Showing posts with label IndoChina. Show all posts
Showing posts with label IndoChina. Show all posts

Sunday, January 18

Mui Ne: Kadang Kadang Busuk

Kali ni, lebih awal aku bangun. Gigih, keluar bilik pukul 4 pagi. Of course lah aku tak mandi pagi! Asalkan dapat menikmati sunrise di padang pasir. Bahahaha


Monday, January 12

Mui Ne: Tak Mungkin Akan Kau Jemu

Pardon my dusty images. Aku malas nak buat spot removal banyak banyak kali. Ada je la spot yang tertinggalnya pun. Stress betul rasanya bila image sensor masuk habuk. Bukan satu, bukan dua tiga empat, tapi lebih dari tu! Dan tak ada apa yang dapat selamatkan sensor tu sehingga aku hantar pergi cleaning di kedai. Sigh

Pagi kedua di Mui Ne aku nekad. Aku nekad nak pergi bersunrise di padang pasir. 


Sunday, January 11

Mui Ne: Sand Sliding di Red Sand Dunes

Ho Chi Minh. Padat. Sesak. Polluted. Unless kau seorang shopper tegar, haa, kau duduk lah seminggu dekat Ho Chi Minh, itu tak tentu cukup lagi masa tu untuk kau. Tapi untuk aku, Ho Chi Minh ni tak ada tempat menarik untuk sight seeing. Satu hari pun dah cukup.

Oleh yang demikian, hari kedua di Vietnam, aku decide untuk pergi ke Mui Ne!


Wednesday, December 31

2014, you did AWESOME!

As awesome as it was, I owed so many to this blog.

1. I have yet to finish the story on my IndoChina Adventure.



Saturday, July 12

Ho Chi Minh City: Dull & Lifeless

Dibangunkan dengan bunyi hon yang meriah di pagi hari, aku rasa excited nak pergi ke Ho Chi Minh ni.

Bus pulak, macam flight dah rasanya. Siap ada bus attendant dan dapat makanan free. Tapi aku tak sanggup le nak sentuh makanan tu walaupun lapar sangat rasanya. Sepanjang perjalanan aku tidur je bagi menggelakan lapar.

Di satu perhentian, dalam tidur, aku ada bau makanan. Bus tu berhenti untuk rehat. Aku pun terjaga sebab bau macam sedap je. Aku bukak mata je, co-traveler aku dah habiskan makanan dalam kotak dia.

Aku pun tanya, "Dia makan apa?"

Co-traveler aku terus tunjuk kotak dia yang dah kosong tu.

Aku terpinga pinga jugak la. Sebab dia berani nak makan benda dalam kotak tu. Sebabnya, sebelum ni kalau aku ajak makan kat restoran mana mana, restoran india la particularly, dia yang nombor satu was was. Padahal dah ada jata halal kat restoran tu. Tup tup, aku bangun je, tau tau dah habis makanan dia tu.


Friday, June 13

Phnom Penh: Khatam dalam satu hari!

Bangun awal pagi, melempiaskan nafsu makan megi asam laksa. 

Fuhh. Nikmat. Bawak stok makanan punya la banyak. Tapi, itu paket pertama megi yang dirasmikan untuk trip masa ni.

Seperti yang telah di deal dengan orang hostel tempat aku menginap ni, motor hanya boleh disewa start pukul 8. Bagi aku pukul 8 tu macam dah lambat sangat. Dah la kalau nak pulangkan motor, kena before 6 pm pulak tu. Kalau nak pulangkan the next morning, pun pukul 8 pagi. Sebab motor ni pihak hostel tu sewa dari agency. Tu lah leceh macam tu.

Aku fikir fikir, tiket bus untuk ke Saigon pun dah beli untuk awal pagi esok. Nak tak nak, kena pulangkan motor hari yang sama. Jadi aku force orang hostel tu, suruh bagi motor awal sikit. Paling awal pun 7.30 pagi katanya. Hmmm, boleh lah daripada tak ada.

Sewa motor kat sini strict sikit. Atau mungkin agency ni yang strict. Sebabnya, sebelum isi borang, dia tanya apa nationality aku. Bila aku cakap Malaysian, dia pun start telefon boss dia tanya, boleh ke tidak nak bagi sewa. Agaknya dah ada orang Malaysia pernah bawak lari motor sewa dorang kot. Tapi nasib lah dia bagi sewa jugak, tapi dengan syarat, dua dua pasport kena bagi kat dia. 

Jadi lepas dapat kunci motor, tanpa berlengah lagi, tempat pertama yang di tuju adalah The Royal Palace. Nak masuk, berbayar. Adalah dalam lebih kurang RM30. Tak adalah mahal sangat macam Royal Palace kat Bangkok tu, sampai RM50 haaa!


Tuesday, June 10

Phnom Penh: Dari Sleepy Town ke Bustling City

Bising. Itu lah Phnom Penh.

Tapi... Sekurang kurangnya ada traffic light.

Bas ke Phnom Penh pagi tu pukul 8.30 pagi. Sebelum berangkat, aku masih ada masa lah nak tangkap tangkap gambar sikit. Dengan beg depan belakang badannya, aku gigih jugak kiranya, dah tak peduli dah orang tengok ke apa ke. Kikiki


Thursday, June 5

Battambang: Pekan yang Tidur

Malas nak bangun pagi.

Disebabkan pekan ni dinamakan Sleepy Town oleh mat mat salleh, aku pun rasa sleepy je kalau nak bangun awal pagi. Disebabkan tak ada apa sangat pun di Battambang ni, lagi bertambah malas aku nak bersiap siap untuk terokai apa yang ada.

Dah lah guesthouse tu tak sediakan keetle ke, cawan ke, apa ke macam kat Siem Reap dulu, sarapan pagi pun terpaksalah aku skip. Sebabkan aku nak berkejar cari tiket bas untuk ke destinasi seterusnya lah, aku gigih jugak bangun. Kalau beli lewat, takut bus penuh pulak.


Monday, June 2

Battambang: Mencari Bamboo Train

Battambang.

Banyak cerita berbanding gambar.

Sebenarnya... Aku tak tahu apa ada kat sini. Aku tak tahu apa yang patut aku expect ada kat sini. Kiranya, Battambang ni lebih kurang 'off the beaten path' la gitu. Kononnya tak ramai lah yang pernah datang sini. Kononnya.

Masa buat itinerary dulu, aku pun tak sure nak visit province mana selain Siem Reap dan Phnom Penh. Ada kalanya aku rasa macam nak ke Sihanoukville. Ada kalanya macam nak pit stop di Pursat. Tapi akhirnya aku pilih Battambang.

Pukul 7.30 pagi aku bertolak ke Battambang naik bas Rith Mony. Tiket bus aku beli dari guesthouse tu. Jadi pagi tu, ada limo van yang ambil aku untuk di bawa ke station bus.

Naik je bus, aku hembus nafas lega.

"Nasib lah bas ni cantik".

Sebab aku dah terbayangkan naik bus yang horror.


Monday, May 26

Siem Reap: Menawan Angkor Complex!

Tak ada lah tawan habis pun hakikatnya.

Sebenarnya... Berat mata aku nak bangun pagi kejar sunrise.

Bukan apa, sunrise kat belah belah sini, pukul 5.30 pagi matahari dah terbit dah. Kalau betul betul nak kejar matahari terbit yang bilamana awan warna merah merah ungu tu, aku tak tahu la nak kena bangun pagi pukul berapa.

Bertolak ke Angkor nya pukul 5.00 pagi. Jadi pukul 5.20 pagi macam tu aku sampai di entrance. Di entrance ni kena beli tiket dan tangkap gambar. Acah acah nak buat passport lah kononnya. One day pass berharga USD20. Aku pergi ke sini, hire tuk tuk selama sehari. 

Plan asalnya, kalau nak murah, berbasikal aje. Satu basikal hanya USD1. Tapi nak buat macam mana, aku tak fit. Pengsan tengah jalan kang kalau kayuh basikal. Bahahah. Kalau korang rasa korang fit, boleh le nak naik basikal. Tak seronok sangat naik tuk tuk ni, sebab dia ikut package. Nak pergi tour besar atau tour kecik. Kalau tour besar, lagi mahal lah kena bayar, sebab merangkumi wat wat yang jauh.

Tuesday, May 20

Siem Reap: Artisan D' Angkor dan Old Market

Jadi, sejurus lepas aku habis internship programme aku, aku terbang ke Cambodia.

Mencari diri yang hilang katanya. Alasan common hardcore backpackers. Ewahhhh

Jadi, hello Siem Reap! Sesampai je aku di airport, dah ada orang tunggu untuk bawak aku ke tempat penginapan. Macam orang kaya jek rasa masa tu. Padahal harga tempat tinggal di Siem Reap hanya RM20/night. Jadi... Ada orang lambai lambai sambil pegang kertas nama "Totty Mat Ali" bila aku keluar pintu airport tu. Bila aku nampak orang tu, dia tolong angkatkan beg, lepas tu dia suruh aku tunggu, dia pergi amik kenderaan dia. Aku pun excited lah. 

Bila dia sampai depan aku, aku macam, "lahhh... tuk tuk je ke? Ingat naik limosine tadi".

Jadilah tu kan daripada nak kena bayar tuk tuk lain pulak kan. Situ dah jimat la satu dua dollar.


Monday, May 12

Nomad Selama 12 Hari

Sedih betul bila dibangunkan dari mimpi.

Ewahhh. Tak sedar diri lagi berapa hari je nak start semester baru.

Masih ingat cerita harddisk aku telah melenyapkan semua gambar gambar travel aku? Guess what. Aku berjaya recover almost half dari gambar gambar tu. Dan gambar Bandung masih terselamat! Tapi aku malas nak menulis cerita Bandung tu sekarang.

Cerita baru ni pun aku malas nak menulis sebenarnya. Jadi buat sementara waktu, aku bagi teaser je untuk destinasi yang telah aku terokai sejurus selepas aku habis internship aku tu. Kui kui kui. Ayat nak ayat blogger artist je kan. Macam lah kau tu ada follower. Puihhh