Ini hari keempat. Dan hari ni aku plan nak ke Ayutthaya. Macam biasa, keluar hostel pukul 7 pagi sebab perjalanan ke Ayutthaya should be 2 hours. Nasib baik lah hari ni semuanya berjalan lancar, tak ada yang lewat lewat bangun.
Jangan tak percaya, tambang train sejauh 2 jam ni, macam dari Ipoh ke KL lamanya, hanya 20 Baht sahaja. Tapi ye lah, train arang kan, mesti lah keras kematu seatnya.
Sampai je di Ayutthaya, terus cari buah. Buat bekalan makan tengah hari lah katakan. Nenas dia, fuh, juicy dan manis! Lepas tu pergi cari tempat motor sewa. Sebenarnya lepas merentas jetty kat Ayutthaya tu, memang dah ada pun tempat sewa motor. Tapi aku round round dulu kot ada tempat lain ke. Eh. Jetty? Ayutthaya ni pulau ke?
Boleh kira pulau lah, tapi bukan pulau yang cantik cantik tuuu. Ini peta Ayutthaya. Kiranya, boleh lah round round guna motor je seharian, without getting lost. Tapi it depends on you jugak lah, kalau cepat putus asa, mungkin lah kau akan sesat tak jumpa jalan balik. Hihihih
Mula mula aku tak tau lah nak melawat ancient ruins yang mana. Sebab banyak sangat haih. Dan konfem konfem lah semua berbayar. So aku pilih yang utama, yang aku rasa macam cantik je masa buat itinerary dulu.
Lepas dah round round yang utama, Wat Mahathat, aku cuba ronda ronda yang ceruk ceruk sikit. Sebab rasa macam rugi pulak kalau pegi yang popular je. Lagipun yang popular kena bayar mahal. Pengsan nak bayar semua. Yang ceruk konfem free.
Haa, bermula lah al kisah aku jatuh motor. Macam nangka busuk. Aku tak ingat apa nama Wat tu, tapi dalam peta yang aku dapat masa kat Ayutthaya dulu, macam cantik. Try la pegi. Memang kat pedalaman gila lah. Tapi jalan dia cantik. Macam highway. Tak banyak kereta.
Tapi bila dah sampai ke wat tu, aku tengok macam tak cantik je pulak. Menyesal pun ada. Tapi tak apa lah. Sekali sekala round round Ayutthaya tanpa arah tuju apa salahnya. Bukan ada apa yang nak dikejarkan pun.
Bila nak keluar dari kawasan, kena lah u turn guna jalan yang sama macam datang tadi. Takutlah jugak kalau nak terus menuju ke depan, nanti entah kemana mana pulak peginya. Disebabkan tak ada kereta langsung jalan tu, co-traveler aku buat jalan raya tu macam dia yang punya. Ikut tengah tengah, laju pulak tu. Bila nak U turn, dia perlahankan sikit motor, entah macam mana, dua saat lepas dia U turn, sedar sedar aku dah atas jalan raya, dia dah kat tepi jalan. Hahahah
Motor tergelincir. Dan terseret sampai ke bahu jalan. Alasan berlakunya acciednt tu, sebab jalan licin. Nak kata laju, tak sangat kot. Tapi memang macam licin pun, tak macam jalan kat Malaysia ni. Benda pertama yang aku concern lepas jatuh, aku tengok kamera aku. Masa tu aku gantungkan kamera kat leher je, senang nak ambil gambar ke apa. Tengok tengok, UV filter lens aku dah kemek di bahagian ring dia. Nasib ring dia metal. Kalau plastik, konfem dah pecah. Sebab hentakkan yang kamera dan aku terima, agak kuat jugak, sampai lutut aku pun benjol warna purple keesokan harinya. Lepas tu aku tengok lens tu pulak, ada kesan retak ke tak, nasib baik lah tak ada. Try pulak tangkap gambar, nasib sihat je. Berdebar debar dah aku rasa. Lens baru, kamera pun ta sampai dua tahun umurnya.
Masa yang sama, co-traveler aku pulak cek motor. Tengok ada kemek ke, ada calar ke. Cek punya cek, alhamdulillah. Nasib motor pun tak ada satu scratches pun. Boleh la pulangkan motor dengan hati yang tenang. Lepas masing masing dah cek barang masing, baru lah tanya badan ada luka ke tak ada, patah riuk ke tidaknya.
Tiba tiba ada kereta datang dari arah belakang. Dia pun berhenti kat bahu jalan. Aku dah suspen je rasanya. Apa pulak dia nak ni kan. Rupa rupanya orang tu nampak kitorang jatuh motor. Dia ingat nak tolong kitorang apa yang boleh. Tengok, baik orang Thailand ni. Tapi disebabkan semuanya OK, cakap terima kasih je lah kat orang Thailand tu, dan aku teruskan perjalanan aku.
Dah penat round roun naik motor, akhirnya tiba masa untuk pulangkan motor dan balik. Tapi sebelum nak pulangkan motor, kena isi full tank dulu, kalau tak nanti extra charge. Haa, berhempas pulas lah aku cari stesen minyak, toleh kiri kanan. Tapi satu stesen minyak pun tak jumpa. Adalah dalam 15minit jugak mencari stesen minyak nya. Lepas tu aku nampak lah, kat satu kedai buruk ni, banyak motor motor beratur. Pelik lah aku, ada pesta ke petang petang ni, rupanya itu la stesen minyak nyaaaaaa. Kedai buruk je. Patutlah lah tak jumpa haaa. Buang karan betul!
Masa tunggu train untuk balik ke Bangkok, aku perasan kasut aku ada object berwarna kuning tanah. Aku macam tau je apa benda. Sebab memang habit aku main pijak je jalan yang aku lalu. Tapi aku cuba sedapkan hati, tanah lumpur je kot ni. Tapi sebenarnya tahik gajah T_T
1 comment:
Part tahi tu lawak..
Post a Comment