Friday, September 4

Udaipur: Venice of the East

Udaipur ni terkenal dengan nama City of Lakes. Kononnya Udaipur ni kota yang romantis, ada jugak yang menggelarnya the Venice of the East.

Lagi satu, Udaipur ni dikatakan Venice of the East sebab kat sini banyak fort fort atau istana lama yang dorang dah revamp untuk buat hotel hotel mahal 5 stars. Sesuai sangat lah kalau kau nak berhoneymoon kat sini kalau tak mampu nak ke Venice sana nun haaa.

Kalau nak bandingkan Udaipur ni dengan semua city yang aku pernah visit, memang, Udaipur ni lah yang paling peaceful. Tak busy sangat, tak bising sangat. Tak banyak sangat mamat tuk tuk yang pushy. Segala attractions kat Udaipur ni pun in walking distance je. Tak payah nak pakai tuk tuk pun.


Train aku ke Udaipur ni malam semalamnya. Sampai ke Udaipur dah pun pagi. Dari train station ke hotel aku ni, tuk tuk tu charge 100 rupees. Itu pun, tuk tuk tu sebenarnya tak tahu pun jalan nak cari hotel aku ni. Ada ke patut dia suruh aku tunjuk direction? Si Adib dah tunjuk map pun, pusing pening dia carinya. Sampai sesat sesat yang tak tahan tu! Sabar je lah. Nasib lah dia tak ada nak charge lebih. Hihihih. Bila dah sampai ke area hotel aku, dia main tunjuk tunjuk je hotel aku tu kat mana ha. Dia suruh pergi check sendiri. Terpinga pinga la aku dengan Adib naik tangga (kawasan berbukit) ke pintu depan tempat penginapan tu. Ada loceng. Tanpa fikir panjang, aku tekan je lah loceng tu. Dah bawak beg berat, mana nak fikir betul ke salah tempatnya. Tak cuba, tak tau, kan? Tekan tekan loceng, sekali salah tempat. Rumah orang daaaaa! Nasib lah orang tu tak marah, dia pun tunjukkan la hotel aku tu ke arah mana. Rupanya selang dua rumah je =.='

Dalam banyak banyak hotel, hotel kat Udaipur ni antara hotel yang termurah dan paling terbersih la! Lantai pun guna marble floor. Shower pun sedap. Sikit pun tak ada geli geli. Tapi aku dah lupa lah nama hotel tu. Malas nak pergi cek balik history kat booking.com. Harga satu malam hanya 550 rupees sahaja. Bila tengok hotel cantik tapi murah gila macam tu, mula lah rasa nak stay lama sikit. Tapi aku di Udaipur ni hanya sehari aje. Sebab Udaipur ni lebih kepada nak lepak lepak, nak bercinta je. Tak banyak sangat benda menarik nak tengok.


So, pagi tu, sebelum keluar haruslah aku nak bersihkan diri dulu! Disebabkan tak ada rasa geli geli, dan aku tengok bandar Udaipur ni macam bersih je, aku beranikan diri nak guna tap water. Fuh! Berdebar debar aku rasa. Sebelum ni memang paranoid habis, memang aku tak sentuh langsung tap water selain untuk mandi dan beristinjak. Kalau nak gosok gigi tu, sanggup aku dissolvekan dulu purifying tablet, tunggu 30 minit baru kumur kumur. Walaupun dah guna tablet tu, pun aku tak berani nak telan air tu. Hahahahah. Kalau mandi pulak, berderita la aku tutup mulut ketat ketat, sejak hari pertama aku dekat India lagi. Tapi kat Udaipur ni, aku yakin 70% yang air dia bersih! Mandi, cuci rambut, gosok gigi semua guna direct tap water. Kussss, selamat. Sejak dari Udaipur, sampai ke hari terakhir aku kat India, aku tak guna dah tablet tablet semua tu. Nak gosok gigi ke, cuci muka ke, semua aku guna tap water. Tak cirit birit pun ha! Betul! Tak cirit birit! Miracle betul! Tap water kat tepi jalan je kot yang aku rasa kotor, boleh buat cirit birit tu. Kalau kat hotel, aku rasa semua dorang dah buat further treatment. Aku rasa je lah. Tak tau la teori aku ni boleh pakai ke idak. Hihihhi


Sebenarnya, plan hari tu, aku nak buat day trip ke Khumbalgarh. Melalui pembacaan aku, day trip ke Khumbalgarh ni, harga bas aircond untuk seorang dalam 1200 rupees. So aku tanya la kat mana boleh dapat bas tu kat area Udaipur ni. Orang hotel pun cerita la pung pang pung pang. Tiba tiba dia cakap, dia ada kawan yang boleh buat tour ke Khumbalgarh. Harga pun dia charge 2000 rupees untuk satu kereta, return trip jugak. Haaa, aku fikir itu tawaran yang lumayan! Naik kereta, selesa pun selesa. Tak ada lah terkejar kejar nak naik bas ke apa. Lepas tu aku tanya pulak, bas dari Udaipur ni nak ke Jodhpur nak ambil kat mana pulak? Lepas tu orang hotel tu suggest, lepas ke Khumbalgarh tu, boleh je direct terus ke Jodhpur. Cuma perlu tambah 1800 rupees je lagi. So total dari Udaipur ke Khumbalgarh ke Jodhpur hanya 3800 rupees. That was a very good and reasonable deal! Penat pun tidak, tak payah nak ulang alik ke Udaipur balik kan? So aku dan Adib agree nak naik kereta ke Khumbalgarh dan terus ke Jodhpur pada esok harinya! Start awal pagi, banyak sikit masa.


Lepas dah berbicang, aku dan Adib pun keluar lah jalan jalan di pekan Udaipur ni. Kat sini banyak kedai buat suit! Murah pulak tu. Boleh kata half price dari buat suit kat Ipoh lah murahnya. Kat Ipoh buat suit dah RM500+. Penat la aku pujuk si Adib ni buat suit nye, haram dia nak. Jual mahal. Katanya, kat tempat lain ada lagi kot. Bila pergi tempat lain, huh, menyesal tak buat kat sini pulak katanya! Menyampah betui aku dengan budak itu!

Anyway, dalam perjalanan aku nak ke City Palace tu, ada satu kedai kat hujung jalan ni ada jual fridge magnet. Kat kedai tu ada jual macam macam tempat punya fridge magnet, start dari Varanasi, Agra, Jaipur, Udaipur, Jaisalmer... Semua adalah! Aku pun rambang mata lah. Semua cantik cantik. Sebelum ni aku rasa macam susah je nak cari fridge magnet ni, tambah tambah lagi kat Varanasi tu. Aku pun mintak tawar lah. Memula dia nak 80 rupees satu fridge magnet. Selama ni, yang aku beli dekat Agra dengan Jaipur, satu magnet dalam 50 rupees je. Bila aku mintak 50 rupees satu magnet, dia tak bagi. Aku blah je la, kalau kedai dia ada macam macam, possibility kedai area tu pun ada jual macam dia jugak. Kemain lepas aku blah dia duk panggil panggil suruh beli jugak, ok la ok la, dia bagi satu magnet 50 rupees je. Aku pun ambik la 5 magnet. Dia ambil magnet tu balut balut dalam kertas dan bagi aku. 


Start dari Udaipur ni, kau kalau nak beli barangan kulit, dah boleh jumpa dah. Aku tak pasti lah kat sini lebih mahal atasu standard je harganya. Sebab kat Jaisalmer nanti akan ada lebih banyak kedai yang jual barangan kulit. Kalau kau tak ada plan nak sampai ke Jaisalmer, boleh la beli di Udaipur aje.


Macam biasa, bila dah sampai depan pagar, depan office nak bayar entrance, aku selalu reluctant, nak masuk ke tidak. Sebab aku fikir, kalau bangunan bangunan yang macam ni, dalam dia confirm persis museum. Itulah satu benda yang aku tak minat. Tapi disebabkan dah sampai ke depan pagar, ahhhh, bayar je lah masuk dalam tu. Bukan selalu pun. Tak masuk kang, tak ada gambar pulak kan. Aku pun bayar je la entrance fee, tak ingat pulak berapa rupee, terlupa nak catat. Hihihih




Sekali bila dah bayar entrance, nak masuk ke halaman City Palace ni, tak ada cek tiket pun. Rupa rupanya yang aku bayar tadi, memang betul la untuk masuk ke dalam palace tu, untuk tengok museum dia. Cisss! Membazir duit aku! Kat kaunter tiket tu pun tak ada tulis tiket tu untuk museum ke apa! Nasib la labuuu. Dah bayar tu, terpaksa masuk la. Museum pun, museum la T_T

Ini salasilah Mewar dynasty yang memerintah kerajaan Udaipur. 



2 dalam 1. Boleh jadi pedang, boleh jadi senapang dalam masa yang sama. Cool huh?
Dalam museum ni, banyak nya dia tunjuk keturunan keturunan yang pernah memerintah Udaipur ni. Selain tunjuk lakaran lakaran pemerintah, dia tunjuk la jenis senjata, jenis pistol dan peluru yang pernah digunakan untuk mempertahankan Udaipur ni dari serangan musuh. Lepas tu ada la bilik bilik lukisan yang tunjuk cerita pasal pemerintah dia ni. Gambar kuda kesayangan Mewar ni pun ada. Haih


Selain dari lukisan dan museum barangan perang, dalam City Palace ni ada tunjuk bilik bilik yang digunakan waktu dulu dulu. Bilik bersemayam la, bilik sembahyang la, bilik lepak lepak la. Haaa, macam tu lah. Selain dari bilik bilik tu, kalau yang minat tu, korang boleh la tengok seni bina dalam palace ni macam mana. Mostly dorang guna marble block yang diukir very finely untuk setiap tiang yang ada.







Akhirnya, a signboard to the lake! Kalau ke Udaipur ni, tak lepak tepi tasik, tak lengkap lah kau datang ke Udaipur. Errr, tapi... Nak masuk ke lake pun nak kena bayar? PPffftttt...





Dekat lake ni boleh naik boat untuk keliling tasik ni. Dah kata Venice of the East, tak kan tak ada boat pulak kan? Harganya tak tau la aku, sebab aku tak naik pun boat tu. Aku sampai pun dah tengah hari buta. Langit tengah tengah tasik tu pun kelabu asap je aku tengok. Aku duduk duduk je la kat tembok tasik tu. Selalunya orang naik boat kat tasik ni waktu petang, combo dapat nikmati sunset tengah tengah tasik.


Dekat Udaipur ni pun ada bazaar, namanya Bada Bazaar. Dekat je dengan clock tower. Tapi kat bazaar ni tak touristy sangat, so barang barang yang dijual mostly untuk local. Yang banyak ada kat sini, kedai sari dan kedai emas. Kedai jual periuk belanga pun banyak jugak. Kalau kau gigih nak merentasi lautan manusia, boleh la nak pergi. Aku pun pergi separuh jalan je. Tak lalu aku nak lalu dalam banyak banyak orang macam tu.






Dalam perjalanan nak balik ke hotel untuk tengok sunset, berhenti kat satu kedai. Ada mat saleh tengah beli simcard. Aku pernah cakap tak dalam entry sebelum ni, yang simcard kat India ni, kalau kau pergi dari satu dearah ke daerah lain, dia kira macam kau roaming jugak? Aku pun tak ingat aku pernah mention ke tidak. Tapi kalau kau beli simcard kat Agra, bila kau pergi ke Jaipur, automatically telco tu akan charge roaming rates. So kalau kau akan spend lebih masa ni area Rajashtan, beli lah simcard dari Rajashtan. Kalau kau duduk area Uttar Pradesh lebih lama macam Varanasi atau Agra, beli lah kat area sana. Macam aku, aku bergantung kat wifi hotel je =.=' Jadi, adalah wajib bagi setiap hotel yang aku pilih ada wifi connection. Huhuhu



Ada satu lagi cerita yang sangat cilaka. Kau tau, kat hotel aku cek magnet aku beli kat Udaipur ni. Cek cek, orang jual tu pegi tukar semua design magnet aku dengan design yang dah ada defect! Macam anjing perangai! Dah la siap tukar yang lawa lawa tu, dengan gambar temple kat Udaipur tu! Entah bila dia tukarnya ha, padahal depan mata aku dia balut magnet magnet tu! Panas ati aku! Kalau tak nak jual 50 rupees, tak payah la bagi pun! Ini duit pun dia nak amik, siap tukar dengan magnet lain yang aku tak pilih pulak tu. Cilaka gila namanya! Yang paling sedih, masa aku cek magnet tu, aku dah pun dekat Jaisalmer! Yes, Jaisalmer weh! Kenapa lah aku tak cek je magnet tu malam aku balik jalan jalan dari pekan Udaipur tu. Kenapa lah kat hotel kat Jaisalmer baru aku nak cek? Kebabian apalah yang aku kena lalui ini? T_T

No comments: