Showing posts with label Varanasi. Show all posts
Showing posts with label Varanasi. Show all posts

Tuesday, March 24

Varanasi: Sungai Ganges yang Ajaib

Sungai Ganges. Macam macam aktiviti boleh buat kat sini.

Sungai Ganges ni lah tempat orang buang abu mayat. Sungai Ganges ni lah tempat orang cuci kain baju. Sungai Ganges ni lah tempat orang india berak kencing. Sungai Ganges ni lah tempat orang india mandi untuk mensucikan spirit dia. Dan Sungai Ganges ni lah orang india duk amik untuk buat chai (tea) jual kat tepi jalan. Hihihi

Aku tau, kau mesti tertanya tanya. Tak busuk ke sungai tu? Tak kotor ke sungai tu?


Tuesday, March 17

Varanasi: The Sacred Place for Hindus

Aku suka Varanasi.

Aku suka Varanasi sebab aku dapat tangkap gambar lelaki berjambang serabut dan berambut panjang yang hanya Tuhan je tahu entah berapa lama diorang tak shampoo rambut tu. It has always been my dream to photograph them. Tapi kalau kau jenis yang ada sixth sense boleh nampak hantu hantu bertenggek kat badan orang lain, tak payah la excited sangat pegi sini. Entah hantu jenis apa pulak la yang kau akan nampak berkeliaran kat sini nanti. 

Adib tak suka Varanasi. Dia kata taik merata kat sini. Dan itu satu berita buruk untuk dia. Sebab aku suka terpijak tahi bila berjalan kat negara orang. Sejak trip pertama sehingga kini, memang tak sah lah kalau aku tak terpijak tahi. Dan Adib lah yang menjadi mangsa tolong cucikan kasut yang ada kesan tahi tu T_T Jadi... Sebab tu lah dia tak suka Varanasi. Kikiki

Tapi yang penting, mat mat saleh semua suka Varanasi. Dorang rasa tempat ni spiritual, sebab Varanasi ni macam the holiest place for Hindus. Ibarat Mekah kepada Muslims. Ada orang beragama hindu yang sanggup datang ke sini dari jauh untuk buang abu mayat ahli keluarga yang dah meninggal kat Sungai Ganges tu. Dan kadang kadang mat mat saleh yang datang sini, spend berbulan bulan kat Varanasi ni untuk masuk kelas yoga bagi mencapai tahap ketenangan dan keabadian yang tertinggi. Kadang kadang, cara dress up dorang pun dah macam Sadhu Baba tu, baik lelaki mahupun perempuan. Rambut berdandan, rambut berketak dan buat sanggul ke atas kepala, kulit tanned sikit, berjambang yang geli geli sikit tu. Kadang kadang susah nak teka dorang ni local ke mat saleh.


Thursday, March 5

India: Berapa Nak Belanja? (Edisi Go Pro)

28 hari, 1 negara, 6 states dan 14 districts. 

Banyak pengalaman, banyak jugak la incident incident menyayat hati. Eh. 

Dalam masa aku travel kat India ni, bertubi tubi yang tanya berapa kos aku pergi ke sini. Agaknya sebab lama sangat kot aku pergi. Tapi bagi aku, 28 hari tu tak lama mana pun. Pejam celik je dah habis ke penghujung journey. Initial planning, aku nak jugak la pergi dua bulan. Nak cover dari south ke north. Tapi nak buat macam mana, dalam masa nak apply visa tu, dekat website dia tulis visa is valid for 6 months, tapi maximum stay adalah 30 hari je. And lepas dah keluar dari India, after dua bulan baru boleh masuk balik ke India. Jadi, tak ada harapan la aku cover semuanya dari south ke north dalam 30 hari. 

Tapi... Bila jumpa mat mat saleh kat India ni, aku tanya lah jugak dorang, dah berapa lama dorang travel kat India, mostly dah travel more than 2 months. Tapi guna tourist visa je. Aku pun terpinga pinga jugak, kenapa visa aku valid for 30 days je? Ke, imigresen India tak strict pun pasal period of stay asalkan tak exceed 6 months? Ke, dorang dapat tourist visa yang lain dari aku? Sigh.

Kolkata, West Bengal