Showing posts with label Aqilah. Show all posts
Showing posts with label Aqilah. Show all posts

Monday, February 3

Project Hujung Minggu dengan Mak Andeh

Tak hujung minggu sangat pun. Hari ni Isnin.

Hari ni aku cuti. Lepak di rumah saja, simpan duit katanya. Jadi, to kill time, aku decide untuk mulakan project papercraft aku. Papercarft yang aku beli masa Big Bad Wolf dulu tuuuu. Berbaloi baloi! Mula mula teragak agak nak buat ke tidak, sebab kalau aku tutup pintu bilik, confirm cik Aqilah tu sibuk nak masuk bilik la itu la ini la. Aku pun pasrah je lah.

Agaknya tak ada orang nak layan dia hari ni, dia pun berulang alik masuk ke bilik, ajak main. Yang tak tahan tu, dia ulang alik masuk bilik dengan gundik gundik yang ada, memang Mak Andeh betul!

Sunday, December 15

Minyak Panas

Pagi ini. Aku tengah karang blogpost seterusnya, Aqilah pulak makan keropok lekor. Mummy Daddy tak ada. Pegi hantar Icam ke Midvalley, lawan badminton dengan LCW katanya. Tiba tiba...

"Muni, Aqilah sakit perut"

"Sakit perut? Nak berak ke?"

Aqilah geleng kepala.

"Nak bubuh ubat?"

Aqilah mengangguk kepala.

"Nak ubat minyak panas"

"Ok. Jom cari ubat bilik mummy"

Aqilah bawak aku cari minyak panas kat bilik mummy dia. Belek belek dalam laci, tak ada pun.

"Tak ada minyak panas la Qilah. Nanti kita suruh mummy beli ye"

"Ok. Suruh mummy beli minyak panas Hello Kitty. Qilah nak minyak panas Hello Kitty"

"Ok. Nanti suruh mummy beli kat kedai"

Aqilah pun baring depan tv sambil tengok cerita Dora the Explorer. Tiba tiba aku pulak sakit perut.

"Aqilah, Muni sakit perut la"

"Nanti Muni bubuh minyak panas Spiderman. Qilah minyak panas Hello Kitty, Muni minyak panas Spiderman. Haaa, suruh mummy beli nanti ye. Kita sapu minyak panas sama sama"

...............