Tuesday, March 17

Varanasi: The Sacred Place for Hindus

Aku suka Varanasi.

Aku suka Varanasi sebab aku dapat tangkap gambar lelaki berjambang serabut dan berambut panjang yang hanya Tuhan je tahu entah berapa lama diorang tak shampoo rambut tu. It has always been my dream to photograph them. Tapi kalau kau jenis yang ada sixth sense boleh nampak hantu hantu bertenggek kat badan orang lain, tak payah la excited sangat pegi sini. Entah hantu jenis apa pulak la yang kau akan nampak berkeliaran kat sini nanti. 

Adib tak suka Varanasi. Dia kata taik merata kat sini. Dan itu satu berita buruk untuk dia. Sebab aku suka terpijak tahi bila berjalan kat negara orang. Sejak trip pertama sehingga kini, memang tak sah lah kalau aku tak terpijak tahi. Dan Adib lah yang menjadi mangsa tolong cucikan kasut yang ada kesan tahi tu T_T Jadi... Sebab tu lah dia tak suka Varanasi. Kikiki

Tapi yang penting, mat mat saleh semua suka Varanasi. Dorang rasa tempat ni spiritual, sebab Varanasi ni macam the holiest place for Hindus. Ibarat Mekah kepada Muslims. Ada orang beragama hindu yang sanggup datang ke sini dari jauh untuk buang abu mayat ahli keluarga yang dah meninggal kat Sungai Ganges tu. Dan kadang kadang mat mat saleh yang datang sini, spend berbulan bulan kat Varanasi ni untuk masuk kelas yoga bagi mencapai tahap ketenangan dan keabadian yang tertinggi. Kadang kadang, cara dress up dorang pun dah macam Sadhu Baba tu, baik lelaki mahupun perempuan. Rambut berdandan, rambut berketak dan buat sanggul ke atas kepala, kulit tanned sikit, berjambang yang geli geli sikit tu. Kadang kadang susah nak teka dorang ni local ke mat saleh.


Lepas drama kat masjid semalam, aku akhirnya berjaya ke Howrah train station. Nasib lah sempat sampai, sebab jalan tak jem sangat pun petang tu. Dari Kolkata ke Varanasi, aku naik train sleeper AC3. Mostly yang naik train AC3 ni orang India yang middle class. Tak ada lah boring sagat sebab kau boleh sembang sembang dengan orang India yang naik train tu.

Pukul 9 pagi sampai ke Varanasi. Keluar je train, terkejut beruk rasanya. Sejuk gila! Lagi sejuk dari Cameron Highlands. Menggigil jugak lah kejap.

Seperti biasa, kat mana mana harus lah ada ulat ulat yang ajak naik tuk tuk. Disebabkan itu pertama kali aku naik tuk tuk kat India ni, itu lah pertama kali aku kena ketuk dengan orang tuk tuk tu. Hotel aku dari train station hanya 4KM je. Tapi harga yang mula sekali dia nak offer 150 rupee. Aku rasa macam, mahal gila! Dekat je pun. Dah macam harga naik taxi kat Kolkata je tu. Yang tak boleh tahan, orang tu kata dia tu kerja untuk prepaid taxi kat situ. Tapi bila aku nak pergi cari prepaid taxi tu sendiri, dia tak bagi. Bulat bulat lah aku tolak offer dia yang 150rupee tu. Nampak sangat menipunya pun. Do bear in mind, kalau betul orang tu kerja untuk prepaid taxi, dia tak kan approach dan paksa kau naik taxi dia.

Bila dah tolak offer dia, baru lah dia suruh ikut pergi ke tempat prepaid taxi tu. Tapi kat situ, yang aku nampak tuk tuk aje, tak ada kereta taxi pun. Tapi post untuk prepaid taxi ada je kat situ. Aku pun cari lah rate sebenar untuk ke hotel kat post tu. Malangnya aku tak pasti pulak nama kawasan hotel tu. Mamat india yang duk ikut aku dari tadi duk paksa paksa naik tuk tuk dia dengan harga 150rupee. Bila try nego jadi 100rupee, tak nak kalah. Nak jugak mintak 120rupee. Bila aku beralih ke tuk tuk lain, baru nak kejar kejar "ok sir, 100 rupee". Kusss dapat jugaklah selamatkan RM3. Itu pun, walaupun dah berjaya ketuk aku 100rupee, nak jugak dia berhenti tepi jalan pick up passenger lain. Tamak betul.


Bila dah check in, segarkan badan dan breakfast, aku nak keluar nak pergi ke ghat ghat di sungai Ganges. Matahari dah terik atas kepala. Pukul 12 tengah hari dah. Tapi disebabkan keadaan yang agak windy, pun masih rasa sejuk gila. Empat lapis jugak la baju aku pakai. Ah. Persetankan hari yang sejuk ini. Aku nak jugak berjalan tepi sungai tu walaupun sekejap. Tapi masalahnya tak tau nak ikut jalan mana untuk ke sungai tu. Kat Varanasi ni tak ada signboard. Kalau ada signboard pun, yang jenis lukis lukis kat atas batu aje. Kejap ada kejap hilang signboardnye. 

Keluar dari hotel tu, mujur lah ada seorang mamat india ni tengah jalan kat kawasan hotel. Niat aku cuma nak tanya arah nak ke sungai aje. Ke arah kiri, ataupun kanan? Dalam firasat aku, patutnya dekat je hotel aku dengan sungai tu. Tapi nak dijadikan cerita, mamat india tu bersembang sembang dengan Adib. Dia kata dia boleh tolong tunjuk arah ke sungai. 

Si Adib pulak pergi layankan aje bersembang dengan mamat tu. Kononnya mamat tu claim dia ni kawan. Saja saja je nak tolong bawak aku ronda kat sini. Aku dah dapat baca hint mamat tu. Tapi Adib masih layan bersembang dengan dia T_T

Yang paling obvious, bila dia kata nak bawak pergi kedai kawan dia, ada jual barang barang souvenir. Memang sah. Memang sah mamat ni saja bawak ikut jalan jauh sebab ada agenda lain. Sebab memang lama betul nak sampai ke sungainya haa, padahal dalam google map kata 5 minit je jalan kaki dari hotel. Dah la dalam perjalanan tu, berkali kali dia tekankan "i'm not your tour guide, i'm your friend." Dalam hati aku, si Adib ni tak faham faham lagi ke cue orang ni bagi.. Aku stress betul rasanya. Bila aku refuse tak nak pergi kedai kawan dia, lepas tu aku bincang bincang dengan Adib untuk jalan sendiri je cari ghat ghat tu, mula lah mamat tu menyebok, "is there any problem, is there any problem". Haih

Selepas berkeras bagitau yang aku nak pergi ghat sahaja, tak nak pergi mana mana kedai, baru lah mamat tu bawak pergi ke tepi sungai. Dia sendiri yang bawak tunjuk arah, bukan bagi direction. Maksudnya, dia nak something in return lah. Tapi Adib tak faham jugak gamaknya, dia still layan bersembang dengan orang tu walaupun aku dah bagitau ini semua scam semata mata.

Bila dah sampai dekat ghat, aku cakap kat Adib, aku tak nak orang tu ikut dah! Jadi bila Adib cakap thank you for helping, we just want to walk by ourselves, jeng jeng jeng... Mamat tu mintak duit haaa. Katanya dia dah guna semua energy dan masa dia untuk tunjukkan jalan ke ghat! Aku dah cakap dah, aku dah cakap, bisik hati aku. 

Kalau ikutkan hati, memang tak nak bagi apa pun kat mamat tu. Ye lah, aku mintak direction je, bukan mintak kau tunjukkan jalan! Lepas tu sebok nak mintak duit. Adib pun apa lagi, bergaduh mulut lah dengan dia, ungkit kata tadi kawan apa semua. Bahahahha. Disebabkan tak nak gaduh panjang, Adib pun bagi je lah 50rupee. Itu pun dia demand hoiii nak sampai 300rupee. Gila apa aku nak bagi 300rupee. Apa boleh buat, aku memang takkan bagi lebih dari 50rupee, nak tak nak mamat tu terpaksa blah lah dari situ. Huiii lega rasanya. Ingatkan kot ada adegan bertumbuk ke apa ke tadi, takut jugak rasanya. Hihihi




Excited betul aku bila dah sampai ke ghat ni. Dinding semua colourful dengan cat cat iklan hotel, yoga, restaurant semua.

Dalam pada sibuk aku tangkap gambar dekat ghat tu, ada pulak mamat ular tedung panggil aku suruh ambik gambar dia. Lepas dah ambik gambar, pun dia mintak duit jugak. Haih. Scam lagi T_T Nasiblah dia tak demand nak berapa rupee ke apa. Aku bagi 10rupee jek, cukup lah buat belanja minum chai masala. Jadi, kau kalau ada orang duk approach kau suruh ambik gambar dorang, hati hati lah. Mesti dorang nak something in return. Kurang kurang kau bagi 10rupee, dah ok. Tapi aku perhatikan jugak, macam mana nak lepaskan diri dari bagi duit. Selalunya photographer omputih lah yang aku nampak buat macam ni. Trick dia, lepas dorang dah ambik gambar puas puas, dorang sembang sembang kosong sikit, tepuk bahu sikit, lepas tu dorang blah je tanpa bagi duit. Badan besar boleh le buat gitu. Huhuhu















Selesai photo hunting, aku mula cari restaurant. Disebabkan kat sini the holiest place untuk hindu, so banyak lah kedai kedai vegetarian food. Ada satu kedai ni, tiga hari berturut turut aku berulang ke sini. Murah gila makanan dia. Portion banyak pulak tu. Nama kedai tu Niyati Cafe. Dekat dalam alley yang berdekatan dengan Dasaswamedh Ghat. Cafe tu cat dia warna orange. Cheese naan dia memang sedap hoiii. Tiga hari ulang makan naan yang sama T_T




Malam tu sepatutnya nak tengok Pooja Ceremony dekat Dasawamedh Ghat ni. Tapi nak balik hotel dulu, rehat rehat, solat semua. Disebabkan waktu pergi tadi, ada orang yang tolong bawak kan ke tepi sungai ni, bila nak balik, dah tak tau lah jalan pulang ke hotel. Kalau ikut jalan dalam alley tu, possibility untuk sesat adalah sangat tinggi. Jadi aku ajak Adib lalu je kat sepanjang sungai ni. Agak agak dah dekat, baru naik ke alley.




Lepas lama berjalan, hampir nak give up cari hotelnya. Kaki pun dah sakit. Bila tanya orang local, dua tiga orang bagi direction salah. Kejap ikut sini, kejap ikut sana. End up pusing kat tempat sama je.

Tiba tiba, jumpa seorang budak laki. Katanya dia islam. Dan dia boleh tunjukkan jalan. Ahh sudah, not again? Walaupun Adib dah bagitau dia supaya tak payah tunjukkan jalan, budak tu masih nak ikut jugak balik ke hotel kitorang. Dalam perjalanan tu, dia mula sembang sembang dengan Adib. Dia ajak pergi kedai pakcik dia. Dia cerita, pakcik dia cakap, kalau dia berjaya bawak orang datang kedai pakcik dia, nanti pakcik dia hadiah kan dia bola kriket. Dan dia nak bola kriket tu sangat sangat, sebab nanti dia nak main kriket masa cuti sekolah. Kisah pulak aku kau dapat bola ke tidak kan? Aku cuma nak balik hotel je ni. Tapi sekurang kurangnya dia jujur lah jugak dia bagitau agenda dia tu kan T_T

Bila dah sampai depan hotel tu, budak tu asik tanya je, nak pergi ke tak nak kedai pak cik dia tu? Aku memang tak lah nak pergi kan. Macam macam alasan aku bagi. Bila bagitau nak rehat dulu, dia kata dia boleh tunggu. Bila cakap dah ada plan lain, nak pergi tengok pooja ceremony, dia kata tak pe, lepas pergi kedai dia, dia boleh bawakkan pergi ke ceremony tu. Ahhh, biarkan aje lah budak ni. Aku pun terus masuk hotel tanpa hiraukan budak tu.


Bila dah solat dan rehat kejap, plannya nak pergilah tengok pooja ceremony tu. Tapi bila mengingatkan yang mungkin budak tu ada kat luar pagar, tunggu aku dan Adib, tak jadi terus nak pergi. Tak pe lah, esok malam masih ada T_T

8 comments:

Ren said...

Serius ke banyak taik di jalanan? HaHaHa!!! 😂

Unknown said...

kesiannya budak tu! kejamnye kome, kasi la 50rupees kat dia!! eee hahhaa

Totty Mat Ali said...

Bersepah kiri kanan. Tapi taik lembu kambing dan anjing la. Taik manusia tak tau la ada sekali ke tak 😂😂😂

Totty Mat Ali said...

Dia tak mintak duit, tak payah le bagi. Huhuhu. Tak suruh dia tunjukkan jalan pun haaa, tanya direction je 😂😂😂

Harlaney said...

pegi je kedai pakcik dia.. pakcik dia ckp berjaya bawak je bukan berjaya beli barang huhuhu

Totty Mat Ali said...

ish. nyah tak tau orang india macam mana. sekali dah masuk kedai, dia paksa beli barang dia haa, walaupun mula mula dia cakap, just see it no need to buy. tapi bila dah see, haaa tak dapat lari lagi dah. huhuhu

Biqque said...

muni, yg ada kain kuning dalam rakit kecik tu mayat ke?

dapat gak ko amik gambo laki tua jambang putih tak shampoo bertahun tu hehehe

Totty Mat Ali said...

@biqque hahahah Adib pun ingat tu mayat. Tapi bukan sebenarnya. Macam ranting ranting diorang buat ritual bakar bakar je


huhuhu rugi ooohhh kalau tak ambil peluang tangkap gambar sadhu baba tuuuu. tak semua tempat ada orang tu kikiki