Thursday, November 28

Amazing Thailand: Of Pratunam Market and Patpong

Ok. Lepas dah sampai hostel, check in, mandi mandi, simpan beg dalam locker, aku pun keluar balik merayap sekitar bandar Bangkok ni. Hala tujunya nak ke Pratunam Market. Pratunam market ni, ala, biasa lah, macam pasar pasar biasa tu, jual baju, buah, kasut, nak beli nombor loteri pun boleh.

Bila dah sampai, macam tak menarik pulak. Sebab aku expect pasar tu sebesar besar alam, banyak selection untuk baju, tapi tersalah tafsir pulak. Jadi aku pun merayap je lah kemana asal boleh, sampai la ke malam.



Ini Pratunam Pier. Nak ke Pratunam market, kena jumpa pier ni dulu. Yang wajib beli sekitar Bangkok ni buah buahan dia. Dah la murah, fresh pulak tu. Setiap hari aku spend beli buah banyak banyak kat Bangkok ni OK!







Dan seterusnya menuju ke Siam Square dengan berjalan kaki. Tak plan pun nak pergi sini. Tapi selagi ada masa, apa salahnya. 





Hah! Ini tak lain tak bukan favourite spot aku. Setiap hari menapak ke sini untuk makan, sebab kat atas tu, Food Avenue kot namanya, ada makanan makanan halal. Sampai hari ni aku terngidam ngidam nak makan Jimbaran chicken dia. Tulis situ Indonesian food, tapi bila aku pergi Bali, tak ada pulak ayam Jimbaran dalam menu.


Perut penuh, aku pun pergi lah ke Patpong. Yang acah acah Red Light District tu. Tapi tak adalah yang bogel bogel sangat tu. Setakat berbikini jelah aku aku sempat cuci mata ni. Kalau nak yang bogel, tak payah pegi jauh, nun kat bilik air hostel aku pun dah boleh dapat. Eh.


No comments: