Wednesday, September 2

Jaipur: Kota Merah Jambu

Kau kalau nak include Jaipur ni dalam itinerary, bawak lah Panadol banyak banyak.

Jaipur walaupun angin dia sejuk (bulan February) tapi sebenarnya panas. Alih alih, kau boleh demam. Dengan pencemaran udara nya lagi, gerenti lah kau akan demam! Kurang kurang sakit tekak, flu, itu confirm ada!

Plan hari ni nak pergi Albert Hall la, nak pergi City Palace lah. Bila dah sampai depan pintu, eh.. Nampak tak menarik la. Tak payah la masuk. Padahal tiket tak payah bayar pun sebab dah masuk fee dia sekali dalam tiket combo tu. Aku fikir kalau melancong setakat nak masuk museum, kat Malaysia pun boleh. I am not a museum person. 

Menapak la aku dan Adib tepi jalan. Dah lah matahari dah naik tinggi. Jalan kaki pulak tu datang ke situ! Bahahaha. Mesti kau ingat aku kedekut tak nak bayar tuk tuk, sebab tu selalu jalan kaki je kalau nak pergi kemana mana. Eh, betul lah tu. Hihihi. Lagi satu sebabnya, sebelum keluar hotel, tengok map dulu. Map kata macam dekat je jarak, so I'd take my chances la kononnya dekat. Bila dah jalan, haaa tercungap cungap la kau tepi jalan tu! Jauh jugak rupanya!


Sebab aku malas nak pergi masuk city palace atau albert hall museum tu, aku straight pergi ke Pink City. Pekan Jaipur ni kira macam dalam kubu. Ada dinding besar dan tinggi yang berwarna merah jambu. Jambu, tak jambu sangat la pun sebenarnya.

Dalam Pink City ni ada bazaar. Kalau tak silap aku, namanya Bapu Bazaar kot. Entah le, aku pun dah lupa. Hihihi. Kalau nak shopping saree, boleh lah shopping kat sini. Tapi saree kat sini macam tak berapa cantik sangat aku rasa. Untuk pagi tu aku just survey survey je barang apa yang boleh dibeli balik nanti. Yelah, lepas ni nak ke Hawa Mahal, tak kan aku nak bawak beg gundik gundik masuk ke Hawa Mahal pulak. Huhuhu





Adalah dalam setengah jam lebih berjalan, aku akhirnya sampai di area Hawa Mahal. Memula tu, aku sendiri tak tahu nak masuk kat mana. Signboard pun tak ada. Bila melangkah masuk ke dalam pagar Hawa Mahal ni, sebelum pos beli tiket tu, rasa macam salah tempat je. Yelah, aku tak nampak celah mana bangunan yang banyak tingkap tu! Dah lah cat nya warna kuning! Penat aku aku argue dengan si Adib tu, "kita dah salah tempat ni! Bukan kat sini! Cuba cek map balik!" Stress betul la kiranya. Dah la penat jalan, lepas tu salah tempat pulak. Dah la tak nampak pun mat saleh pegi tempat ni. Dah! Sah lah salah tempat ni. 

Tapi Adib malas nak layan kerenah aku. Dia yakin ini tempat nya walaupun tak ada cat pink dan tingkap banyak banyak tu. Dia siap cakap, "dah cat baru la tu tempat ni. Nak buat macam mana?" Eh eh. Bengang betul rasanya. Mana boleh suka suka dia tukar cat warna kuning! Tanpa buang masa, aku duduk kat kerusi bawah pokok sambil makan chipsmore sepaket sorang. Sambil sambil tu aku intai intai jugak pos tempat beli tiket tu, ada ke mat saleh yang datang sini? Kalau ada, betul la tempatnya ni.  

Lepas hampir 10 minit, aku teriak, "eh, ada mat saleh datang la! Betul la kot ini Hawa Mahal nya!" Jom kita masuk cepat!" Hahahaha. Pengajarannya, never underestimate a guy who knows how to read a map :P








Lepas puas panjat Hawa Mahal ni, nak turun lah pulak, keluar ambik gambar dari luar pulak. Kat atas Hawa Mahal tu ruang nya dah la kecik. Masa aku pergi tu ada rombongan la pulak dah. Nak turun pun payah. Tangga pun kecik nak mampus. Kena la take turn. Adib dah lepas turun dulu. Aku masih tersekat kat atas sana tu. Bila aku dah turun bawah, aku bajet si Adib ni tunggu la aku kat bench yang ada kat bawah sana tu. Aku sampai sampai ke bawah, hampeh tak jumpa si Adib nya pun. Takkan lah dia tunggu aku kat tingkat atas pulak? Musykil betul rasanya.

Tanpa buang masa, aku pun naik balik ke tingkat atas tadi, kot kot la dia tunggu aku kat dalam terowong marble tu ke apa tapi aku yang tak perasan. Penat aku pusing pusing, pun tak jumpa jugak budak itu. Eiiiii, panas pulak hati aku masa tu. Kat bawah tak ada, kat atas tak ada. Aku pun give up. Aku turun bawah balik, aku duduk je kat bench tu. Nak dekat setengah jam aku tunggu kat bench bawah tu, tak jumpa jugak batang hidung si Adib ni. Dah kena culik ke pun? Aku tengok jam dah pukul 11.30 tengah hari. Aku fikir, kalau tak jumpa jumpa jugak budak ni, aku keluar je le balik ke hotel dulu. Walaupun sebenarnya aku tak tau pun jalan nak balik ke hotel tu macam mana. HAHAHAHHA. Ok takpe, tunggu je lagi 10 minit, kalau Adib tak datang datang jugak, dah la. Nak buat macam mana, pandai pandai je la cari jalan balik, cari jalan nak ke train station petang tu nanti.

Tiba tiba, macam tau tau je pulak aku dah nak keluar dari bangunan tu, si Adib muncul depan aku. HAAA, KAU HILANG KE MANA HAH?! Rupa rupanya si Adib tu dah tunggu aku kat luar haaa! Eiiiii, buat penat je aku tunggu kat bench tu ha!




Disebabkan aku dah jumpa Adib, boleh la teruskan perjalanan ke Jantar Mantar. Jantar Mantar ni dari dari Hawa Mahal tadi dah boleh nampak dah. So, tak jauh sangat. Alang alang entrance fee dah termasuk dalam tiket combo beli semalam, aku pergi je lah menapak ke sana pulak. Kalau nak tengok kat tempat lain, kat Delhi ke, kang kena bayar entrance fee lain pulak dah, ye dok?








Balik ke hotel, tak mampu la aku nak jalan kaki dah. Dah jauh sangat dah ni. Pergi la cari tuk tuk. Tuk tuk kemain nak ketuk aje. Semua tak nak kalah, nak harga 200 rupee. Padahal kalau dah naik tuk tuk tu, tak ada lah jauh sangat. Kalau ikutkan, 200 rupee tu baru RM 12. Tapi sebabkan aku lama lagi nak duduk kat India ni, tak kan nak berserah je dengan harga macam tu. Sambil jalan jual mahal, "200 rupees? Not possible, not possible." Semua tuk tuk buat tak kisah je. Sekali ada satu tuk tuk tu, senyap senyap kejar aku dengan Adib, "how much you pay?" Hehehehee, akhirnya aku dapat harga 80 rupees untuk balik ke hotel. Kussss, selamat.

Sebelum teruskan perjalanan ke train station, sempatlah jugak isi perut dengan makanan kat cafe hotel. Kat hotel je le pun yang aku berani order macam macam. Konfem tak akan sakit perut punya. Lepas makan, nak ke train station, saje saje le tanya harga tuk tuk. Sebab depan hotel tu memang dah ada tuk tuk yang standby nak ketuk penginap di hotel tu. Hotel ke train sttaion tu hanya 1KM je jaraknya. Kau tahu berapa tuk tuk tu nak? 200 rupees ok! Bargain 100 rupees pun dia tak nak. Ralat sangat nak bayar RM 12 untuk perjalanan 1KM. Alamatnya, jalan kaki la lagi aku ke train station. Kih kih kih

5 comments:

Ren said...

kenangan sungguh Jaipur ni :p

Unknown said...

U forgot to mention tripod,monopod are not allowed in those area.. phffgftttt

Unknown said...

U forgot to mention tripod,monopod are not allowed in those area.. phffgftttt

Unknown said...

U forgot to mention tripod,monopod are not allowed in those area.. phffgftttt

Totty Mat Ali said...

tak ingat pun, tak tulis dalam journal ni ha. HUH!