Sunday, January 12

Mendaki Victoria's Peak

Tak daki sangat pun sebenarnya.

Kiranya ini hari terakhir untuk percutian kali ini. Hari ini agendanya pergi ke Victoria's Peak, spend seharian waktu di Madame Tussauds. Victoria's Peak ni sebelah Hong Kong Island. Jadi... Sebelum pergi ke sana.... Pagi pagi lagi tanpa melengahkan masa kami pergi berjalan jalan dulu untuk shopping. Kakak aku gila Uniqlo sikit. Jadi dia pergi ke Uniqlo dulu, tinggalkan aku dan kakak aku lagi sorang di belakang. Last last, dia sampai dulu pun, Uniqlonya masih nak set up. Tak bukak pun lagi kedainya. Kih kih kih. Kesian... Kedai kat Hong Kong ni yang aku perasan, bukak lambat.

Lagi satu, kalau naik escalator kat Hong Kong ni, jaga jaga! Haaa. Pegang kiri kanan. Escalator dia kebanyakkannya panjang panjang dan paling penting, laju gila! Rasa macam nak terbang je bila naiknya Eh. Over pulak.




Banyak jugak pancaroba nak naik Victoria's Peak ni. Pertama nya, kena berjalan kaki. Mendaki bukit pulak tu. Lepas tu sesat sekejap. Tapi disebabkan Hong Kong ni banyak petunjuk arah, tak adalah masalah sangat. Disebabkan ini je destinasi untuk siang hari, jadi tak banyak benda yg nak diceritakan. 















Malam harinya pulak, lepas dah puas minum kopi di cuaca yang sejuk, gambar kota Hong Kong yang bercahaya warna warni pun dah puas di capture, berkejaranlah kami ke Avenue of Stars. Nak buat apa? Hari tu kan tak dapat tengok Symphony of Lights. Jadi ini je lah peluang yang ada sebab esok nak balik ke Malaysia dah.




Sekian. Itu sahaja entry kali ini. Maka tamatlah brief travelogue aku untuk destinasi Hong Kong, Macau dan Shen Zhen ni.

No comments: