I'm in no mood to write on my India adventure. Sorry!
Sempena Syawal yang indah ini, aku sajikan gambar gambar raya aku je lah. Eh maklumlah, raya pertama jadi isteri katanya. Kih kih kih
Malam raya tu, baru terhegeh hegeh nak balik KL. Suami bekerjaya kekdahnya. Bahahaha. Nasib lah malam tu tak jem ke apa. Kalau tak, entah pukul berapa pulak sampai nya, beraya dengan mata panda.
Dalam kereta, aku tanya sang Adib Syahmi, ësok nak kena pergi solat sunat raya ke"? Dia jawab, ye lah". Errmmmm. "Tapi orang tak nak pergi. Tolong tipu untuk orang, cakap la orang sakit perut ke, cirit birit ke..." Dengan pantas sang Adib Syahmi jawab, "tak payah pergi pun la, laki laki je kena pegi. Mama semua tu memang tak join pergi solat sunat pun".
Kussss, selamat.
Ingat nak kena pura pura sakit perut atau cirit birit pagi raya tu T_T Yelah, mak aku selalu pegi solat sunat pagi raya tu, aku ingat family dia pun sama macam tu. Rumah aku yang dekat dengan surau ni pun aku tak pergi solat sunat raya, inikan pulak nak solat sunat kat KL. Memang jauh sekali la oiiii. Kih kih kih
Keluar pergi beraya pun dah pukul 5 petang. Alamatnya sebuah rumah je la dapat pegi. Tak kisah lah. Janji rumah tu ada nasi impit dengan kuah kacang. Sebab kat rumah mama, cuma ada lemang dan rendang ayam je. Kalau kat rumah aku, wajib setiap tahun ada lemang, rendang daging, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang dan laksa! Tak complete rasanya kalau first day raya tak ada nasi impit.
Hari kedua, ayah cakap, ök, semua orang pakai baju semalam ye. Nak ambil gambar dengan Kak Ila sekali". Errr, baju semalam?
So hari kedua, semua orang masih tak mandi, pakai baju semalam kecuali aku dan Adib. Eh :P
Raya kedua, lepas Zohor baru nak keluar beraya ke Negeri Sembilan. Kemain sembang kencang si Adib tu, cakap kat kampung dia ada rambutan la, ada manggis la. Sekali, apa pun tak ada! Dah terasa dah kat tekak aku ni nak makan rambutan, tau tak! Masa malam raya pun sama jugak, bila aku tanya mama masak apa untuk raya, dia cakap nasi impit, kuah kacang la. Bila dah sampai rumah, nasi impit je ada. Kuah kacang tak ada pun! Lain kali jangan harap la aku nak percaya kata kata kau, Pak Adib oiii T_T
Raya ketiga semua adik beradik aku berkumpul dekat Ipoh pulak. Tapi raya keempat baru berjalan ke kampung. Disebabkan belah aku ni banyak anak anak separuh masa, haaa boleh lah gila gila sikit, banyak la gambar gambar beraya nye. Kat belah sana macam awkward je nak amik amik gambar. Hihihih
Yang penting dalam semua gambar, Aqilah mesti nak masuk sekali. Walaupun dia tangah sibuk main lari lari dengan Mika, kalau nampak si Adib tu tengah standby nak amik gambar aku, sanggup dia berhenti main kejap nak masuk kamera T_T
No comments:
Post a Comment