegetarian restaurant lagi bagus, lepas tu order lah makanan yang tak mengandungi daging atau yang berasaskan gandum. Kalau tak jumpa, memang tak makan la aku. Makan je la omelette siang malam. Kalau nak fikir sampai minyak apa dorang guna nak goreng telur tu, halal ke tidak, memang mati kebulur la kat situ.


Bye bye Jodhpur!


Malam tu aku sampai di Jaisalmer jam 9 malam. Dah book siap siap tempat tidur. Sampai sampai je, memang terus nak tidur je aku fikir. Aku tengok dalam booking.com tu tempatnya cantik, warna warni, ceria. Kena sangat lah dengan culture Rajashtan yang warna warni tu. Excited. Lepas tu through email, aku arrange la pick-up service sebab dalam email kata free of charge, so malas la nak nego nego dengan tuk tuk lain kat luar train station tu. Jejaknya kakiku di Jaisalmer, terus orang guesthouse tu approach. Rasa selamat je feelingnya malam tu......

Em...

No comments: