Monday, February 3

Project Hujung Minggu dengan Mak Andeh

Tak hujung minggu sangat pun. Hari ni Isnin.

Hari ni aku cuti. Lepak di rumah saja, simpan duit katanya. Jadi, to kill time, aku decide untuk mulakan project papercraft aku. Papercarft yang aku beli masa Big Bad Wolf dulu tuuuu. Berbaloi baloi! Mula mula teragak agak nak buat ke tidak, sebab kalau aku tutup pintu bilik, confirm cik Aqilah tu sibuk nak masuk bilik la itu la ini la. Aku pun pasrah je lah.

Agaknya tak ada orang nak layan dia hari ni, dia pun berulang alik masuk ke bilik, ajak main. Yang tak tahan tu, dia ulang alik masuk bilik dengan gundik gundik yang ada, memang Mak Andeh betul!


Dalam stroller dia, macam macam ada. Ibarat, poket Doraemon lah katanya. Cuma yang berbeza, poket Doraemon ber-brand-kan Hello Kitty.


Sebelum mulakan project, aku bagi warning suruh dia jangan usik apa apa. Kikiki... Kesian dia. Tapi... Disebabkan dia rasa fascinated dengan papercraft tu, dan tak sabar nak tunggu outcomenya, dia pun duduk diam. Tak diam mana pun, tak senang duduk dia tunggu papercraft pertama siap.


Lepas aku siapkan papercraft pertama aku, dia pulak yang excited lebih lebih. Aku nak buat photography, dia pun sibuk nak interframe dalam gambar. Bila dah penat posing tertonggeng tonggeng, dia pun keluarkan camera dia nak tangkap gambar sama!





Memang tak reti penat budak ini. Aku yang penat melayan nya haa.


2 comments:

Unknown said...

Hahahahha..kenapa tak masukkan skali gambar craft yg dia buat tdi tu..kekekek..Yona rasa nk ajar la dia guna DSLR tu, nampak dia berminat sgt..gaya dh ada tu..uish harap2 jadi photographer hebat satu hari nanti Mak Andeh ni

Totty Mat Ali said...

Tak sempat nak amik gambor dia dah simpan dalam gundik gundik dia tu haaa