Sunday, September 21

Drama Bridezilla: Tuntutan Tribunal

Tapi jangan harap lah kisah tu akan berakhir di situ sahaja!

Pagi tu aku call dia, ada ringing, tapi dia tak angkat. Macam biasa aku suka check whatsapp dia, tengok dia online ke tidak. Huh. Memang tengah online pun. Tapi sengaja tak nak angkat call aku. Kecut perut la tu nak bagi alasan apa sebab tak ada duit lagi.

Lepas tu, bila asyik call nombor dia je, pandai pulak dia message "Bagi message je, tak payah call. Hantarkan nombor account" Aik. Takut le tu. Hik hik. Mula mula aku bagi masa sampai pukul 11 pagi untuk dia bank in kan duit tu. Tapi macam macam alasan dia bagi. Dia cakap dia kat KL la, kat Kajang la, kerja tak menentu la, tak ada masa nak bank in la, tak ada CIMBClicks la. Alasan macam ni, kau sendiri boleh baca apa maksudnya kan?

Aku kisah pulak kau ada duit ke tidak kan?

Time kau mintak duit kat aku dulu, bukan main "tolong bank duit sebelum 430 petang ye". Time aku mintak 'RM1200 je pun' , tau pulak kau nak cakap, "aku tak janji nak bagi pukul berapa, tapi aku akan bayar hari ni". Nampak sangat kau memang tak ada duit. Entah duit sapa pulak lah yang kena tipu tu kan. Bukan salah aku, aku mintak hak aku je.

Hati aku kuat mengatakan yang dia tak akan bayar duit tu hari ni. Ye lah, dah cakap menipu je memanjang, sapa nak percaya lagi? Apa apa pun, kalau dia tak bayar, memang aku dah get ready nak buat tuntutan tribunal hak pengguna. Aku pun ada ugut dia lagi pagi tu. Pandai pandai sendiri la fikir, nak cemarkan nama butik ke tidak.



Time aku ugut tu, haa macam biasa la dia cakap besar, acah acah dia tak takut lah dengan tuntutan tribunal tu. Apa yang dia tak tahu, aku dah study kaw kaw pasal tribunal tu. Kurang kurang, kalau aku tak jumpa semua resit kain aku, still dia kena bayar RM1000 jugak la. Nasib lah tak boleh tuntut untuk waktu waktu yang dah terbuang sebab mengharapkan servis dia. Kalau boleh tuntut, memang kaya lah aku. Servis yang paling membuang masa dan tenaga yang aku pernah jumpa!

So, aku bagi dia masa sampai last sampai pukul dua petang. Rasanya dia rimas gamaknya aku asik push push, dia pun cakap "tak payah nak tunjuk pandai la. Ko ingat senang senang je ke nak buat tribunal tu. Nak kena siasat semua lagi. Korang nak report, report la. Aku tak kisah"

Amboiii. Tak kisah katanya. So aku expect dia memang tak nak bayar balik duit aku lah.

Pukul dua petang aku pergi bangunan persekutuan. Nak tanya tanya dulu prosedur nak buat tuntutan. Kalau sampai malam ni baki account bank masih tak berganjak, cadangnya awal pagi esok nak shoot balik ke Ipoh untuk buat tuntutan tu. Masa tu aku fikir, tak dapat full payment pun tak apa. Asalkan nama dia, nama company dia kena blacklist ke apa ke. Biar dia rasakan.

Kalau nak buat tuntutan petang tu jugak, memang aku la rugi. Sebab document semua tak complete lagi. Nak pergi beli info butik kat pejabat apa ntah tu pun (untuk isi dalam borang tuntutan), queue queue, pukul 430 petang dah tutup. Ini gara gara dalam wallet masing masing tak ada duit nak bayar fee untuk dapatkan info syarikat tu. So terpaksa pergi buang masa keluarkan duit dulu. Last last tak sempat pun. Tak ada rezeki nampaknya. Atau mungkin, ada hikmahnya?

So... Malam tu aku dah sediakan semua document. Surat aduan aku karang sampai 3 muka surat, mengikut kronologi siap bertarikh lagi. Mantap, tak mantap? Resit semua, aku dah scan, siap pekatkan contrast. Sebab consultant tu cakap, kalau resit pudar, susah sikit hakim nak pertimbangkan. Aku buat je la segala apa yang terdaya. Janji aku dapat hak aku!

Sekali semuanya sia sia.

Pagi tu aku dapat message dari Adib. Dia kata "duit dah masuk!". Aku macam tak percaya. Tiga empat kali jugak aku baca message tu. Aku ingat duit elaun MARA yang dah masuk. Aku pun cek la account CIMB aku. Ermmm. Tak ada pertambahan duit pun. Rupa rupanya, lepas digest, duit ganti rugi yang dah masuknya!

Aku pun pagi pagi tu hembus nafas lega dan gembira lah. Sebab dah tak perlu bersusah payah ulang alik UTP - Ipoh. Cuma rasa sia sia lah mengarang surat sampai 3 muka surat tu. Lepas tu aku sambung la tidur balik. Kan cadangnya nak pergi setelkan tuntutan awal pagi, supaya petang boleh study. Bahahaha

Jadi sekarang, aku dah ada duit, tapi aku masih tak ada baju. Kat mana aku nak beli baju? Bila aku nak cari baju? Bila aku nak turun KL, nak cari dan beli baju? Aku fikir, kalau nak tunggu lepas habis final exam, macam dah lambat sangat. Nanti nak fitting lagi lah, apa lah. Tau tau la, baju dah siap, mana ada size aku kan. Kalau nak pergi KL kejap tu jugak, memang tak la. Bila pulak aku nak study untuk final exam. Lagi sehari je nak paper woiii. 

Buntu, aku buntu.

1 comment:

Biqque said...

setia menunggu cerita berikutnya sambil mengurut dada...