Friday, June 26

Jaipur: Seribu Satu Kubu

As you wish, Sir!

Aku dah jemu dengar perkataan tu. Setiap hari, without fail; semua orang nak as you wish, as you wish dengan kau. Kalau datang India, kau tak dengar perkataan ni, maksudnya kau dah salah tempat. Itu maksudnya kau bukan kat India.

As you wish ni wajib ada, selalunya sebelum kau buat deal dengan seseorang. Tak kira la mamat tuk tuk ke, mamat jual sari ke. Bila kau tanya apa apa, dibalasnya as you wish. Tapi bila kau dah setuju dengan deal tu, mula la orang orang india ni nak tukar as you wish tu kepada ás you wish, ...as long as i get more benefits'. HAH!


Dari Agra nak ke Jaipur, aku naik train brand yang ada Shatabdi kat belakang namanya tu. Kebanyakan train ni AC Chair sahaja, sebab train Shatabdi ni dikatakan adalah train terpantas yang ada dekat India ni! Disebabkan train ni dorang claim yang terpantas, tak ada lah kelas kelas sleeper melainkan perjalanan kau tu jauh bebenor!

Aku datang ke Jaipur ni petang semalamnya. Kira kira lima jam perjalanan. Sampai sampai je terus ada orang approach nak bawakkan beg. Ehhh cepat cepat aku kata No No No. Orang India ni mulut manis, kalau nak pancing kita, ada saje idea dia. Katanya ikhlas nak tolong kengkawan la. tak payah bayar tips la. Bila masa pulak aku jadi kawan dia T_T Tapi.. Entah apa dia mandram aku, akhirnya aku pun biar aje dia bawak beg beg aku naik tuk tuk. Tuk tuk kawan dia pun. Ish. Nasib la betul dia tak mintak tips!

Dalam tuk tuk tu pulak, mamat tuk tuk tu sibuk lah persuade aku suruh hire dia untuk trip esok hari. Mula mula dia pancing kata dia tu muslim. Biasalah orang Malaysia, kalau orang claim islam je, mesti cepat percaya. Tapi sebab aku dah terkena dekat Agra, memang tak lah aku nak percaya dah. Tapi disebabkan dia kata dia hanya offer 500 rupee je untuk trip esok, upah sepanjang hari, tanpa berfikir panjang, aku pun ON je lah tanpa nego nego. Dah murah sangat dah tu aku rasa. Nak nego murah sangat, rasa bersalah pulak. Tapi ada jugak lah mamat tuk tuk tu duk hint hint, dia cakap, ïf you're not happy with my service, tomorrow you don't pay me. But if you're happy, then only you pay me". Haaa, ayat pancing dua dalam satu la tu! Korang kena faham! Maksud kedua mamat tu, kalau korang satisfy esok hari dapat pergi semua tempat korang nak, korang bayar dia lebih sikit siap dengan tips! Aku angguk angguk je le, sambil ok ok. Dalam otak duk fikir esok nak pergi mana sebab route esok hari tak konfem lagi! Hihihi


Jaipur ni city pertama yang aku explore dalam Rajashtan state. Rajashtan ni katanya 'The Land of Kings' sebab banyak sangat fort dan castle yang dibina. Kat Jaipur ni je dah tak terkira bilangan fort yang ada! Jam 8 pagi dah terpacak aku depan hotel tunggu mamat tuk tuk tu datang. 

Tempat pertama yang aku nak pergi, Amber Fort. Katanya pagi pagi ada gajah. Macam la aku nak naik pun gajah tu T_T Huhuhu. Dalam perjalanan nak ke Amber Fort tu, alahai ada road block pulak. Budak budak sekolah buat demonstrasi pulak ha! Dah la lama gila! Nak u turn pun dah tak boleh. Haihhh nak dekat dua jam jugak la stranded kat jalan tu! Entah apa yang nak di demonstrasi nye ha aku pun tak faham.



Dalam pukul 10 pagi jugak la aku sampai ke Amber Fort ni. Nasib lah masih ada gajah lagi walaupun dah banyak gajah yang dah turun. Langit pulak membiru dengan cantik nya. Ohhh I'm in love~~ By the way, Jaipur ni dah tak sejuk dah macam tempat tempat aku pergi sebelum ni. Jadi tak payah lah nak pakai tebal tebal. Walaupun masih dalam bulan winter, tapi cuacanya macam kat Malaysia je. Cuma bila ada breeze tu, angin dia dingin la sikit macam kat Cameron Highlands tu.






Tips. Kalau kau masih ada student card, kau bawak je pergi travel. Sebab kat India ni, kau tunjuk je student card tu, boleh dapat student price! Memang berbaloi baloi! Sebab kalau nak beli harga tiket tourist, memang menangis la kalau kau compare dengan harga tiket local. Kalau ada tiket yang combo combo tu lagi lah untung! Macam aku pergi ni, seorang hanya perlu bayar 200 rupees je untuk composite ticket yang include sekali 7 monument punya entrance fee, yang valid selama dua hari! EHihihih













Kat atas Amber Fort ni, dalam satu 1 KM, ada Jaigarh Fort. Kalau kau larat nak mendaki, tolonglah pergi naik ke Jaigarh Fort ni. Bukan sebab nak tengok fort tu, fort tu tak ada apa pun sebenarnya. api yang cun melecun nya adalah view dari atas fort tu! Cantik sangat sampai nak menangis, sampai tak nak turun dah rasanya! Aku spend masa kat Jaigarh Fort tu nak dekat 4 5 jam! Sampai mamat tuk tuk pun complain kenapa lama sangat aku visit tempat ni, 6 jam dia kena tunggu! T_T



Zoom in or zoom out, I really love this view! So, pardon me for the multiple uploads of the same angled landscape T_T








Lepas turun dari Jaigarh Fort tu, singgah kejap dekat Jal Mahal. Dah lalu, turun aje le. Tapi sebabkan tak ada apa yang menarik tentang Jal Mahal ni, 5 minit je la aku singgah, ambik gambar buat kenangan je.



Sepatutnya aku nak pergi ke Nahargarh Fort untuk tengok sunset. Mat salleh kat sunset cun kat situ. Tapi mamat tuk tuk tu, aku rasa dia malas nak hantar aku naik, dia kata tuk tuk dia tak larat nak naik atas sana. Disebabkan aku pernah baca forum, mat salleh kata reachable by taxi, haa aku pun akur je le tak naik Nahagarh fort tu walaupun sebenarnya aku tahu ada je orang yang naik tuk tuk.

Habis tu nak tengok sunset kat mana?

Haaa ada satu lagi spot cun untuk sunset, dekat Galta Ji. Galta Ji macam monkey temple. Aku tengok gambar kat internet bukan main cantik galta ji ni. Aku pun request suruh dia hantar ke Galta Ji. Tapi mamat tuk tuk tu kata masih awal lagi. Baru pukul 4.30 petang. So dia suggest aku pergi kedai sourvenir. Adeh. Nak scam lagi la ni.

Dia bawak aku pergi kilang buat baju. Aku tak minat betul la kalau bab bab pergi kilang ni. Tapi aku pergi jugak la nak tengok apa yang menarik sangat kilang ni. Orang kilang tu siap claim lagi baju baju dia buat tu dah masuk international market! Brand macam Zara, Mango, semua amik baju dari dia! Nak tergelak aku dengarnya. Bahahaha

Aku keluar kilang tanpa beli apa apa. Mamat tuk tuk tu tak puas hati aku tak tergoda dengan baju baju kat kilang tu. Setakat baju tak ada brand tapi sampai nak ketuk orang 2000 rupees, orang bodoh je yang nak beli! Padahal dekat pasar dia, baju yang sama tu, harga 750 rupee aje! Mamat tuk tuk tu nak offer lagi bawak ke kilang yang lain. Haih. Nak commission pun agak agak le. Padahal aku dah bagitau awal awal aku tak nak pergi shop mana mana.


Dengan tegasnya aku cakap aku nak pergi Galta Ji tu! Aku tak nak pergi mana mana kedai lagi dah! Nasib baik lah mamat tuk tuk ni tak banyak peel! Dia pun bawak aku terus ke kawasan Galta ji tu. Aku tak tau la tempat dia hantar tu, is the only way to Galta Ji tu ke atau ada jalan lain, tapi memang agak jauh la nak menapak ke Galta Ji tu! Kena mendaki nak dekat 7 8 KM! Gila ke apa?! Aku rasa macam impossible sangat lah tak ada jalan yang lebih dekat untuk reach tempat tu. Dia ni saja nak kenakan aku ni, aku rasa. sebab aku tak beli apa apa dari kilang tu, dia tak dapat komisyen. Huh!

Aku pasrah je lah. Daki je selagi mampu. Kalau ada spot yang cantik nanti, berhenti tangkap gambar kat situ je aku pujuk si Adib tu. Si Adib tu macam ragu ragu nak panjat. Sebab dalam perjalanan nak naik ke Galta Ji tu, ada lembu, ada ayam, ada anjing gila banyak, dan ada BABI OINK OINK! Mak babi anak babi semua ada. Geli wehhhh! Tapi sebab nak sunset punya pasal, aku gigih jugak la naik atas tu. Dalam perjalanan nak naik tu, aku ada la cuba cuba nak amik gambar suasana kat situ. Alih alih aku angkat camera je, si Adib ni suruh sorok camera. Dia tak bagi aku ambik gambar sebab dia takut kena kejar dengan babi, dia takut orang orang kat situ mintak bayar untuk gambar gambar yang aku amik sebab semua macam pengemis je rupanya. Insecure sangat pun T_T



Baru jalan lebih kurang 2 KM, aku dah termengah mengah dah. Tak larat aku nak daki sampai 7 KM tu ha. Dah la nak kejar sunset. Kang sunset habis, hari gelap, satu hal pulak nak turun 7 KM. Jalan cantik tak pe lah jugak. Ini babi lembu anjing semua ada, nak harung gelap gelap nanti. Pengsan! Mujur kat satu simpang tu, ada terjumpa satu group mat salleh ni. Dorang pun nak pergi ke Monkey Temple tu untuk view sunset. Tapi dorang pun malas nak naik sampai ke atas tu ha. So aku masuk lah simpang yang lagi satu tu, nak explore apa yang ada. Kot kot la view menarik jugak.

Uishhh. Memang tak sia sia! Simpang yang satu lagi tu pergi ke Sun Temple. Temple ni buruk je, ordinary punya tempat hindu sembahyang. Tapi view sunset dari situ memang cantik! Boleh nampak kota Jaipur! Di sini lah berakhirnya pencarian sunset aku. Hik hik hik



Jadi balik tu, sebelum aku bayar upah, mamat tuk tuk tu tanya aku. Are you happy today? Errrr =.="

No comments: