Thursday, September 10

Jodhpur: The Blue City

Siapa tak tahu, Jodhpur ni memang sangat terkenal dikalangan photographer. Kau tanya je freelance photographer cum traveler, dalam banyak banyak tempat, memang ini destinasi wajib katanya! Tak lama pun, diorang mesti akan singgah sini walaupun sehari atau separuh hari. Kau tak percaya, kau pergi lah cari forum forum yang bertitle "how long should I spend in Jodhpur" hihihi.

Bila dorang dah cakap tempat ni wajib pergi, bila aku pun baru jejak kaki kat sini, memang aku excited gila la tak sabar nak tengok bandar biru ni. Petang semalamnya, bila aku sampai kat area tuk tuk tu, aku hairan jugak lah. Dalam hati aku, haa mana biru nya, mana mana? 

Sebenarnya aku expect yang lebih biru di Jodhpur ni. Agak disappointed bila tengok tak semua bangunan di cat warna biru. Rupa rupa nya aku pun dah kena tipu dengan image image dari photographer hebat di dunia ini. Patut lah dalam forum tu suggest pergi separuh hari pun dah cukup dah =.=' HAHAHAHA 

Aku pulak, plan dua setengah hari kat sini! Gila! Sebab nak spend masa lebih kat sini lah, aku terpaksa cross out plan nak ke Pushkar dan Ajmer tau! Haih. Tak apa lah. Pengajaran -.-



Tak awal pagi sangat lah pun aku bangun walaupun plan asalnya aku nak tengok sunrise dari Mehrangarh Fort. Dari Mehrangarh Fort ni, baru kau nampak view blue city macam image dalam google tu. Macam biasa lah, kalau kau nak gambar cantik, waktu pagi atau waktu petang adalah yang terbaik untuk ambil gambar. Bukan sebab ada sunset atau sunrise, tapi sebab cahaya tu lebih soft. Tak ada lah dapat gambar yang contrast entah apa apa macam gambar aku tuuu! 

Tapi aku kesah apa.

Bangun pun dah tak awal. Order breakfast. Omelette je pun. Dengan hot chocolate. Sejam lepas order, baru aku dapat makanan aku. 

Lepas tu pulak, kat Jodhpur ni banyak gila anjing! Dah lah dia duk gong gong, gong gong! Lepas tu sambil gong gong tu, dia acah acah kejar kita pulak dah hoiiii. Kalau kau tunjuk stick monopod tu, acah acah kau lagi berani, macam nak hempuk dia, lagi kuat dia gong gong, lagi dekat dia datang, lagi terkeluar taring dia, lagi meleleh leleh air liur dia. Bila seekor dah gong gong, yang belah lain punya anjing pun duk gong gong sekali cari kau kat mana. Tak senang aku nak jalan ke Mehrangarh Fort ni. Tapi kalau kau pergi naik tuk tuk, tak ada lah kena gong gong dengan anjing anjing tu. Aku pergi ke fort tu jalan kaki je sebab jarak dengan hotel 1KM je. Aku fikir kalau jalan, boleh la tersesat sesat sikit kot jumpa area yang memang rumah semua cat warna biru. Tapi sesat sesat, jumpa kumpulan anjing pulak T_T


Fort ni pun aku kena tipu. Aku pergi fort ni nak tangkap gambar blue city aje. Dalam forum, tak ada pun aku baca nak kena bayar entrance fee ke apa. Tapi bila sampai depan fort, ada pulak la kaunter tiket. Tak kan la aku tak nak masuk pulak, kan? So, aku beli la tiket. Beli, bayar, masuk. Rupa rupanya tiket tu untuk masuk ke museum dia! Kurang asam betul. Dah la siap ada fee untuk bawak camera semua ha. Haih. Aku bukan nak masuk museum. Aku nak tengok blue city je. Lesap duit aku bayar entrance. Entah aku pun tak ingat berapa rupees, dah tak jumpa tiketnya. Tapi rasanya aku guna student card, so ada la discount sikit. Dah la kat kaunter tiket tu tak ada tulis pun yang entrance fee tu untuk masuk museum. Jadi kalau kau nak pergi ke view point untuk tengok blue city tu, tak usah le beli tiket. Boleh masuk terus aje! 

Nak, tak nak, tiket dah bayar. Masuk je la museum nye pun. Haih


Dalam museum, nasib lah tak sama dengan museum kat Udaipur tu. Kat sini, museum dia tunjuk koleksi koleksi kereta atau tempat duduk raja dorang masa dulu dulu tu. Ada la jugak tunjuk paintings dan segala weapon yang pernah digunakan oleh pemerintah yang terdahulu. Museum dia tak ada lah besar macam kat Udaipur sana nun. 





Bangunan putih tu namanya, Jaswant Thada. View ni diambil dari dalam museum Mehrangarh Fort. Kalau dari Jaswant Thada tu, boleh dapat view Mehrangarh Fort dan blue city sekali gus. Cun jugak.



Akhirnya habis jugak aku round museum ni. Masa nak keluar dari museum ni, aku terjumpa balik orang dari China yang aku pernah jumpa kat Jaigarh Fort masa kat Jaipur dulu. Kecik betul dunia ni. Hihihi

Rombongan Kak Kiah ke Mehrangarh Fort
Dorang ingat aku ni photographer terkenal gamaknya. Siap request suruh amik gambar dorang guna camera aku lagi =.='


Yang aku tunggu tunggu, the view of Blue City! Ok, the not so blue city -.- Sebenarnya, mostly rumah rumah yang nampak biru ni, bahagian atas je yang cat dia biru. Kalau jalan kat lorong lorong rumah tu, kat bahagian bawah rumah dia cat warna hijau lah, warna kuning lah. Ada very few area je yang rumah dia memang semua warna biru. Ada apa dengan biru? Adib kata, ini aku tak tau la dia reka cerita ke, dia dengar dari orang local ke, dia kata dorang cat biru sebab nak rumah tu sejuk. Tapi yang aku baca kat internet, ada kaitan dengan adat dan religion dorang. Errrr...







Petang petang, around 3 PM, ada 'pertunjukan' orang bagi helang makan kat atas fort ni. So setiap hari, pukul 3 hingga 4 petang, mesti banyak burung yang berterbangan kat fort ni!


Tak jauh dari fort tu, ada macam resort untuk kau buat flying fox. So boleh la nak tangkap gambar kau main flying fox berlatarbelakangkan Mehrangarh Fort ni. Resort ni kat area pintu belakang fort. Kalau pintu depan, kau akan nampak ada banyak tuk tuk.



Pun tak jauh dari fort tu, around 1 KM more, ada desert park. Namanya Rao Jodha rock desert. Jalan kaki je dari pintu belakang fort tu, nak sampai dah. TAPI, kalau nak jalan kaki, macam aku cakap la tadi, kat sini banyak benor anjing nya! Sendiri tanggung risiko ok!

Tengok map nak cari jalan lain elak anjing depan mata =.='


Sebenarnya jalan yang aku guna ni, pun pintu belakang desert park ni jugak. Aku tengok ada orang main masuk je, aku dengan Adib pun masuk je le. Bila dah syok syok ambik gambar tu, tiba tiba ada ranger datang, tanya aku ni masuk sini, ada tiket ke idak? Konon dia tu macam nak cek tiket aku la. Tapi aku jawab je la tak ada tiket, sebab masuk ikut pintu belakang tu. Lepas tu ranger tu suruh pegi beli tiket. Dia pun tunjuk lah kat mana pondoknya. Jauh uiii! Malas la aku nak pergi beli tiket nya, lepas tu Adib tanya kat ranger tu, boleh tak kalau bayar je duit entrance pada dia (ranger)? Eh. Tak nak pulak accept. Ada jugak lagi orang India yang jujur macam dia ni. Hihihi. Disebabkan memang malas sangat nak pergi post tempat bayar tu, Adib cakap, yang kitorang ni sebenarnya nak balik dah pun. So ranger tu kasi chance la tutup sebelah mata. Yang bagusnya jugak, dia tak ada lah nak marah atau berleter bila tau aku dengan Adib ni masuk tak pakai tiket. 










Service main PS2 kat sini!
Petang tu, dalam perjalanan balik ke hotel, sempat la aku cuci cuci mata jalan kat area Sadar Bazaar tu. Uiiii, lautan manusia! Busy betul, tak macam bazaar bazaar lain yang aku pernah pergi. Agaknya sebab bazaar ni kat tepi jalan besar kot. Ish ish ish





So, jalan jalan, terjumpa pulak kedai untuk buat salwar suit. Salwar suit tu, macam baju kurti la. Cuma suit tu maksudnya sekali set dengan seluar dan selendang. Aku tengok kat satu kedai ni, kain menarik, siap ada batu batu manik, harga pun murah. Kain sekali upah, adalah around RM60 seingat aku. Hari ni order, esok boleh siap pulak tu! Tanpa fikir panjang, aku belek la kain mana yang berkenan -.- Kalau ada yang nak mencuba, sila cari kedai depan clock tower, penjahitnya lelaki yang dah berumur, ok! 

1 comment:

Ren said...

wao nampak la jugak kaler birunya dari jauh ye dak hikhik.