Aku ni selalu je cakap nak tengok sunrise sana nak tengok sunrise sini.
Tapi bila dah plan plan, haram nak bangun pagi nye. Sunrise atas katil je lah mampu. Nikmat tidur pagi katanya.
Tapi kali ni, memang saja la aku cari pondok untuk tidur belah belah Sunrise beach ni. Senang sikit nak kejar matahari nya. Langkah je 10 20 langkah, dah sampai tepi pantai. Macam rumah idaman pulak. Kecik kecik dulu berangan nak rumah tepi laut.
Ini pondok idaman. Kalau aku banyak duit masa tu, mesti dah booking dah pondok ni. Dua tingkat lagi tu ok!
Lepas dah puas tengok sunrise nye, aku nak buat lah sandwich, dengan bekalan roti yang aku bawak dari Malaysia, nak masuk inti sardin yang tak habis dek kerana nasi basi tu. Tuna dalam tin pun ada jugak. Sekali, bila nak buat sandwich tu, roti tu dah berlubang sana sini. Rupa rupa, tikus menyelinap masuk dalam bilik aku dan makan roti tuuuu. Kurang asam betul tikus tu. Lepas tu aku suruh la co-traveler aku pergi cari roti di kedai runcit berdekatan. 50 baht ha si co-traveler aku bayar satu buku roti. Padahal kat tag roti tu tulis 37 baht je. Hidup hidup, depan mata kena ketuk dengan peruncit kedai tu. Haih
Lepas bersarapan, aku tunggu la couple dua orang yang jumpa masa cari taxi tu. Sebenarnya dah buat percaturan dengan dia. Nak charter boat untuk island hopping sama sama. Dia pun tak kisah, aku pun tak kisah. Lagi bagus, jimat duit aku, dia pun jimat duit. Sebab sebenarnya, mereka tu pun tertinggal flight ke Langkawi, jadi nak tak nak, terpaksa dorang datang ke utara ni naik bus.
Destinasi pertama, Koh Jabang. Aktivitinya, bersnorkelling la. Aku ingat, Koh Jabang ni, macam jenis Pulai Sapi atau Mamutik dekat Sabah tu. Turun di pulau, bersnorkelling la sampai ke tengah asal kau mampu. Tapi, tiba tiba, di tengah lautan, pemandu boat tu, Pak Teh tu kata kita dah sampai. Terjun lah pergi snorkel. Katanya. Aku tercengang cengang. Dah la aku tak reti berenang, gila kau nak suruh snorkel tengah lautan?!
Tapi aku gagahkan jua untuk snorkel. Sebab dari atas boat pun dah nampak dasar laut tu penuh dengan corals, rugi lah kalau tak tengok dengan lebih jelas.
Kemudian, singgah di Koh Hin Ngam. Kat sini macam pulau, penuh dengan batu batu tersusun macam tu. Selalunya, Pak Teh kata, orang datang sini untuk buat hajat. Ish ish ish. Karut!
Ini lah Pak Teh si pemgemudi boat.
Ini pula Koh Hin Sorn.
No comments:
Post a Comment