Sunday, March 8

Kolkata: Impression Pertama

Tak ada lah seteruk yang di sangka.

Sebelum aku pergi India, macam macam orang cerita kat aku. Kata mereka, start dari naik kapal terbang lagi, kau akan start tak suka orang India. Kau akan menyesal pergi India lama lama. Kau akan meraung raung dalam hati untuk balik ke Malaysia cepat cepat.

Aku pun prepare mentally and physically. Seteruk tu ke India ni?

Tapi bila jejak dalam flight, aku tak rasalah flight tu ada bau busuk ke apa. Aku rasa normal je baunya. Tak ada pulak incident orang India bukak kasut, kaki berbau ke. Tak ada pulak aku terbau bau ketiak masam ketiak hapak ke apa. Mungkin aku dah biasa dengan bau bau yang ada masa belajar kat UTP dulu. Bau ketiak ketiak masam abam abam Sudan kat UTP tu aku rasa yang paling boleh buat aku rasa nak pengsan lah setakat ni. Lalu sebelah aku sepantas kilat, tapi bau tertinggal sampai 7 saat. Eh.


Flight aku malam. Aku sampai pun dah midnight. Flight baru jejak tanah tak sampai seminit, penumpang penumpang India dah berebut nak ambil beg masing masing. Penat flight attendants semua suruh diorang ni bersabar tunggu kapal terbang berhenti. Tak kemana lah pun. Orang orang India kat Malaysia pun banyak yang memang tak boleh bersabar, inikan pulak yang dah memang sampai tempat dia.

Selesai imigresen, aku terus cari prepaid taxi. Mujur lah ada prepaid taxi. Aku tak tau lah nak kata rate dia murah ke apa. Tapi sebab masa aku sampai tu pun memang dah midnight pun, jadi aku bayar je lah berapa berapa yang tertera untuk sampai ke kawasan hotel aku.

Masuk je dalam taxi kuning, icon Kolkata tu, taxi tu tanya aku pulak area aku nak pergi tu belah mana. Aku explain tunjuk map, dia macam terpinga pinga je tak tau. Dalam hati aku, eh, kau ni nak jadi pemandu taxi ke tak nak ni? Kalau tak reti jalan kat sini, baik jadi abang cleaner aje! Pemandu taxi tu ke hulu ke hilir dia tanya kawan kawan dia, kat mana lah tempat aku nak pergi ni. Last last, aku tak tau lah dia dah tau ke tidak tempat aku nak pergi ni, tapi dia start enjin, dan terus cuba mencari hotel aku nak pergi tu. Nasib baik lah ni prepaid taxi. Kalau tak, entah berapa aku kena bayar.


Pagi esoknya, acah acah nak bangun awal lah. Memandangkan cuaca sejuk macam kat Cameron Highlands tu, malas betul aku nak bangun awal. Tapi check out pukul 10 pagi. Nak tak nak, kenalah bangun dan angkut barang barang keluar. 

Nak mandi pun, paranoid habis kat sini. Selalu aku baca dalam blog blog orang lain, dia cakap "don't ever use tap water to brush your teeth". Kadang kadang, ada jugak yang cakap "close your mouth when you take your shower". Mau tak paranoid? So aku prepare lah purification tablet, beli kat Guardian sebelum nak pergi India ni. Sanggup tu tunggu 30 minit untuk purify air sebelum berus gigi, cuci muka. Takut tercirit punya pasal la ni. Mau tak takut? Lama lagi nak bermusafir ni oiii.


Pagi tu aku jalan jalan kat kawasan sekitar. Tak pasti lah samada hari tu ada public holidays ke apa, tapi semua kedai masih tutup lagi. Masih awal lagi gamaknya. Yang homeless semua masih berselubung tepi jalan. Tikus masih berkeliaran di kaki lima. Jalan punya jalan (read: aku suka jalan tak tengok bawah) aku terpijak tikus mati. Shit! Geli gilaaaa!

Plan untuk hari ni, nak pergi Howrah Bridge, Flower Market, Bara Bazar, Marble Palace dan area Masjid Nakhoda untuk cari makanan halal. Typically kalau kawasan masjid, haruslah ada restaurant halal kan. Haa, macam mana nak pergi tempat tempat ni? Naik taxi? Naik tuk tuk? Eh. Tak lah. Aku pergi guna kaki je. Kalau aku naik taxi atau tuk tuk, tak dapat lah aku shoot gambar ala street photography gini. Rugii oiii. India ni memang marvelous kalau nak buat street photography. Tapi, aku ada limitation sikit. Aku baru jual zoom lens, yang paling panjang boleh pergi pun 50mm aje. Ini pulak India kan, takut jugak aku kalau main tangkap je gambar dorang, dorang kejar aku pulak. Maklum lah, aku ni kan perempuan. Kikiki



Menapak memang lama lah. Tapi ada lah rehat rehat sekejap kat bangku tepi jalan sambil makan biskut chipsmore. Tapi benda paling best bila kau jalan kaki ni, macam macam jenis gelagat kau boleh tengok kat India ni. Kadang kadang tempat yang tak termasuk dalam list point of interest dalam itinerary kau pun, kau boleh jumpa.


So ini lah Howrah Bridge yang famous sangat dekat Kolkata ni. Atas jambatan ni kau tak boleh amik gambar. Sebenarnya aku memang dah fully aware pun atas ni tak boleh amik gambar. Tapi aku curi curi amik gambar jugak selagi tak ada orang tegur atau halau aku dari jambatan ni. Aku jalan punya jauh dari hotel nak pegi jambatan ni, memang gila la aku kalau aku tak nak shoot sikit kan. Bahahha

Jadi bila dah kena marah dua tiga das sebab amik gambar atas jambatan ni, melilau mata aku cari spot untuk tangkap gambar dari bawah jambatan pulak. Nasib lah ada port jugak bawah sana nun. Jambatan tak ada lah hebat mana pun. Cuma tak ada pillars je untuk support jambatan ni. Zaman sekarang ni, tak ada orang nak tiru pun jambatan macam ni, jadi aku tak faham apa benda yang tak boleh amik gambarnya pun. 

Kat tepi sungai, bawah jambatan ni, ada flower market. Kat sini ada jual... bunga je. Kalau kau tak nak beli bunga, kalau kau tak suka berasak asak orang ramai, mungkin kau patut lupakan aje tempat ni. Tapi... This is India. You'll get use to it.. I did. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing, mengembek kan? Tapi laki aku si Adib tu, dia tak suka tempat sardin sardin macam ni. Nanti dia start jadi grumpy. Like it or not, terpaksa lah dia ikutkan sebab aku nak jugak jalan kat pasar ni!











Dapat model free! Aku nak ambik gambar jambatan, mamat ni tegur. Tapi dia cakap bahasa hindi dengan aku. Aku cakap la aku tak faham, dia pun mula buat bahasa isyarat. Tau apa nak nya? Sebok nak suruh aku amik gambar dia. Siap balut kain kat kepala kejap tu jugak haa. Hihihi. 

Sebenarnya, orang India ni banyak je yang friendly, yang baik hati. Memang lah kat news tu banyak yang asik cakap orang India ni suka rogol sana sini, tak berperikemanusiaan. Dah memang kat news keluar berita macam tu je. Ada ke news yang keluar berita pasal kebaikan orang kat sini? Mestilah semua nak kontroversi je.



Perut mula lapar. Aku demand nak pergi ke area Masjid Nakhoda. Nak cari makan kononnya. On the way ke Masjid Nakhoda, lalu dulu kat area Bara Bazar. Kiranya Masjid Nakhoda ni, dalam area Bara Bazar jugak la.

Jalan punya jalan, tak jumpa jumpa Masjid Nakhoda nya. Ulang alik tempat yang sama nak dekat tiga empat kali, tapi masjid lain yang jumpa. Frust betul lah rasanya. Aku fikir, tak kisah lah masjid apa pun, asalkan ada masjid, mesti lah kawasan tu kawasan islam sikit, kan?

Aku ajak Adib cari mana mana restaurant yang berdekatan dekat masjid tu. Haram. Satu restaurant pun tak jumpa. Yang ada, cuma stall stall tepi jalan, yang aku ragu apa benda makanan yang dorang masak entah.



Matahari makin menyinari. Perut mula berbunyi. Mujur masih ada angin bayu yang dingin lah jugak. Aku give up. Jangankan restaurant halal, restaurant vegetarian pun tak ada kat kawasan ni. Aku singgah beli air kat kedai runcit.

Sekali lagi, aku paranoid. Sebelum aku ke India, orang kata, "hati hati beli air tu. Takut dorang guna semula botol, isi air paip je". Terngiang ngiang dalam kepala otak aku, siang malam. Aku pun beli sebotol air fanta orange, sebotol air pepsi. Dalam fikiran aku, air macam ni, konfem tak boleh nak refill refill air paip.

Dahaga sangat gamaknya, jalan jauh pulak tu, hampa tak jumpa restaurant halal, minum air gas separuh botol dengan sekali nafas. Bila cek botol tu, tengok tarikh luput, dah expired. Damn.







Dah tak ada apa lagi aku nak buat kat Bara Bazar ni. Jalan punya jalan, eh. Terjumpa Marble Palace. Tapi tengok dari luar aje. Nak masuk kena bayar. bila dah masuk tak boleh amik gambar pulak tu. Baik tak payah masuk. Aku nak amik gambar dari luar pun tak jadi. Tak ada lah cantik sangat pun binaannya.

Petang tu, aku ada train untuk ke Varanasi. Lama jugak lah perjalanan, sebab pagi esoknya baru sampai Varanasi. Tak boleh jadi, sebelum pergi train station, aku kena jugak cari makan, isi perut. Dalam perjalanan nak balik ke hotel, lalu di Aliah Hotel. Adib kata restaurant ni restaurant halal. Katanya dia pernah nampak nama restaurant ni kat dalam zabihah.com. Tapi masalahnya, aku tengok gaya dia, macam tak yakin je yang restaurant ni halal.

Aku ajak dia masuk restaurant Aliah Hotel ni. Mintak menu. "Haaa, betul la halal. Tengok menu ni ada tulis 786". Terpinga pinga aku, ada apa dengan 786 ni? Mana pulak kau tau 786 ni maksudnya halal? T_T Lepas tu Adib start menyanyi lagu rap. Lepas tu dia cakap, "tak pernah dengar ke lagu Too Phat tu dulu ada sebut 786 786 syukur alhamdulillah?" Nak menangis aku dengar dia jawab macam tu T_T Just to be sure, aku suruh Adib tanya orang kedai tu sekali, betul ke halal. Dah halal ni, ayam tandoori la kitaaaa!



Masing masing perut dah kenyang, tak larat nak jalan dah. Plan, balik ke hotel, ambik beg, pegi train station. Tapi belum sembahyang lagi. Macam mana? Nak mintak bilik kosong kat hotel, macam segan pulak. Nak sembahyang kat train station takut tak sempat. 

Aku pun tengok lah map yang terpampang besar kat hotel tu. Haaa, ni ada masjid dekat area sini ni. Aku tunjuk direction ke masjid tu kat Adib. Aku kalau bab baca map memang fail. Nak kata dekat, tak dekat sangat la. Nak kata jauh, pun tak jauh sangat.

Aku start berjalan ke masjid tu. Adalah dalam 10-15 minit jugak untuk sampai ke sana. Fuhh. Selamat sampai depan masjid. Masa nak bukak kasut tu, tengah in hurry la jugak, tiba tiba ada pakcik gerai sebelah tu hulur air dalam mangkuk. Aku tak tau lah tu air apa. Tapi dia suruh aku basuh tangan aku. Berpuluh kali aku cakap tak nak, aku just nak solat je! Tapi dia kata kalau nak masuk masjid, kena basuh tangan guna air tu. Useless aku argue dengan pakcik tu, aku kejar masa, aku pun pasrah aje lah. Basuh je lah tangan aku dengan air dia bagi tu. Lepas tu dia hulur benda macam alatan sembahyang ke apa entah. Aku pun tak ingat bentuknya. Dalam hati aku, kau ni islam ke hindu? Ni masjid kannnnn T_T Aku cakap no no no berpuluh kali dia tak nak dengar. Dalam hati aku ni segala carutan ada!

Tiba tiba ada seorang laki datang tolong. Boleh cakap english. Dia tanya apa masalah semua ni. Aku cerita la aku nak sembahyang kat masjid tu. Lepas tu dia tolong la cakap kan kat orang orang situ, aku nak guna masjid tu. Dalam masjid tu banyak orang. Aku intai semua duk sujud sujud je. Muka sedih macam baru mati anak je. 

Setelah drama panjang panjang tadi, baru berjaya aku bukak kasut aku. Bila aku tanya kat mana nak amik wudhu', orang yang tolong aku tu kata kat dalam masjid tu ada tempat wudhu'. So aku meluru masuk tempat wudhu' tu. Tapi masa tu ada laki tengah amik wudhu'. Aku tunggu la kat pintu dulu. Bila dia dah selesai, dia tak bagi aku masuk pulak. Aku explain sepuluh kali, aku kata nak amik wudhu', nak sembahyang. Dia marah marah kata outside outside. Outside celah mana? Aku kata la, laki tadi cakap boleh amik wudhu' kat sini, pun dia tak bagi. Dia kata kat dalam ni mens only. Babi betui bisik hati aku. Aku keluar, aku cakap kat laki yang tolong tadi tu, tak boleh guna toilet kat dalam tu. Lepas tu laki tu gaduh gaduh mulut dengan laki yang tak bagi aku guna toilet. Adib dah stress dah waktu ni. Hihihih

Lepas tu laki yang nak tolong tu tadi, dia bawak pergi tempat wudhu' yang kat luar punya. Dah la aku pakai boots, jenuh la nak pakai tanggal kasut semua. Nasiblah bijak jugak orang yang nak tolong tu, dia pergi pinjamkan selipar orang lain untuk aku pergi amik wudhu'. Itu pun, dia suruh aku tinggalkan barang barang aku (beg kamera dan boots) kat kaki lima masjid tu. Eh. Memang bodoh la aku kalau aku tinggalkan barang aku macam tu je.

Akhirnya, aku berjaya amik wudhu' dan solat kat dalam masjid tu. Itu pun tak khusyuk. Sebab perempuan perempuan india tu duk pandang pandang aku solat. Bukan pandang biasa, macam heran gila aku tengah buat apa sebenarnya tu, macam heran gila kenapa aku sembahyang kat masjid tu? Rasa nak cungkil cungkil je bijik mata dorang tu. Tapi... Sebenarnya memang ada orang mati pun, tu kira macam majlis tahlil lah gamaknya. Tapi aku tak sangka lah ada mayat kat dalam tu. Ingatkan dah kebumikan dah. Patutlah semua orang pandang pelik je kat aku. Aku sembahyang menghadap mayat kat dalam bilik tu rupanya T_T

Masa aku tengah sembahyang tu, Adib ada kat luar. Ikut turn, kena jaga barang. Tak tau la apa disembangnya dengan laki yang tolong kitorang tu. Aku baru keluar masjid, baru nak pakai stokin, tak dan dan orang tu ajak Adib amik wudhu' pulak. Apa benda yang kepoh sangat ni sampai tak boleh tunggu aku pakai kasut. Dah lah dia insist aku ikut sekali si Adib tu pergi amik wudhu'. Perasaan masa tu memang tak boleh digambarkan! Macam sia sia je aku pergi sembahyang, lepas dah sembahyang aku mencarut carut balik dalam hati ni. Grrrr!

Tepi tempat ambik wudhu' tu ada tembok. So aku pakai kasut kat situ. Si Adib pergi sembahyang kat masjid belakang. Punya la aku sakit hati, kenapa lah kau tak bawak je aku sembahyang kat masjid belakang ni dari tadi. Aman sikit rasanya. Baru dua minit aku ikat tali kasut, laki yang tolong tadi tu, dia suruh aku naik masuk ke masjid. Masjid tu macam ruang sembahyang kat atas tempat aku sembahyang tadi. Aku insist cakap aku tak nak naik, nak duduk je kat luar situ. Lepas tu laki tu duk paksa paksa aku suruh tanggal kasut, and naik atas. Dia kata dangerous la apa la. Aku dah kata aku ok je kat bawah tu, lagi pun ada je perempuan duduk kat sebelah aku tu. Tapi aku tak faham apa yang mamat tu tak puas hati sangat, dia suruh jugak aku bukak kasut dan naik. Heyyy memang sial betul rasanya petang tu.

Rupa rupanya, ada agenda dia suruh aku naik. Lepas Adib habis solat, dia mula tunjuk business card dia. Dia cerita dia ada hotel murah bla bla bla, kalau nak tour ke apa ke, dia boleh arrangekan semua. Lepas tu bila cakap, aku dah lambat nak pergi train station, dia cakap dia ada kawan boleh tolong hantarkan, free aje. Kononnya, it's not about money tujuan dia nak tolong tu. Dia cerita dia nak pergi ke Mekah nanti. So dia fikir, kalau dia buat good deeds, boleh la senang sikit perjalanan dia ke Mekah tu nanti gamaknya. Dah cerita berjela jela tu, Adib refuse semua pertolongan dia. Yelah, orang baik semacam ni mana la kita nak percaya, kan? Tiba tiba bila dah refuse habis tu, dia pulak tanya, "how much you willing to pay?" 

Eh. Tadi kata free? Bahahahah

10 comments:

syieda said...

India ni mmg banyak scam la yer. Betul2 mencabar.

Totty Mat Ali said...

@syieda yezzzaa. yang penting jangan cepat percaya kat sapa sapa :D

Ren said...

Kenapa atas jambatan tu takleh amek gambo? Faktoer keselamatan ke apa?

Part yang duduk dalam masjid muka macam mati anak tu mmg win hahaha

Totty Mat Ali said...

@Ren sebab security reason, takut jambatan kena bom gamaknya. Rules tu dorang ketatkan lepas Bombay bombing dulu. Huhuhuh

LiNaLiNo said...

ok , tak saba nk read sambungan story . haha

Ren said...

Oh ic. Patutla security kat sana semua ketat.

Biqque said...

786 alhamdulillah? HAHAHAHAHAHA ADIB LAWAKKKKKKKKKKK! haih korang ni kelakar la, comel!

tu janggut org ke yg gantung putih2 tu?

Totty Mat Ali said...

@biqque hahahahah konfiden gila dia cakap pasal 786 tu! :)))


tak tahu la tu janggut ke bulu apa, tak try pegang. Geli :ppp

paujiah said...

kat kolkata kat mana hotel budget yg paling strategik utk senang cari makanan halal dan access berjalan2..insya allah end of sept ni sy pergi ke sana...

Totty Mat Ali said...

hi Paujiah :) hotel bajet yang strategik tak berapa nak sure pulak, sebab dekat Kolkata banyak hotel yang tak nak terima foreigner. hari 'tu i stay dekat Georgian inn. Agak ceruk jugak la -.-