Saturday, February 20

Jaisalmer: Jumpa Lagi, Rajashtan!

So perempuan Italy tu menjerit jerit malam tu! Meracau! Semua orang terjaga sambil tanya what's wrong, what's wrong. Tapi sebenarnya aku tidur mati malam tu. Adib yang cerita perempuan tu terjerit jerit. Huhuhu

Rupa rupanya, boyfriend dia cakap dia memang suka sleep talking dan mengingau setiap malam! Ceh. Buat saspen je lah! Ingatkan kena rogol dengan mamat mamat Trotters tu. Itu la, sapa suruh tak basuh kaki sebelum tidur.

Entry kali ni tak berapa nak ada cerita. Sebab activity hanya separuh hari je sebelum aku ambil train, transit di Delhi untuk ke Amritsar. Train ke Delhi pula ambil masa almost seharian, bertolak jam 5 petang dan sampai ke Delhi esok paginya. Selain tidur, tak ada apa yang boleh dilakukan.


Jadi, inilah tempat penginapan berbintang bintang kami pada malam tu. It was an experience not to be forgotten. Memang kalau ada desert safari kat tempat lain, aku sanggup je pergi experience berkali kali lagi.





Dan di sekitar bushes ini pula tempat aku dan yang lain lain cari port untuk membuang toksik dalam badan. Bergantung pada creativity masing masing lah macam mana nak menyorok masa nak membuang tu supaya orang lain tak nampak. Hiks




Pagi tu kitorang akan menunggang unta masing masing sebelum bertukar kenderaan kepada jeep untuk balik ke Jaisalmer City. Tapi sebelum tu, diorang akan bawak tengok ancient ruins dan oasis yang ada di Thar desert tu. The ride was pretty brief and boring jugak la. Experience yang paling best pasal desert safari ni, bila kau experience buat pertama kalinya, makan dari air tangan yang kau tak tahu bersih ke tidak, experience dimana kau akan cari port masing masing untuk melepaskan hajat, dan experience dimana kau akan tidur tanpa apa apa selain selimut dan tilam di bawah bintang bintang yang bergemerlapan malam tu. Survival lesson katanya.


Dan telah berlaku satu kejadian ajaib. Pagi tu masa menunggang unta tu, dorang semua bawak unta unta tu at full speed. Rasa takut jugak naik unta yang tengah berlari ni. Gayat sebab tinggi sangat. Aku khusyuk sangat nak ambil video unta tengah berlari, tiba tiba memory card full. Tanpa fikirkan consequences, aku terpatahkan memory card tu masa nak keluarkan dari slot. Shit. Bergetar jiwa dan raga ku melihat serpihan yang terpatah tu. Padahal kecik je, bila try slot in balik, tak boleh read pulak dah T_T Pengajaran, jangan sesekali tukar memory card semasa berada diatas/didalam kenderaan yang sedang bergerak ok!






Sampai di Jaisalmer, aku request untuk orang Trotters tu sediakan tempat mandi. Ye lah, dah dua hari tak mandi. Gila kau nak naik train lama ke Delhi tak mandi jugak. Gila tak selesa. Mujur diorang sangat memahami dan bawa kami ke Gajju hotel. Sambil sambil bersihkan diri, dapatlah online upload gambar sikit. Tapi Gajju hotel ni tak bersih, geli geli jugak la sikit. At least tak adalah sampai air melimpah masuk dalam bilik macam malam pertama tu kan T_T



Now who needs Viagra when you have a magic bedsheet? Only in Rajashtan ok! Hihihi sebab kat states lain memang tak jumpa bedsheet yang ada bling bling macam ni.


Goodbye, colorful Rajashtan! You are the best state to be explored in India!

2 comments:

Ren said...

bestnya dapat naik unta!

Biqque said...

ha comel unta tu