Tuesday, January 28

Bali: Tanah Lot, Uluwatu dan Jimbaran.

Cuaca mencemburui aku.

Pagi pagi lagi masa dalam perjalanan ke Tanah Lot, cuaca dah mula menangis. Nasiblah dia menangis teresak esak je. Kalau macam air terjun, dengan aku aku sekali menangis. Rasanya macam ini kali pertama dalam banyak banyak tempat aku travel, cuaca macam mengkhianati aku.

Apapun, pergi ke Tanah Lot, aku masih menggunakan khidmat supir dari agency yang sama. Nasib jugak la dapat supir yang sama. Tak ada la rasa awkward ke apa.

Sampai je ke Tanah Lot, aku tak pasti sama ada waktu ada perayaan apa apa. Apa yang aku baca di internet, rasanya hari tu, macam hari hari biasa yang lain. Tapi, bila jejak je kaki di Tanah Lot, ramai pulak bangsa bangsa mereka yang datang ke sini macam rombongan Mak Kiah. Nak pergi berdoa mintak jodoh le tu kot.

Masa kat Tanah Lot ni, sedang aku menikmati ombak pagi yang tak segar mana pun, full-time co-traveler aku sibuk beramah mesra dengan sorang foreigner ni. Mat salleh. Dari Canada. Kerja di company mana aku pun dah lupa. Apa yang disembangkan, sempat lagi co-traveler aku ni mintak internship placement kat mat salleh tu? Ish ish ish. Siap sempat bertukar facebook lagi. Nasib mat salleh tu jenis cool je. Kalau tak, aku yang malu nye ha.








Lepas dah jemu tengok Tanah Lot ni, sebab tak boleh ke seberang, pasal air tengah pasang pagi pagi, aku pun beralih arah nak pergi ke Uluwatu. Uluwatu ni memang opposite direction dari Tanah Lot ni. Jadi perjalanannya jauh lah jugak. Sebenarnya Tanah Lot ni cantik bila waktu sunset. Tapi, aku nak kejar sunset di Uluwatu. Asik tengok sunset dari paras bawah je. Teringin jugak nak tengok sunset dari kawasan tinggi. Malangnya, macam aku cakap, cuaca mencemburui aku, dari pagi sampai ke sudah. Walaupun tak hujan dah, tapi awan hitam berkepul kepul. Aku pasrah.







Di Uluwatu ni, waktu senja, ada Kecak Dance. Macam Barong dance, di pagi hari, ibarat tarian untuk permulaan hari, Kecak dance ni pulak significant nya untuk penutup hari. So tiap tiap hari memang ada. Tapi mahal entrance fee nya. Dah tengok Barong dance semalam, cukup lah. Mungkin lain kali je tengok Kecak dance ni.

Destinasi seterusnya, ke Jimbaran. Since tak jadi nak tengok Kecak dance, aku decide nak layan sunset di Jimbaran. Kot kot lah matahari buat keputusan nak tunjukkan diri. Aku pun berkejar ke Jimbaran beach.

Tapi sebelum tu, dalam perjalan turun dari Uluwatu, driver aku bawak singgah ke satu lagi tempat. Aku pun tak tau ni tempat apa sebenarya. Tak pernah jumpa pun time google untuk buat itinerary. Dia pun suruh la turun ambil ambil gambar sikit.






Lepas tu... Tadaaa, dah sampai ke Jimbaran! Kat sini boleh layan seafood, provided kau bawak ribu riban dalam poket. Kalau dalam poket setakat ada RM200, kau tak payah mimpi lah nak makan sedap sedap kat sini. Aku nak order air pun ulang fikir tujuh lapan kali.

Bukan sebab kedekut, tapi harga ridiculous gila! Rasa membazir sangat.





Hambar je rasanya, dinner dengan sunset yang tenggelam timbul.

Untuk makan malam, errr... pada mulanya, masing masing mengidam nak makan lobster. Maklumlah, semua tak pernah makan lobster. Ingatkan bila share empat orang, mampu lah nak bayar untuk seekor lobster. Aku pun suruh la co-traveler aku dengan boyfriend roomate aku pergi usha usha harga lobster tu untuk seekor. Kecik pun tak apa, asal dapat merasa. Dengan penuh harapan, aku dan roomate aku, menikmati jus buahan sambil tunggu khabar berita dari mereka berdua.

Tunggu punya tunggu, kira punya kira, convert punya convert. Fikir punya fikir, tak terkira berapa kali aku fikir, dekat empat puluh tujuh kali aku pertimbangkan harga lobster tu nak beli ke tak nak, akhirnya aku mencapai kata sepakat dengan yang lain, untuk lupakan hasrat kami untuk dinner lobster malam tu.

Bukan apa, kalau seorang kena bayar RM80+ untuk seekor lobster, aku boleh terima lagi. Sebab harga kat Malaysia pun dalam RM300+ untuk seekor. Paling kurang, sorang bayar tak sampai RM100 untuk rasa seekor lobster. Tapi bila dah tolak tambah, jumlah yang seorang kena bayar untuk lobster adalah.... RM200+ seorang tak termasuk bil air. Itu pun dah siap kira diskaun yang orang kedai tu boleh bagi (selalunya boleh nego up to 15%). Menangis air mata darah aku!

Last last, sebab nak jugak merasa seafood di Jimbaran, yang di war-war kan hebat sangat, sebab dah sampai pun tempat ni, sebab tak nak rasa menyesal kemudian hari sebab tak spend apa apa walau sedikit kat sini, aku sebulat suara dengan dorang, untuk order sotong goreng tepung sahaja. Itu pun kena mencatu jugak. Sebab sotong tu beli seekor je. Itu pun suruh pilih yang kecik kecik je. Dapat satu pinggan macam gambar bawah tu. Itu pun beli satu ekor je, yang beratnya lebih kurang satu kilo, harganya around RM40. Nasib lah dapat set nasi dan kangkung. Tak sia sia lah aku datang sini.



No comments: