Saturday, September 19

Jodhpur: Bishnoi Safari

Yeah, right. Safari lah sangat.

Temujanji dengan Raj (tak silap, rasanya nama dia Raj) pagi tu depan clock tower Jodhpur city jam 8.30 am. Eh. On-time pulak mamat ni datang. Ingatkan macam perangai macam segolongan orang india kat Malasyia, janji jam lain, datang jam lain. Impress pulak aku dengan orang india kat sini.

Aktiviti hari ni aku nak ke Bishnoi village. Sebab katanya, orang orang Bishnoi ni adalah antara orang orang asli yang terawal wujud kat dunia ni. Dah alang alang aku ada kat India ni, aku nak jugak lah rasa kehidupan orang asli Bishnoi ni.

Aku pun cari kat forum Tripadvisor tu, siapa yang ada buat tour ke Bishnoi village ni. Nak pergi sendiri tak tau pulak macam mana, bukan ada motor sewa pun nak pergi sendiri. Kalau nak naik tuk tuk, memang tak lah dorang nak hantar ke Bishnoi village ni, sebab jauh dari Jodhpur city tu. Nak tak nak, memang lah kena amik guided tour.


Sepanjang perjalanan nak ke Bishnoi village ni, pot pet pot pet je mulut si Adib tu dengan guide tu. Entah apa yang diceritanya aku pun malas nak amik port. Yang aku tau, soalan wajib ada, si Adib tu mesti nak tanya pasal jeep yang dia naik tu. Pasal gear la, pasal enjin la, pasal meter la. Aku pun tak faham la apa masalah si Adib ni kemana saje dia travel mesti nak tanya pasal kereta orang T_T HAHAHAH

Ada satu topik yang menarik perhatian aku, diorang sembang pasal misai dan janggut. Raj tu tanya Adib, dia tanya, betul ke orang Islam ni kalau dah 6 bulan tak potong janggut, dia tak boleh potong janggut langsung dah? Betul ke kalau lelaki Islam potong janggut atau misai selepas masa 6 bulan tak potong tu, di kira berdosa? Raj kata, kebanyakan orang india islam kat situ tak potong janggut kalau memang dah lama tak potong potong.

Anyway, back to Bishnoi village, hampir 40 minit perjalanan, sampai lah aku ke kawasan orang asli Bishnoi ni. Area perkampungan Bishnoi ni memang macam safari pun. Tak ada apa nak tengok melain kan pokok pokok dan padang yang botak macam musim kemarau tu. Yang banyak ada kat sini buruk merak. Itu je le safari nye pun aku rasa =.='

Lepas tu Raj tu bawak pergi satu rumah ni. Tak tau lah rumah kawan dia ke apa. Agaknya dia dah selalu datang bawak tourist datang situ kot, itu pasal lah dah jadik macam best friend gamaknya. Mula mula aku terpinga pinga jugak la. Nak buat apa datang rumah orang tu? Aku bukan nak tengok rumah dia, aku nak pergi perkampungan Bishnoi. Dalam imagination aku, perkampungan Bishnoi tu macam rumah kecik kecik yang atap dia bentuk cone tu. Bukan rumah batu yang macam Raj bawak ni! Haih. Tak apa. Kasi chance. Kot kot lah ini bukan itinerary sebenarnya.

Tiba tiba, entah apa Raj tu sembang dengan orang rumah tu, orang rumah tu ajak aku pakai baju orang Bishnoi. Mula mula aku tak nak la pakai. Ye la, entah baju sapa sapa entah ha, entah basuh ke, tak basuh ke, badan berkurap ke. Kang berjangkit penyakit dengan aku, sapa nak tanggung. Tapi orang Bishnoi tu tetap suruh aku pakai jugak baju tu, amik gambar buat kenangan. Katanya baju tu dia pakai masa kahwin atau ada majlis majlis keramaian je. Masa nak pakai tu, aku dah tarik nafas dalam dalam dulu. Kot kot lah baju tu busuk ke apa. HAHAHAAH nasib baik lah tak ada bau apa pun. Lepas dah bersiap siap pakai baju tu, haa aku pun amik la gambar dua tiga kali. Sebenarnya baju dia lebih kurang je macam sari tu. Tak tahu lah apa yang Bishnoi sangat tentang costume tu.


Lepas dah melawa dengan costume tu, Raj bawak pulak pergi ke belakang rumah orang tu tadi. Rumah ni pun rumah batu jugak. Adehhh, mana authenticity rumah Bishnoi niiii -.- Kat dalam rumah batu baru nak siap ni ada longgokan tahi. Aku pun tanya lah taik tu nak buat apa kat dalam rumah tu. Raj tu pun bagitau la, yang sebenarnya tahi tu untuk buat rumah tu lah! Kira macam lapisan kedua selepas batu bata yang dah disimen tu. Agaknya tahi ni boleh jadi insulator kot. Tak ada lah rumah dorang tu sejuk sangat kalau tengah musim winter tu. Huhuhu

Haaa lantai yang aku pijak ni, lantai tahi la ni, baru siap. HAHAHAHA




Lepas rumah tu, dia bawak aku ke rumah yang macam bangsal pulak dah. Haih, biar betul Raj ni pun. Ini ke perkampungan Bishnoi yang sebenarnya... Musykil aku. Gambar gambar yang aku google tu, sebenarnya dekat mana? Haih. Dah la rumah yang second ni lagi daif ha. Atap pun guna plastik je pulak tu. The thing about Raj ni kan, dia sepatutnya jadi guide kan, tapi dia sikit pun tak ada nak cerita pasal orang Bishnoi ni. Nak kena tanya baru dia jawab. Itu pun jawab sepatah sepatah. Lepas tu sebuk lah dia bersembang dengan orang Bishnoi tu. Geram aku. Kalau macam ni, baik aku hire driver je, tak payah hire guide ke apa. Kau tahu... Dah la kat rumah kedua ni, tuan rumah tu siap tunjuk photobook dia kahwin apa jadahnyaaaaaa BAHAHHAHA Layankan aje lah. Selak je photobook tu laju laju. Jaga adab katanya. Kang kalau tolak kang, terasa hati pulak =.='


Selain dari tengok rumah orang, dalam itinerary dia akan bawak ke satu tasik ni. Tak tasik sangat la pun. Kat tasik ni jadi tempat persinggahan burung burung yang migrate masa winter tu. Entah aku pun dah lupa nama tasik nya dan nama burung nye. -.- Disebabkan aku dah tak ada telephoto lens,  gambar macam kat bawah ni je la yang mampu aku paparkan. Itu lah burung burung yang nak migrate dan tasik yang diperkatakan.



Next stop. Pun ke rumah batu lagi. Aku dah putus harapan. Memang sah lah. Ini bukan Bishnoi safari yang aku imagine kan. Tak ada pun rumah yang macam perkampungan red indian yang aku nak tengok tu. Agaknya orang orang Bishnoi pun dah kaya, dah moden. Tak main dah rumah rumah bangsal style red indian tu. Semua nak rumah batu je.




Orang orang tua kat perkampungan Bishnoi ni pun nasib dorang sama je macam orang orang tua kat Malaysia ni. Penat lelah besarkan anak, tapi bila ada dah besar, dah berjaya, jarang jarang sekali nak balik jenguk mak bapak. Kesian aku tengok pasangan ni. Sayu je rasa. Dah la rumah pun macam nak roboh. Makan minum pun tak tau cukup ke idak. Tinggal la berdua je menunggu anak pulang ke kampung.


Kawasan Bishnoi ni sebenarnya boleh dikatakan kawasan desert.Kiranya macam persisiran Thar desert kat Jaisalmer la. Satu benda yang Adib impress sangat dengan India ni, walaupun kau berada di kawasan perkampungan yang memang daif, jauh dari bandar, dan bilamana kau berada di tengah tengah desert pun, line telefon mesti dapat jugak!


Aktiviti ke Bishnoi safari tu separuh hari je. Kiranya, tengah hari kau dah bebas lah buat aktiviti lain. Raj hantar aku balik ke clock tower. Bila tengah hari macam ni, rasa macam nak tidur je la. Rasa macam letih gila. Padahal melawat orang orang, naik kereta pulak tu. Selama ni jalan kaki waktu tengah hari, elok je bersemangat. Tapi sebab mindset kata macam letih je, aku balik hotel la tidur sekejap.


Petang tu aku pergi balik ke bazaar. Nak amik gambar rempah ratus. Gambar wajib ambik kat India ni, kalau tak, tak sah trip korang pergi ke India. HAHAHAHA. Lagipun kat bazaar bazaar sebelum ni aku tak ada jumpa pun orang jual rempah. Tapi bazaar kat Jodhpur ni dia sekali dengan pasar basah, ada chance lah aku nak ambik gambar rempah. Kikiki T.T



Teringin aku nak try makan street food kat India ni. Tapi tak berani. Satu, sebab tak tau halal ke idak. Kalau aku tanya kat orang yang jual tu, sah sah la dia kata halal sebab nak laku kan makanan makanan dia. Dua, aku tak sanggup nak tanggung risiko cirit birit untuk hari yang mendatang. Jadi, mampu tengok je lah!


Oh. Salwar suit yang aku tempah semalam hari tu tu, dah boleh ambil dah hari ni! Lepas pergi ambil baju aku, aku nak cari kurta pulak untuk si Adib ni. Dia kalau pergi travel, liat betul nak beli sourvenir untuk diri sendiri. Membazir la, itu la, ini la. Padahal bukan selalu pun pergi travel tempat tempat macam ni. Bila aku yang nak beli barang aku, kemain dia suruh beli beli beli. Bila aku suruh dia beli beli beli, dia pulak bagi banyak alasan. Aku tak kira, aku nak jugak cari kurta untuk si Adib ni. Disebabkan bazaar Jodhpur ni dekat dengan jalan besar, jalan besar pulak banyak mall mall yang standard Kamdar tu, aku pun cari lah kurta set dia kat sini. Murah huiiiii beli kat kedai mall macam tu! Kualiti pun bagus! Akhirnya, dapat jugak lah si Adib tu sepsang kurta set. Tapi... Jangan main main, kurta tu dia tak letak dalam beg plastik tau lepas dah bayar tu. Dia letak dalam beg kain sari =.='


Hilang macho bawak beg sari ni katanya. Nasib tak bunga bunga je -.-

No comments: