Dibangunkan dengan bunyi hon yang meriah di pagi hari, aku rasa excited nak pergi ke Ho Chi Minh ni.
Bus pulak, macam flight dah rasanya. Siap ada bus attendant dan dapat makanan free. Tapi aku tak sanggup le nak sentuh makanan tu walaupun lapar sangat rasanya. Sepanjang perjalanan aku tidur je bagi menggelakan lapar.
Di satu perhentian, dalam tidur, aku ada bau makanan. Bus tu berhenti untuk rehat. Aku pun terjaga sebab bau macam sedap je. Aku bukak mata je, co-traveler aku dah habiskan makanan dalam kotak dia.
Aku pun tanya, "Dia makan apa?"
Co-traveler aku terus tunjuk kotak dia yang dah kosong tu.
Aku terpinga pinga jugak la. Sebab dia berani nak makan benda dalam kotak tu. Sebabnya, sebelum ni kalau aku ajak makan kat restoran mana mana, restoran india la particularly, dia yang nombor satu was was. Padahal dah ada jata halal kat restoran tu. Tup tup, aku bangun je, tau tau dah habis makanan dia tu.
Aku pun tanya lagi, "dia tau ke, apa benda dia makan tu?". Co-traveler aku geleng geleng kepala sambil tersengih macam kerang busuk, "tak tau. Tapi mula mula macam sedap je. Dah lama lama kunyah ada rasa macam daging pulak. Dah masuk mulut, perut pun lapar sangat dah, bedal je la".
Aku hanya mampu telan air liur je masa dengar cerita co-traveler aku tu.
Tak lama kemudian, sampai pun bas tu ke Pham Ngu Lao street, di Ho Chi Minh. Yang aku excited nya, bukan apa. Sebab kat sini aku dapat tidur dalam cube lagi!
Tapi yang leceh nye hotel Kaiteki ni, setiap kali kau keluar masuk kena tinggalkan power key tu dekat kaunter. Kasut pun kena tinggal dalam locker kat lobby. Leas tu passport pulak dorang akan simpan sampai hari kita check out. Dah la kunci kena tinggal, passport pun nak amik. Haih.
Lepas check in, tanpa buang masa, aku pergi la jalan jalan sekitar bandar Ho Chi Minh tu. Apa yang orang war warkan tentang Ho Chi Minh, semua macam tak betul je. Shopping nya, tak adalah murah sangat pun. Mungkin sebab aku jumpa benda yang sama kat Malaysia, yang lagi murah dari sini. Cuma, kalau beli barang barang yang kilangnya kat Vietnam macam beg Deuter tu, haaa, berbaloi baloi la. Yang lain tu, idak la aku nak beli.
Apa yang dikatakan tentang traffic Ho Chi Minh yang mencabar, sebab banyak motor tu, ada betulnya jugak. Sikit la. Tapi pada aku, Phnom Penh lagi mencabar sungguh pun population motor di jalan raya tak sebanyak macam Ho Chi Minh ni. Sebabnya, walaupun kononnya sesak sangat Ho Chi Minh ni, infrastructure jalan dorang lagi teratur, ada highway semua. Jalan raya, yang first lane memang reserve untuk motor je. Jadi, setakat sesak dekat traffic light aje le.
Haaa, ini lagi satu cerita kat Ho Chi Minh ni. Penjual kat sini, jenis yang suka paksa paksa orang beli barang dorang. Pak cik jual cermin mata ni, bersungguh sungguh ikut kitorang, promoto barang dia. Bersungguh sungguh tu bukannya dua tiga minit. Nak dekat setengah jam kitorang nak lepaskan diri dari dia. Co-traveler aku la, bijak sangat pegi layan dia, siap tawar tawar lagi. Aku dah pesan dah, jangan dilayan, buat tak tahu je. Penjual tu, dari promote cermin mata, sampai promote lighter ha. Lighter tu daripada harga RM30 dia nak jual sebijik, terus last skali jadi RM20 dapat 6 biji. Tapi tak beli jugak pun. Mana nak lepas masuk flight nanti!
Sebenarnya, Ho Chi Minh ni agak boring lah. Tak ada apa nak buat pun selain pergi shopping. Jadi petang tu, dah hampir pukul 4.30 petang, aku pun gigih la mencari landmark landmark kat Vietnam ni yang kononnya gah sangat tu.
Ini lah Ho Chi Minh City Hall yang famous sangat tu. Malangnya gambar tak cantik. Aku tak reti sangat pun nak amik gambar gambar bangunan gini. Tambah tambah lagi bila membalikkan cahaya. Kusam je nampak gambarnya. Kalau aku ni serious travel photographer, mungkin le aku tau equipment apa nak guna bagi gambar tu cantik sikit. Jadi kalau nak gambar tu lawa, datang lah sebelum tengahhari. Hik hik hik
Bila dah tangkap gambar beberapa copy, ada pulak signboard "no photo". Biar betul?
Kesah pulak aku no photo ke apa kan. Aku datang jauh jauh, kau tak bagi amik gambar pulak. Kalau tak nak bagi amik gambar, letak je bangunan ni kat tempat tertutup. Kan senang.
Adalah dalam 10 minit perjalanan dari situ, jumpa pulak Notre Dame Cathedral ni. Tak jauh sangat pun tempat tempat yang landmark gini. Sebelum jumpa cathedral ni, ada City Museum. Tapi malas nak amik gambar. Tak ada yang menarik pun.
Di sebelah kanan cathedral ni ada post office pulak. 20 langkah je dah sampai.
Ada jugak yang kata, Ho Chi Minh ni meriah waktu malam nya. Tapi bagi aku, bukan lah meriah pun. Nothing too fancy. Padat ada la. Masing masing dok kejar customer suruh beli barang. Cuma lampu kaler kaler neon ni la mungkin menarik perhatian. Tapi itu pun suasananya, gelap je, muram je. Ingatkan dapat la feel macam kat Hong Kong dulu keee. Eh.
Ini lah suasana jalan dari cathedral tadi untuk ke Ben Thant. Ben Thant yang besar tu pukul 6 dah tutup dah. Yang masih bukak kedai kedai yang kat luar Ben Thant tu je.
Bawah ni pulak, suasana kedai yang betul betul belakang Ben Thant. Kat sini banyak restoran halal. Jangan risau. Tapi harganya agak mahal lah sikit.
Kalau jalan sini, dah tak rasa macam kat Vietnam dah. Rasa macam kat Malaysia je. Semua orang Malaysia je yang shopping sini, sampaikan banner banner harga barangan semua, semua dorang tulis in MYR.
Secara keseluruhannya, aku rasa aku takkan repeat la kot Ho Chi Minh ni. Bagi aku Ho Chi Minh ni bosan sangat walaupun tempat ni bandar. Huhuhuh
No comments:
Post a Comment