Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Sunday, November 16

[SOLD] Saya Jual: Nikkor 18-105mm F3.5-5.6G

Lama tak mengarang, tiba tiba datang post nak jual barang. Hihihi~ Maklumlah, busy budak final year katanya. Tak menang tangan masuk lab nak bakar besi berpuluh kali. Eh. 

Malas nak cakap panjang, post ni nak jual barang pun. Siapa yang agak agak berminat nak menceburi bidang fotografi ni, mari tengok tengok dulu ok! Aku nak jual zoom lens nikkor aku ni. Dah lebih dua tahun jugak lah berhikmat untuk aku ke hulu ke hilir ikut pergi travel. Agak agak siapa yang bila travel tu malas sangat nak bawak banyak lens yang berat berat tu, dan rasa leceh asik nak tukar tukar lens, haaa, marilah beli lens ni. Walaupun tak dapat full coverage sampai 500mm nun sana, tapi ok lah buat permulaan.

Monday, February 3

Project Hujung Minggu dengan Mak Andeh

Tak hujung minggu sangat pun. Hari ni Isnin.

Hari ni aku cuti. Lepak di rumah saja, simpan duit katanya. Jadi, to kill time, aku decide untuk mulakan project papercraft aku. Papercarft yang aku beli masa Big Bad Wolf dulu tuuuu. Berbaloi baloi! Mula mula teragak agak nak buat ke tidak, sebab kalau aku tutup pintu bilik, confirm cik Aqilah tu sibuk nak masuk bilik la itu la ini la. Aku pun pasrah je lah.

Agaknya tak ada orang nak layan dia hari ni, dia pun berulang alik masuk ke bilik, ajak main. Yang tak tahan tu, dia ulang alik masuk bilik dengan gundik gundik yang ada, memang Mak Andeh betul!