Monday, June 2

Battambang: Mencari Bamboo Train

Battambang.

Banyak cerita berbanding gambar.

Sebenarnya... Aku tak tahu apa ada kat sini. Aku tak tahu apa yang patut aku expect ada kat sini. Kiranya, Battambang ni lebih kurang 'off the beaten path' la gitu. Kononnya tak ramai lah yang pernah datang sini. Kononnya.

Masa buat itinerary dulu, aku pun tak sure nak visit province mana selain Siem Reap dan Phnom Penh. Ada kalanya aku rasa macam nak ke Sihanoukville. Ada kalanya macam nak pit stop di Pursat. Tapi akhirnya aku pilih Battambang.

Pukul 7.30 pagi aku bertolak ke Battambang naik bas Rith Mony. Tiket bus aku beli dari guesthouse tu. Jadi pagi tu, ada limo van yang ambil aku untuk di bawa ke station bus.

Naik je bus, aku hembus nafas lega.

"Nasib lah bas ni cantik".

Sebab aku dah terbayangkan naik bus yang horror.



Perjalanan ke Battambang, ambil masa lebih kurang empat jam, dan boleh stretch up to enam jam ikut kondisi trafik. Dan perjalanan aku ni ambil masa enam jam T_T Sepanjang perjalanan, bas ni asik main hon aje. Hon panjang panjang pulak tu. Itu tandanya dia tengah laju dan suruh orang lain ke tepi. Macam, culture jalan raya dorang la gamaknya.

Enam jam tu lama. Sejam pertama boleh lah aku nak cuci mata tengok view dari tingkap bus. Macam macam fesyen orang aku perhatikan.


Naik motor ramai ramai ni pun kira culture jugak le kat Cambodia ni. Cuba teka berapa orang sebenarnya yang naik motor ni? Mih mih mih. Dengan tak berhelmet nye haaa. Dengan jalan raya yang tak ada traffic light nye haaa. Seriau aku tengok dorang naik ramai ramai gini. Budak budak kecik pulak tu.


Lagi satu... Yang aku perasan, orang Cambodia ni suka bukak pasar. Merata pergi, mesti ada pasar. Pasar kecik pasar besar, mana mana pun ada!

Lepas dah keluar dari town, pemandangan kiri kanan hijau je macam ni. Bila dah hijau, aku pun pergi belayar jugak la. Sedar sedar je, dah pukul 1230 tengah hari. Lagi beberapa kilometer je nak sampai ke Battambang.


Benda pertama yang aku buat bila sampai di Battambang, of course lah pergi cari tempat penginapan yang aku dah book tu. Tapi sebaik je aku turun bus, aku diserbu pak tuk tuk semua. Tuk tuk yang aku pilih tu orang nya nampak baik, jujur. Kalau compare orang ni dengan tuk tuk dekat Siem Reap, kat Siem Reap tu lagi suka ketuk duit orang.

Mulanya pak tuk tuk ni, macam tak tahu atau tak pasti kat mana accomodation aku tu. Aku pun tunjuk la map yang aku dapat dari booking.com tu. Tapi dia kata map aku salah. Aku pun fikir, "aik, tak kan lah map booking.com ni salah? Dia ni saja je kot nak sesat sesat supaya dapat mintak duit lebih". Aku siap suruh dia turunkan aku kat tepi jalan tu lagi. Tapi dia tak nak turunkan. Dia kata biar dia cari. Tapi aku tekad, nak turun jugak. Lepas tu dia kata, "tak apa, bayar je satu dollar, biar dia tolong cari tempat tu. Map tu salah tu". Dah dia cakap macam tu, bayar satu dollar je, aku pun biar le dia cari lokasi tempat tinggal aku kat sini.

Lepas dua tiga minit, sampai pun ke destinasi! Dan dia hanya mintak satu dollar je! Kalau kat Siem Reap, distance macam tu, siap tolong carikan lagi, memang tuk tuk ketuk sampai dua tiga dollar ha. Paling kurang dua dollar la kiranya!

So bila nak check in, boleh pulak orang receptionist tu cakap bahasa Thailand dengan aku? Dia ingat aku orang Thailand ha. Bila aku cakap bahasa Inggeris, sepatah haram dia tak faham. Aduhhh. Susah betui macam ni. Apa apa aku cakap, dia mampu tersengih sengih sambil cakap sorry sorry aje ha. Stress betui rasanya. Nasib lah masa tu bos dia ada. Boleh la jugak cakap bahasa inggeris ha.

Lepas letak barang barang, aku ajak co-traveler cari motor sewa di pekan. Jarak guesthouse aku dengan pekan Battambang ni, boleh kata 5-10 min jalan kaki lah. Bila dah sampai pekannya, baru aku tau ada backpacker's hostel kat area Battambang ni. Tapi masa browse dalam booking.com tak jumpa pulak. Lagi murah pulak tu harganya. USD2 je ha. Rupa bentuk biliknya aku tak tau lah macam mana. Penginapan aku di Battambang ni, harganya sama macam dekat Siem Reap, RM20/night sahaja.

Jalan punya jalan, dengan matahari yang terik tak ingat punya, tak jumpa pun tempat sewa motornya. Tanya orang local, semua tak faham dan tak tahu. Part part nak mencari ni lah yang aku paling tak suka ni. Sebab nya, co-traveler aku tu, selalu sangat rasa macam dia sorang je la yang tengah panas berpeluh peluh, macam dia sorang je yang berjalan bawah matahari terik. Padahal aku ni yang kena usung beg doraemon yang isinya macam macam ada. Dia bawak beg span kosong aje sebab isi beg nya, aku dah usung ke hulu ke hilir siap dengan lens besar lagi T_T

Lepas tu tiba tiba, tak tahu le co-traveler aku tu tergerak hati ke apa untuk pergi tanya kat mat salleh yang tengah lepak lepak dekat coffee shop tu, kat mana ada motor sewa. Dalam hati aku, meloncat loncat ha! Rasa nak sujud syukur je kat situ akhirnya dia bukak jugak mulut tanya orang lepas dah jauh berjalan. Nasib baik lah mat salleh tu tau kat mana yang ada kedai sewa motornya. Opsss. Minah salleh sebenarnya. Tengok gaya, macam dah berbulan/berminggu dah dia bermastautin kat Battambang ni. Bukan aku tak nak tanya sendiri, cuma, aku ni fail banyak bab bab terima atau bagi direction ni. Lain orang cakap, lain yang aku faham. Tu sebab le aku tak nak tanya, sebab secara lumrahnye pompuan memang tak reti bab bab direction ke tengok map ke T.T

Jadi... Dengan direction yang diberi, akhirnya jumpa jugak tempat sewa motor, iaitu di Gecko Cafe. Rate untuk sehari USD7. Tapi lepas dah nego sikit, dapat sewa dengan rate USD6/day. Jadi apa lagi, sewa lah untuk dua hari! Jam pun dah pukul 2 petang. Jadi destinasi pertama untuk hari tu, untuk pergi cari bamboo train! 



Bamboo train ni macam ni je binaannya. Nak panggil apa pun aku tak tahu la roda tu. Roller gamaknya. Haa, letak je roller tu sepasang, depan belakang, lepas tu letak je bamboo nye. Macam naik katil bergerak pun ada rupa. Tapi aku tak naik pun benda ni. Kalau nak naik, harganya USD5/person. Pengsan. Bamboo train je pun -.-'





Sambil tengok tengok mat salleh semua naik bamboo train ni, aku pun layan minum air kelapa. Cuaca panas sangat hoiii. Kalau tak selalu minum air kelapa, memang aku dah demam haaa. Selalunya air kelapa kat sini, sebiji cuma satu dollar.


Lepas tu, sembang sembang sekejap dengan orang yang jaga bamboo train ni. Co-traveler aku pulak, dari Siem Reap sampai ke sini, tak habis habis dia tanya orang orang cambodia yang dia jumpa ni "can you speak malay?" Aku pun tak mengerti lah. Mungkin sebab aku ada cakap yang dulu orang cambodia ni ada yang melayu champa. So dia expect la semua orang kat sini boleh cakap bahasa melayu. Aku pun tak tahu ada ke tidak melayu champa tu sebenarnya. Aku main petik je sebenarnya. Kikiki

Petang tu, co-traveler ajak aku ke Wat Banan. Aku pun OK kan saje. Sebenarnya, aku terlupa yang di Battambang ni, kalau bayar entrance fee untuk satu wat, boleh masuk untuk wat wat yang lain nya, dalam hari yang sama. Memang aku tak ingat langsung aku pernah baca pasal benda ni, sebab aku susun itinerary tu, memang dah ada makna lah kenapa aku susun macam tu. Nak buat macam mana. Pergi aje lah ke Wat Banan tu. Bila aku tengok tiket tu ada gambar tiga wat yang lain, baru lah aku teringat tiket ni valid untuk wat wat yang lain.

Tapi apa kan daya. Nak kejar wat yang lain, dalam hari tu jugak memang tak sempat. Sebab masa tu dah pukul 4.30 petang. Wat yang lain tu semua pukul 5.30 dah tutup. Distance nak kesana pulak, mungkin boleh ambil masa 30-45 minit. aku pun redha je le. Lawat je lah wat ni aje kat Battambang ni. Wat yang lain tu namanya Ek Phnom dengan Phnom Sampeu (killing cave).


Mula mula nak naik wat ni, tiba tiba aje ada dua budak perempuan ikut aku panjat sekali. Aku dah pelik dah. Apesal budak budak ni ikut aku? Nak rompak aku ke? Tapi kalau nak rompak aku, tak kan la dorang tolong kipaskan aku pulak, kan? Haaa, ini tak lain tak bukan, mesti scam nak mintak duit ni!

Aku pun mula lah panjat tangga tangga ni dengan laju sekali tanpa memikirkan apa akibatnya kalau aku guna sepenuh tenaga untuk memanjat. Ini semua kes nak lari dari budak budak tu la ni. Awal awal tu, nampak macam senang aje nak panjatnye. Jangan tak tahu, sebenarnya ada 300++ anak tangga yang agak steep! Langkah yang ke 100, aku dah surrender. Jantung aku pumping dengan laju sekali, otak aku tak dapat oksigen yang mencukupi. Rasa nak pitam pun ada! Mujur ada orang tolong kipaskan. Kih kih kih. Nampaknya nak tak nak, aku kena la bayar sikit kat budak budak tu.


Makanya, aku pun meneruskan perjalanan mendaki lepas dah normalkan sikit denyutan jantung aku. Tapi kali ni memang dah lemau rasanya nak naik ke puncak tu. Memikirkan dah separuh jalan, aku bertabah aje.

Sikit je lagi nak sampai ni. Sikit jeeee...


Bila dah sampai puncak, serious, aku nak amik gambar pun dah tak larat gila. Jadi aku tak adalah gambar apa apa nak ditunjukkan untuk bagitau kat puncak tu ada apa. Miserable sangat rasanya ha. Dah la pulak, dua minit lepas aku nak rehat rehat kejap untuk kumpul tenaga supaya ada kederat nak angkat camera dan buat photoshoot sikit, tiba tiba, hujan rintik rintik yang jenis lebat tu. Aku pun tak nak le amik risiko. Kang hujan lebat kang, payah pulak nak balik. Hari pun makin gelap. Dengan tak habis penat mendaki naik Wat Banan ni, aku pun terpaksalah mendaki turun pulak. 



Sampai je di tangga bawah yang terakhir, jangan tak tahu, menggigil kepala lutut aku oiiii! Tak rasa kaki dah ha! Nak melangkah maju pun kena kecik kecik je langkahnya. Dah lah bekalan air botol semua dah habis masa half way thru masa mendaki ke puncak tu!

Kat bawah pulak aku, jumpa lah budak budak kecik Cambodia. Dorang suka sangat main basikal. Bila aku amik gambar, tersipu sipu dorang senyum, control ayu. Ingatkan habis di situ aje...


Lepas tu aku alihkan perhatian ke budak bawah ni. Tengah tolong maknya jaga adiknya gamaknya pun. Aku pun saja saja lah amik gambar dia jugak. Lepas tu, aku pun tak larat sangat, mintak nak balik, nak cari air bla bla bla...


Tapi kisah budak dua orang tu tak habis tu situ saje. Teng teng teng! Tiba tiba aje budak dua orang tu berlari lari depan aku. Aku tak tahu la motif nya apa kan. Mulanya aku tak perasan pun budak budak yang lari depan aku tu, budak yang sama aku tangkap gambar tu. Bila tengok betui betui, lah...

Dah ke mana perginya basikal dan adik dia yang sorang tu? Aku pun terpinga pinga. Rupanya dia berlari ke depan aku sebab nak suruh ambik gambar lagi! Tengok la, siap berposing macam nak masuk America's Next Top Model aje ha. Entah kemana la gamaknya dia campak adik dia tu ha, kan.


Lewat petang tu, aku pun ajak co-traveler aku pergi cari perkampungan islam. Sebab nak cari makanan halal. Tiba tiba perut aku lapar gila rasanya. Kalau makan yang ringan ringan, memang tak dapat la nak menenangkan perasaan perut tu. Gigih la mencari perkampungan islam yang diceritakan pegawal di Bamboo Train waktu siang tu.

Bonceng punya bonceng, tak jumpa pun perkampungan islamnya. Tips dari pengawal bamboo train tu, perkampungan islam tu kat sepanjang Sungai Sangker tu. Co-traveler aku siap ikut bontot motor minah cambodia yang bertudung lagi dengan harapan kat situ lah perkampungan islamnya. Tapi hampa. Perempuan tu tak faham apa yang diperkatakan. Kedai makan pun tak ada di kawasan tempat perempuan cambodia tu berhenti. Terpaksalah berpatah balik ke jalan besar.

Dalam perjalanan balik, dengan perasaan yang sedikit hampa, aku dan co-traveler bukak mata besar besar, mencari cari di kiri kanan, kot kot la ada masjid ke apa ke yang menandakan situ adalah perkampungan islam.

Yes! Tiba tiba di belah kiri ada binaan yang menyerupai masjid! Warna biru! Lepas ditanya beberapa pemuda yang lepak lepak disitu, mujur jugak la dorang faham bahasa inggeris, akhirnya, ada jugak lah kedai makan untuk ditujui! Kata pemuda pemuda tu, dorang pun tak makan daging daging kat sini, tak ada kedai halal pun sebenarnya. Yang dorang makan, seafood. Udang, sotong. Dorang pun tunjuk la kedai mana yang ada benda benda tu.

Sampai je kedai tu, memang udang dan sotong sahaja yang dihidangkan. Aku pun jadi 100% yakin untuk makan. Tanpa berlengah, aku pun cari tempat duduk.

Cuma masalahnya, orang yang berniaga tu, tak tahu cakap bahasa Inggeris. Aku sampai sampai je, dia terus cakap bahasa Cambodia. Bila aku geleng geleng, baru dia tahu aku ni bukan orang Cambodia. Aku pun buntu. Macam mana aku nak order ni? Kalau main order aje, kang mahai pulak kena bayarnya sebab tak tahu harganya berapa.

Dalam pada makcik yang melayan aku tu tak tahu nak cakap bahasa Inggeris, ditolongnya carikan tempat duduk jugak. Masa pergi tu, kedai tu memang full gila. Laris betui haa. Disebabkan dia tak tahu sangat dah macam mana nak layan aku, (padahal aku dok tanya how to order dan how much aje), dia pun panggil la suami dia.

Suami dia datang ke meja. Kau tahu apa dia tanya aku? Dia tak ada la tanya straight gini, tapi aku tahu lah ini yang dia maksudkan. Dia tanya, "do you speak french?". Haaa, amik kau! Advance sampai ke french teruih. Tersekat air liur aku nak jawabnya. 

Dah la sepanjang aku jejak kaki ke dalam kedai tu, semua orang dok pandang pandang. Jauh di dalam hati, aku ni ada buat salah ke? Mesti dorang ingat aku ni orang cambodia yang saja nak berlagak cakap english. Bahahah.

Mujurlah tiba tiba ada seorang perempuan kat situ, yang boleh faham english! Nasib baik ok. Kalau tak kebulur la aku malam tu. Dia la yang tolong order, yang tolong translate bahasa semuanya haaa. Aman sikit rasanya nak makan grilled prawn dan sotong kat sini. Dah la murah aje. Satu pinggan dua dollar aje. Aku apa lagi, tak cukup dua pinggan, tambah lagi satu pinggan ha! Dapat ulam ulaman free pulak tu. Hihihi



Inilah dia pak cik yang tanya aku boleh cakap french ke tidak tu T_T Dengan bantuan perempuan tu tadi, dia siap boleh ceritakan dia sekolah kat mana, dia amik kelas bahasa semua semua tu, dia cerita pasal anak dia la, dan macam macam hal lagi ha.



1 comment:

Unknown said...

Excellent captured bravo bravo..