Wednesday, April 20

Pahalgam: Mandi Salji

So, malam semalam tu aku dah nego dengan owner hotel tu untuk sewa kereta selama tiga hari, untuk ke Pahalgam, Gulmarg dan Sonamarg. Mulanya kos memang agak mahal. Sebab dia kira return trip walaupun aku kata aku nak one way trip je. Orang hotel tu tengok aku macam reluctant je nak sewa untuk tiga hari, so dia bagi diskaun atas sebab aku ni memang stay kat hotel dia. Walaupun begitu, aku masih hesitate jugak untuk agree untuk sewa kereta untuk ketiga hari tu. 

Tiba tiba dia cakap, esok ada satu couple ni nak pergi ke Pahalgam jugak. So, kalau aku betul betul nak kurangkan kos, boleh lah share kereta dengan couple tu. Aku fikir, idea baik jugak tu. Since aku kena bayar separuh je dari kos sewa hari pertama, it is almost equal to one way trip je lah. So aku pun setuju untuk sewa kereta dengan kos sebanyak Rs. 4600 selama tiga hari.

So pagi tu aku mulakan perjalanan seawal 9 pagi. Tak de la awal pun. Kalau ikut jam aku, nak je aku ajak bertolak pukul 7 pagi.Tapi disebabkan ada dua passenger lain, kena lah consider timing diorang jugak. Dalam perjalanan tu aku dah tak kisah la driver tu nak bawak berhenti kat ladang epal ke ladang saffron ke, aku tak heran. Yang aku tau, aku nak sampai ke Pahalgam tu awal.

Tapi malangnya, macam macam tempat dia berhenti. Berhenti kedai jual kacang le, kedai jual saffron le, lepas tu singgah RnR suruh makan dulu. Aduhhh, padahal perjalanan tak lama mana pun, sampai nak kena berhenti makan pulak dah. Sakit jiwa aku. Tapi disebabkan kat RnR tu macam ada government shop, so aku pun bersuka ria lah shopping kat situ sebab semua barang fixed price dan murah. Aku pun tanpa fikir panjang, ikutkan nafsu nak beli shawl la, sari la, poncho la. Sebabnya, semua nampak cantik dan murah! Lepas tu aku memang tak ada plan nak singgah ke mana mana bazar pun kat Srinagar tu untuk shopping, so aku ambil kesempatan la shopping sampai lupa diri. Shopping sampai beg nak pegi Pahalgam tu tak muat. Aku bawak daypack je, itu pun satu beg kongsi letak barang untuk dua orang, dengan sumbat barang barang cameranya lagi. Parah parah.


Monday, April 4

Srinagar: Perjalanan Yang Mencemaskan

Flight tengah hari. Tapi awal pagi, pukul 9 pagi dah check out sebab aku tak tau macam mana nak pergi airport Delhi ni. Masa merayap disekitar Delhi guna Metro, ada la jugak signboard train express untuk ke airport. So pagi tu, aku decide la nak pergi Metro station Delhi tu, untuk cari train express tu. Signboardnya kejap ada, lepas tu tiba tiba hilang. Dua tiga kali ulang alik tempat yang sama sebab nak cari kaunter tiket untuk ke airport. Haaa sudah. Takkan la express train ke airport ni dah tak wujud kot. Adib dah stress sebab aku suruh dia tanya orang tapi dia tak nak tanya jugak. Tak tau la apa masalahnya pun tak nak tanya. Ish.

Ulang alik lagi sekali, eh tiba tiba nampak satu bangunan lain kat luar tulis express train or something like that. Haaaa, itu la dia nya kot train nak pergi ke airport. Separuh mati mengendong beg berat ke hulu ke hilir nak mencari train nye, rupa rupanya kaunter dia separated dari kaunter Metro. Ingatkan macam kat KL Sentral tu. Hahahah. Nasib baik la murah je express train nya.

Berdebar debar je rasanya. Dah membazir banyak masa sebab nak cari kaunter express train. Perjalanan naik train ke airport pun aku tak tahu berapa lama. Tapi tak adalah lama sangat pun, rasa memang macam express betul lah. Seingat aku, adalah dalam setengah jam je kot untuk ke airport tu. Kusss selamat. 

Keluar train, ingatkan dah sampai terus ke airport. Alaaa macam kita naik ERL ke KLIA2 tu, rupa rupanya ada nak kena naik shuttle bus pulak dah. Oh god, berapa lama pulak nak kena naik bas ni baru boleh sampai airport. Dah la bas kecik, sempit, padat. Masing masing bawak beg besar, memang sardin la oiii!



Friday, April 1

Delhi: Sesak dan Boring

Bagi aku Delhi ni sangat bosan. Tak ada benda nak buat. So aku pun tak ada benda nak cerita pasal Delhi, melainkan daerah ni adalah yang paling kotor, paling sesak, paling hancing dan paling membosankan. Mungkin sebab Delhi ni sangat bandar compare dengan daerah lain. Dan aku ni bukanlah city girl. Jadi macam lembu masuk bandar lah kiranya.

Delhi ni syurga untuk shopping saree dan kurta. Memang banyak kedai kedai jual sari kalau compare dengan tempat lain. Tapi, aku juga bukanlah jenis yang suka gila shopping sana sini. So aku tak excited mana la pun. 

Delhi ni pun banyak monumen monumen yang boleh dilawati. Cuma... Aku bukan juga jenis yang suka tengok tempat tempat UNESCO. Kalau satu dua tempat tu ok lah. Nak lepak di taman taman rekreasi pun aku malas jugak, sebab tak reachable by Metro, jadi aku malas. Jadi hari ni aku take it easy je.

Pagi tu jam 10 baru aku keluar. Nak pergi Qutb Complex. Kalau nak senang, boleh je hire tuk tuk dari hotel dan straight away sampai di Qutb Complex. Tapi aku nak jugak naik Metro. Turun di Station Saket, ada 2 KM lagi baru boleh sampai ke Qutab Minar. Kau rasa? Of course la aku jalan kaki je 2 KM tu. Muda muda ni boleh la gigih lagi nak jalan kaki. Nanti nak beranak pinak, jangan harap le.