Tuesday, May 26

Agra: Mencari Shah Jahan

Nah! Tengok la sampai muntah gambar Taj Mahal ni!

Konon nak tengok sunrise kat Taj Mahal. Baru lah romantic katanya. Tak harap banyak pun dapat tengok sunrise cun melecun pagi tu. Sebabnya, aku pergi pun dalam bulan winter. Harap kabus tebal aje la.

Keluar hotel bukan main awal oiii. Konon tak nak beratur panjang nak beli tiket. Padahal hotel dengan kaunter tiket Taj Mahal tu 200m je jaraknya. Tak sampai 3 minit berjalan kaki pun. Sebenarnya tak ada apa yang nak dikejarkan sangat. Tapi excited punya pasal, pukul 6 pagi aku keluar hotel! Pintu hotel pun masih berkunci lagi!

Gigil gigil rasanya pagi tu. Bernafas sikit keluar asap. Cakap sikit keluar asap kat mulut. Excited pun ada. Mana nak dapat mulut berasap macam ni kat Cameron Highland wehhh. Kikiki


Masa nak beli tiket tu, tak ada masalah apa pun. Orang pun tak ramai yang beratur. Cuma, orang kaunter tu, berkali kali tanya, betul ke aku dengan Adib ni bukan orang India. Dia macam terpinga pinga je bila aku cakap nak beli tiket masuk untuk foreigner T_T Kang aku cakap aku orang India kang, kot dia mintak ID proof pulak. Tak berani la nak kelentong. Huhuhu


Ingatkan lepas beli tiket tu boleh masuk terus. Rupa rupanya nak kena beratur pulak lagi! Masa tu dah terang benderang dah pun. Aku mula la panas hati. Kata bukak masa sunrise, tapi dah terang benderang tak kasi lagi orang masuk apa benda ni? Celah mana nak tengok sunrisenya kalau dah cerah gini. Huh!


Bila gate besar dah bukak, semua orang serbu masuk tak kira barisan dah! Berebut macam ada pertandingan marathon je! Nasib lah aku tak ada apa nak dikejarkan, jadi aku relax relax je la sightseeing sekitar Taj Mahal tu. Aktiviti hari ni, nak tengok Taj Mahal je pun. Sebab petang tu aku akan ke Jaipur. So, aku ada masa sampai check out time untuk berlegar di Taj Mahal ni.


Tapi yang sakit hatinya, orang India ni tak reti respect orang lain. Macam orang India atas ni lah! Kat mana mana aje, kalau aku tengah sibuk nak ambil gambar, bukan orang tu tak nampak aku tengah amik gambar, lagi dia nak berdiri depan frame aku! Dah la lama pulak tu dia berposing depan tu. Bila time dia nak ambil gambar, aku pulak yang disuruhnya ke tepi ke tepi. Eeehhhh panas hati aku!

Nasib lah tak banyak sangat drama nya pun dekat sini. Aku pun tak ada apa nak cerita sangat. Kalau nak tahu pasal Taj Mahal ni, haa pergi lah baca kat blog blog travel yang gigih cerita sejarah sejarah monument segala ni.














Selain tengok senibina yang Maha Symmetry kat kompleks Taj Mahal ni, aku pun dah mula bosan. Ye lah, dah bangunan pun symmetry je, ambik angle mana mana pun sama je gambarnya ha. Huhuhu. Moh balik ke hotel la jawabnya! Ada dua jam lagi sebelum nak kena check out. Aku pun rasa nak baring baring tidur sekejap ganti balik tidur sebab bangun awal tadi. Lepas check out, aku mampu lepak kat cafe hotel aje. Tak tahu nak pergi mana dah. Nak pergi bazar nak shopping, aku google google, tutup pulak dah bazar tu hari selasa. Haih. Menyesal tak pergi semalam!

Tapi aku fikir, tak kan lah nak duduk kat cafe hotel tu sampai petang sementara nak tunggu train ke Jaipur?! Haih.. Aku masih tak dapat terima kenyataan Sadar Bazar tu tutup hari ni. Aku nak jugak pergi tengok, kot kot la wikitravel tu salah ke, tak up-to-date ke. Adib pun ikut aje la kehendak aku. Kesian.

So, Adib pun google la jalan nak pergi Sadar Bazar ni. Katanya 6KM je. Dia ajak jalan kaki je. What...? Jalan kaki 6KM? Aku ajak naik tuk tuk katanya tak payah. Katanya tak jauh sangat pun. Lagipun tuk tuk kat luar hotel tu semua ketuk kaw kaw harga nak ke Sadar Bazar ni. Bargain sikit pun tak nak kalah harganya. Itu lah yang mencabarnya kalau duduk kat area area hotspot ni! Akhirnya aku dan Adib jalan kaki je la pergi ke Sadar Bazar tu. Katanya, boleh tengok tengok negara orang kalau jalan kaki sendiri. Lagipun masih banyak masa untuk tunggu train petang nanti katanya. Iye lah. Jalan kaki je lah. 6 KM. Dah la Agra tak sejuk macam Varanasi T_T


Dah separuh perjalanan nak ke Sadar Bazar ni, aku suruh le si Adib tu pergi tanya tanya orang India tu, kot kot Sadar Bazar tu memang betul betul tutup ke tidak. Locals know better kan. Bila tanya tanya, haaa konfiden je orang India tu cakap bazar tu bukak hari ni. Aku pun tak tahu nak percaya ke tidak kat orang tu. Mana la tau kot dia tak faham Adib tanya apa, tapi dok jawab yes yes open open je.

Lepas dah 15 minit jalan, aku dah tak lalu dah nak jalan lagi. Bila nak sampai ni? Jauh lagi ke nak sampai? Tiba tiba aku nampak dua orang mat salleh, pun berjalan kaki. Ke arah Sadar Bazar tu jugak jalannya. Harapan aku makin tinggi. Mungkin Sadar Bazar tu memang betul betul bukak hari ni! Ye lah, dah mat salleh tu pun duk jalan kaki pergi ke arah Sadar Bazar tu! Kalau tak, nak kemana lagi dorang tu kan?


Akhirnya aku sampai jugak di area Sadar Bazar ni. Tutup. Semua TUTUP! 6KM berjalan penat lelah, sia sia aje T_T Tapi Adib kata, tak pe lah. Dapat tengok negara orang. Jalan kaki suka suka macam tu, tak adalah bahaya sangat pun kat India ni, katanya. Haih. Nasib lah mall mall besar tu ada lah bukak jugak sikit sikit. Boleh jugak aku cuci mata tengok harga saree dekat mall. Boleh compare bila nak bargain kat tempat lain nanti. Mall kat sini tak ada lah mall macam Jusco kita ni ke apa. Mall dorang besar besar Kamdar Nagoya je pun. Macam kedai Hari Hari tu ada jugak. Kikiki




Lepas dah buang masa kat sini, tak ada apa nak tangkap gambar dah, aku pun balik semula ke hotel. Jalan kaki. Yang peliknya, masa nak balik ni tak ada pulak banyak tuk tuk kat area tu. Nak tak nak, memang kena jalan kaki jugak la.

Dah la tak ada kedai jual air ke apa ke. Panas. Dahaga. Mujur ada orang jual buah buah orange kat tepi jalan. Haa aku pun beli la. Tanya rege 50rupee dapat berapa orange. Ada ke orang tu nak bagi dua biji je? Mentang mentang la aku orang luar, tapi tak de le bodoh sangat rege RM3 dapat dua biji je. Aku mintak empat biji. Walaupun aku rasa masih mahal, tapi sebab nak basahkan tekak, beli aje la. Nasib la labu.

Dah jalan kaki hampir 20 minit. Tapi masih tak ada tuk tuk lagi yang lalu tepi aku. Kalau ada pun, dah ada penumpang. Dah la balik tu kena kejar dengan monyet tepi jalan sebab aku bawak buah orange tu! Kejar macam anjing kejar orang woiii! Dengan gigi gigi dia semua ditunjuknya!


Tiba tiba ada pulak tuk tuk datang tanya nak pergi mana. Bila kata nak pergi Taj Mahal, sebab itu landmark terdekat ke hotel aku dia charge kemain mahal 200 rupee! Tak nak bagi discount pulak tu! Padahal lagi 2 3 km je dah nak sampai ke sana. Aku pun refuse la, biarkan aje dia lalu pergi. Huh!

Jalan sikit lagi, tiba tiba ada tuk tuk lagi satu approach aku tanya nak pergi mana. Budak lagi. Rasa macam 15 tahun je budak tu. Dia charge 100 rupee untuk ke area Taj Mahal tu. Malangnya masa tu dalam poket ada 30 rupee je. Yang lain semua duit besar 1000 rupee. Bila bagitau dia aku hanya ada 30 rupee je dan tak ada duit kecik, dia ingat aku nak bargain jadi 30 rupee. Lepas tu dia sendiri yang setkan harga jadi 50 rupee. Uishhh, ini rezeki. 50 rupee dah murah la tu. Tapi bila cakap yang sebenarnya aku tak ada duit kecik, baru lah dia faham. Dia siap tolong bawak pergi kedai money changer lagi haaa! Baik sungguh.

Akhirnya, aku sampai jugak ke hotel. Turun je tuk tuk budak tu, ada orang tuk tuk yang offer 200 rupee tadi ha. Dia datang kat aku duk marah marah sebab tak naik tuk tuk dia tadi. Siap persoalkan kenapa aku pilih tuk tuk budak tu. Cilaka! Ikut suka hati aku la aku nak naik tuk tuk mana pun. Dah kau bagi harga mahal nak mampus dah sah sah lah aku tak nak naik. Puihhh!

Lepas tu ada hati lagi nak tanya aku, nak naik tuk tuk dia ke tidak untuk ke train station petang tu. Dia tu satu geng dengan orang tuk tuk yang aku hire semalamnya tu. Samseng betul. Sesaje la tanya harga nak ke train station berapa kat dia. 200 rupee jugak. Bila mintak murah, not possible not possible. Eeeiiiii! Kurang ajar bebenor pun!

Aku amik beg kat lobby hotel, keluar hotel, terus lambai lambai bye bye kat mamat mamat tuk tuk semua tu. Huh! Aku boleh cari tuk tuk lain la kat sebelah satu lagi. Berlagak gila kan. Bahahaha. Dengan harga electric tuk tuk sebanyak 50 rupee sahaja, aku berjaya sampai ke train station. Yahuuu!


No comments: