Pagi pagi lagi mood aku dah dimusnahkan. Punyalah aku bangun awal pagi hari ni, sebab nak spend masa lama sikit kat Lopburi, sebab aku tau perjalanan ke Lopburi tu ambil masa 3 jam, punya lah dah beria sangat ni nak keluar, tiba tiba co-traveler aku tak bangun lagi. And it was already 8.00 am! Punya lah penat aku cuba kejut dia, punya lah aku bersusah payah whatsapp, call through viber dan segala galanya, dia tak bangun jugak. Aku dah putus asa. Kalau ikutkan hati, aku pergi je seorang diri. Tapi dah aku datang dengan dia, aku pun protes lah tak nak pergi mana mana hari tu sebab dia lambat. Drama je tu sebab nak buat dia rasa bersalah.
Seperti hari hari biasa, harus lah aku merentasi traffic Bangkok yang sentiasa sesak tak kira masa. Menuju ke Hua Lampong station, meluru ke kaunter, belilah tiket untuk ke Lopburi. Earliest train, sepatutnya pukul 7 pagi. Tapi disebabkan dah terlepas yang tu, next train pukul 9 lebih tak silap aku. Dalam hati aku dah sumpah seranah dah, apa je nak buat kat Lopburi kalau dah lewat macam tu. Disebabkan co-traveler aku tak nak diselubungi perasaan bersalah, dia ajak jugak pergi.
Bila train dah sampai tu, lega sikit lah. On time pulak tu sampainya. Bertolak pun tak ada delay. Aku pun rasa macam ada harapan lah nak jalan jalan kat Lopburi tu. Aku tunggu, tunggu dan tunggu. Estimated time untuk sampai yang aku baca through blog traveler lain hanyalah tiga jam. Tapi aku tak tau mana salah nya dengan train aku naik ni, perjalanan aku jadi lima jam ok! Panas je hati aku ni. Dengan rambut yang dah serabut ditiup angin. Dengan kulit muka yang penuh dengan debu arang. Haih. Bertahan je lah!
Akhirnya, lepas entah berapa kali tertidur dalam train arang tu, sampai lah aku di Lopburi, dan disambut oleh monyet yang berkeliaran macam bandar tu mereka yang memerintah. Lepas tu, perasaan berdebar debar, entah ada lagi ke sunflower fieldnye, ke dah habis musim. Masalahnya, bila dah sampai Lopburi tu, aku tak tau pun macam mana nak pergi ke sunflower field tu. Kearah mana pun aku tak pasti. Masa buat itinerary, aku cuma letak tempat aku nak pegi, jadual transportation, tambang, dan station apa aku patut berhenti. Yang lain lain, aku akan figure out bila dah sampai lokasinya nanti.
Aku pun cari lah apa apa signboard yang ada, kot kot ada map ke apa ke. Tiba tiba ada pakcik tua berbasikal tua (beca tua actually) datang, tanya aku nak pergi mana. Dalam bahasa Thailand. Aku pun taktau dia cakap apa. Aku assume je lah dia tanya aku nak pergi mana. Lepas tu aku cakaplah nak pergi sunflower field. Dia pun tak faham aku cakap apa. Last last aku tunjuk gambar sunflower kat board yang ada tu, sambil tanya, ada lagi ke musim bunga mataharinya. Tapi aku terlupa, pakcik tu tak faham bahasa inggeris. Pakcik tu hanya mampu angguk angguk, sambil tunjuk jari menunjukkan 'good good'. Lepas tu dia ajak aku naik basikal dia. Dia kata nak hantar pegi station bus.
Aku pun apa lagi, disebabkan aku pun tak tau arah tuju, aku ikut je lah. Naik lah kami berdua ke beca pakcik tua ni. Dia pun kayuh pun kayuh dibawah matahri yang terik. Urat urat kaki dia semua keluar. Banyak betul kederat dia nak bawak dua orang naik beca dia. Rasa kesian pun ada.
Akhirnya sampai di station bus. Aku tak tau bus apa yang kena naik untuk pegi ke ladang bunga matahari tu. Pakcik tua ni pun tolonglah cakapkan kat driver bus aku nak pegi mana. Aku tak tau lah yang dia bagitau kat driver tu memang betul sunflower field ke apa. Dah alang alang sampai, gagahkan diri naik bus, ikut je kemana bus tu bawak tanpa tahu aku kena turun kat mana.
Setengah jam berlalu. Bunga berkelopak kuning masih tak nampak di tepi jalan. Aku dah gelisah. Betul ke ini jalannya. Macam masuk kampung kampung sangat je. Jauh sangat ke tempatnya. Tengok jam, dah pukul 1.30 tengah hari. Aku panik. Kalau lama macam ni perjalanannya, macam mana nak balik nak kejar last train ke Bangkok balik nanti? 10 minit kemudian, mata aku dah meliar kiri kanan. Ada ke batang hidung sunflower ni.
Yes! Tiba tiba aku nampak sunflower field tepi jalan. Tapi. Semua dah diharvest. Semua dah mati. Kering. Sayu betul rasanya. Punyalah jauh aku datang dari Bangkok. Tapi apa pun tak ada. Dan tiba tiba selepas 5 minit, co-driver bus tu panggil aku, bagi isyarat menandakan queue untuk aku turun. Aku pandang luar tingkap. Wow! Kuning! Dah sampai lah ni! Excited aku turun bus tu, senyum bukan main lebar sampai ke telinga.
Hah. Lepas puas berposing tangkap gambar kat sini, aku mula gelisah balik. "Macam mana kita nak balik ni?" Jam menunjukkan pukul 3 petang. Last train dari Lopburi ke Bangkok pukul 5.30 petang. Dua jam setengah je lagi. Tapi aku masih di perkampungan.
Aku tunggu tepi jalan. Tunggu bus datang. Tapi 15 minit berlalu. Satu kereta pun tak ada. Yang ada, lori lori besar. Dalam hati, "tak boleh ke kalau nak tumpang naik lori ni pegi station bus tu balik? Sampai jalan besar pun tak apa". Tapi apakan daya, semua lori laju laju, tak berani aku. Jam hampir 3.30 petang. Ada makcik jual kuaci kat sebelah sunflower field tu pun macam gelisah sebab bus tak datang datang lagi. Dia tolong gelisah sekali sebab aku beli air fanta strawberry dengan kuaci dia kot. Lepas tu aku nampak dia bawak keluar kereta, ingat nak hantar aku ke jalan besar, tapi tidak, angan angan aku je tu.
Agaknya Allah dengar doa aku. Tiba tiba ada bus datang. Makcik jual kuaci tu buat isyarat suruh aku tahan dan naik bus tu. Baik jugak orang orang Thailand ni sebenarnya. Dengan nafas lega, aku naik bus tu. Sambil isi perut makan kuaci.
Kira kira pukul 4.20 petang, aku sampai di station bus. Haa, ini lagi satu masalah, macam mana aku nak ke train station? Sebab tadi aku datang ke sini naik beca je. Kalau nak jalan kaki, memang tak sempatlah nak kejar train. Co-traveler aku ajak aku berjalan ke jalan besar. Tahan je mana mana tuk-tuk yang ada. Nasib baik dia bersifat survival jugak. Fuh.
Nasib baik lah ada tuk tuk untuk bawak aku ke train station tu. Dalam tuk tuk ada orang Thailand pandai cakap bahasa inggeris. Cikgu sekolah mungkin. Sebab masa tu time budak balik sekolah. Tuk tuk tu pun penuh dengan budak sekolah. Dia tanya aku nak pergi mana, aku jawab lah nak ke train station. Bila dah nak sampai, dia tolong bagi isyarat kat driver untuk bagi aku turun. Haaaiii nasib baik kauu.
Masa dah hampir pukul 5 petang. Aku berlari anak nak beli tiket train. Mula mula orang kaunter tu cakap apa tau? Tiket habis! Terkedu aku dua saat. Dia tengok muka aku macam tu, tiba tiba dia kata, tapi kalau nak beli, boleh je lagi. Aku pun konfius. Ada tiket ke idak sebenarnya ni? Aku tak tau lah apa significantnya, tapi yang penting aku ada tiket balik ke Bangkok!
Still ada 30 minit lagi sebelum train sampai. Aku pun pergi lah ambil gambar kat Monkey Temple. Dekat je. Dalam 5 minit perjalanan dari train station tu.
Pukul 5.15 petang aku plan nak jalan balik ke train station. Dalam estimation pukul 5.20 petang sampai la ke train station tu. Memang 5.20 petang pun sampainya, tapi jejak je kaki kat train station tu, dah ada announcement macam train tu nak jalan dah. Aku apa lagi, berdebar debar ni, lari mendapatkan train. Nasib baik lah sempat naik. Selamaaaat. Tapi. Sebenarnya, train tu sepuluh minit lepas waktu berlepas baru dia bertolak sebenarnya. Dia tunggu budak budak sekolah semua naik train tu. Penat aku lari.
Haa, macam mana? Thrill tak daytrip aku hari ni? Kikiki
No comments:
Post a Comment