Showing posts with label Jaipur. Show all posts
Showing posts with label Jaipur. Show all posts

Wednesday, September 2

Jaipur: Kota Merah Jambu

Kau kalau nak include Jaipur ni dalam itinerary, bawak lah Panadol banyak banyak.

Jaipur walaupun angin dia sejuk (bulan February) tapi sebenarnya panas. Alih alih, kau boleh demam. Dengan pencemaran udara nya lagi, gerenti lah kau akan demam! Kurang kurang sakit tekak, flu, itu confirm ada!

Plan hari ni nak pergi Albert Hall la, nak pergi City Palace lah. Bila dah sampai depan pintu, eh.. Nampak tak menarik la. Tak payah la masuk. Padahal tiket tak payah bayar pun sebab dah masuk fee dia sekali dalam tiket combo tu. Aku fikir kalau melancong setakat nak masuk museum, kat Malaysia pun boleh. I am not a museum person. 

Menapak la aku dan Adib tepi jalan. Dah lah matahari dah naik tinggi. Jalan kaki pulak tu datang ke situ! Bahahaha. Mesti kau ingat aku kedekut tak nak bayar tuk tuk, sebab tu selalu jalan kaki je kalau nak pergi kemana mana. Eh, betul lah tu. Hihihi. Lagi satu sebabnya, sebelum keluar hotel, tengok map dulu. Map kata macam dekat je jarak, so I'd take my chances la kononnya dekat. Bila dah jalan, haaa tercungap cungap la kau tepi jalan tu! Jauh jugak rupanya!

Friday, June 26

Jaipur: Seribu Satu Kubu

As you wish, Sir!

Aku dah jemu dengar perkataan tu. Setiap hari, without fail; semua orang nak as you wish, as you wish dengan kau. Kalau datang India, kau tak dengar perkataan ni, maksudnya kau dah salah tempat. Itu maksudnya kau bukan kat India.

As you wish ni wajib ada, selalunya sebelum kau buat deal dengan seseorang. Tak kira la mamat tuk tuk ke, mamat jual sari ke. Bila kau tanya apa apa, dibalasnya as you wish. Tapi bila kau dah setuju dengan deal tu, mula la orang orang india ni nak tukar as you wish tu kepada ás you wish, ...as long as i get more benefits'. HAH!


Thursday, March 5

India: Berapa Nak Belanja? (Edisi Go Pro)

28 hari, 1 negara, 6 states dan 14 districts. 

Banyak pengalaman, banyak jugak la incident incident menyayat hati. Eh. 

Dalam masa aku travel kat India ni, bertubi tubi yang tanya berapa kos aku pergi ke sini. Agaknya sebab lama sangat kot aku pergi. Tapi bagi aku, 28 hari tu tak lama mana pun. Pejam celik je dah habis ke penghujung journey. Initial planning, aku nak jugak la pergi dua bulan. Nak cover dari south ke north. Tapi nak buat macam mana, dalam masa nak apply visa tu, dekat website dia tulis visa is valid for 6 months, tapi maximum stay adalah 30 hari je. And lepas dah keluar dari India, after dua bulan baru boleh masuk balik ke India. Jadi, tak ada harapan la aku cover semuanya dari south ke north dalam 30 hari. 

Tapi... Bila jumpa mat mat saleh kat India ni, aku tanya lah jugak dorang, dah berapa lama dorang travel kat India, mostly dah travel more than 2 months. Tapi guna tourist visa je. Aku pun terpinga pinga jugak, kenapa visa aku valid for 30 days je? Ke, imigresen India tak strict pun pasal period of stay asalkan tak exceed 6 months? Ke, dorang dapat tourist visa yang lain dari aku? Sigh.

Kolkata, West Bengal