Friday, September 5

Drama Bridezilla: Mengejar Janji Yang Tak Pasti

Ewah, macam tajuk novel cintan cintun pulak kan...

-------------------
Wow...

Berderai air mata aku. 

Dua hari selepas aku ambil baju tu, sebenarnya hari bertunang aku. Dan baju tu aku siapkan awal sebab nak letak atas dulang hantaran.

Tapi, wow sangat gua cakap sama lu!


Wow gila bila tengok baju aku, kain mahal aku hancur macam tu je!

WOWWWWW

Baju tak ikut specification langsung dan buruk gila nokharom! Stress betul rasanya. Lagi stress bila fikir berapa ratus aku dah habiskan untuk kain kain tu. Masalahnya, aku hantar kain untuk buat dua baju, dua dua baju tak ikut specification. Dua dua, ok!

Apakan daya, terpaksa jugak aku ambil baju tu untuk dibuat hantaran. Kalau tidak, kosong pulak satu dulang.

But that's it!

Lepas majlis bertunang, aku serbu butik tu dan mintak dia repair balik baju tu. Bila dimintak suruh repair, dia masih lagi cakap, "ok ok, boleh. Nanti dua minggu lagi siap". Aku tanya sekali lagi, boleh buat ke tidak design aku nak ni? Dia dengan confidentnya cakap, "boleh. Nanti abang buat, repair balik. Jangan risau". 

Masa ni sebenarnya aku dah hilang kepercayaan dah sebenarnya. Aku tengok dia tu macam tak ada kredibiliti langsung. Tapi aku masih bagi peluang untuk dia repair. Kalau nak ikut Akta Hak Pengguna, memang kena bagi peluang untuk orang tu repair balik pun kalau dia dah salah buat. Kalau tak jadi jugak macam apa yang kita nak, baru boleh bawak masuk mahkamah, saman kaw kaw and what not.

Dua minggu aku tunggu untuk tuntut baju baju aku.

Message tak reply, call tak berangkat.

........

Tiba tiba, ada satu minggu tu, dia call mintak duit. Amboiiii, aku message tak nak jawab, bab mintak duit laju je kau call, bisik hati aku. Bila ditanya perihal baju, katanya tak siap lagi. Bila ungkit apa yang dia dah janjikan, tailor pulak yang disalahkan.

Setiap kali call atau message untuk tanya pasal baju, masih tak berjawab. Kadang kadang hilang sabar.

.........

Pertemuan seterusnya, di butik. Nak berbincang hal catering, khemah dan seangkatan dengannya. Bila ditanya lagi tentang baju, dijawabnya "siap pertengahan bulan puasa, nanti ambil la kat kedai"

Bila di tanya progress baju sebelum nak sampai pertengahan bulan puasa tu, masih tak berjawab.

.........

Pertemuan seterusnya bila aku dah hilang sabar, aku decide nak cancel je semua dari butik dia. Dia nak ambil baju aku, ambil lah. Aku dah tak kisah dah. Tapi masalahnya, dia berdolak dalih masa kira kira berapa duit yang aku akan dapat balik kalau aku cancel semuanya. Semua harga harga dalam package, sengaja dia mark up kan supaya aku dapat sikit aje duit deposit.

Bila ditanya lagi tentang baju, dijawabnya "baju tengah buat, jangan la push push tailor tu. Nanti tak jadi. Bagi dia masa nak repair"

..........

Ini tak boleh jadi. Masalahnya dah pertengahan bulan puasa. Tapi apa pun tak ada.

Last last dia cakap, "sebulan sebelum tarikh kahwin, konfem siap baju tu. Jangan risau, ok"

Ok, fine. Kau buat lah baju tu sampai jadi, kalau tak jadi, kau siap sedia je la, bisik hati aku.

Seminggu sebelum tarikh yang dijanjikan, aku bertanya lagi pasal baju. Aku tanya, "14hb dah boleh amik baju kan?" Kau tau apa dia jawab? Dia jawab, "ok, insyallah"

Itulah masalah dengan melayu, banyak yang tak faham konsep insyaallah tu macam mana. Aku malas lah nak elaborate kat sini kan.

Hari jumaat, 15hb, aku message bagitau aku nak datang kedai esok harinya, nak ambil baju. Tapi tak berbalas juga.

Hari sabtu, 16hb, aku expect baju aku dah ada dikedai. Tapi aku saja lah nak try call lagi mamat keparat tu, nak tanya baju aku ada ke tidak. Macam biasalah, dia tak jawab message dan call dari aku. Tapi bila kakak aku call, dia jawab pulak. Memang kurang ajar sangat, ok! Dia bagitau kakak aku, dia ada event kat KL, dan baju aku tak boleh tinggal kat kedai. Motiff tak boleh tinggal kedai? Dia cakap kat kakak aku, baju aku dah siap, hari rabu nanti dia hantar baju.

Part tak boleh tinggal kat kedai lah aku paling berangin sekali. Disebabkan kakak aku tak tahu cerita sebenar, dia percayalah cakap orang butik tu. Tapi aku memang dah tak percaya langsung dah. Sejak dari sini, aku dah syak something. Entah entah baju aku dah jadi lagi teruk gamaknya. Tu pasal dia nak delay delay, aku fikir.

At least sekarang aku tahu, memang dia sengaja elak dari jawab message dan panggilan aku. Ini lagi menguatkan firasat aku bahawasanya, baju aku dah jadi apa entah.

Hari rabu, aku call untuk tanya baju aku dah sampai kedai ke belom. Panggilan masih tak berjawab. Kakak aku call lagi, berjawab pulak. Haii memang nak kena. Dia bagitau kakak aku, dia dah on the way balik ipoh. Tapi lepas kakak aku call tu, dia reply message, cakap petang nanti baru dia bertolak dari KL.

Malam hari yang sama. Aku call lagi. Tapi dia tutup fon pulak. Memang dasar keparat betul lah.

Keesokkan harinya, aku call lagi, haa.. Pandai pulak angkat fon. Itu pun semata mata nak bagitau fon dia kena bar malam tadi. Sebab tu tak jawab call. Boleh? Lepas tu dia cakap dia masih ada kat KL, hari ni baru nak balik. Jadi malam nanti baru dia bagi baju.

Ok, fine. Kita tunggu. Tapi aku tak harap pun dengan kata kata dia tu. Perangai macam orang munafik, tak tau lah aku nak kata apa.

Tiba tiba petang tu, dia call aku balik. Tapi aku sengaja tak jawab. Aku tahu dia nak cari alasan je semata mata. Dah masak sangat dengan perangai macam tu. Sebaliknya, aku yang kena tembak balik oleh kakak aku sebab tak jawab panggilan dia. Amboiii lagi panas hati aku. Orang lain yang salah, aku pulak yang dipersalahkan balik. Dugaan dugaan. Bila aku call, kau tau apa dia cakap "takde, nak konfemkan, baju Munirah yang warna peach tu dress kan, dengan manik manik gold? Yang baju nikah tu warna putih kan?" 

Aku macam, WHAT IS FUCKING WRONG WITH YOU, hari ni baru nak konfemkan? Dah tu selama ni kau buat apa? Aku mampu cakap dalam hati je lah, jaga adab katanya. Memang start dari sini, aku tak harap lah nak pakai baju aku tu. Memang ke laut lah semuanya. Dah boleh baca sangat.

Aku jawab je lah, haah sekian sekian... Dia boleh cakap kat aku, "haa, betul lah ni. Baju dah siap. Cantik. Dah jadi macam yang Munirah nak tu. Nanti malam kang abang Zai hantar kat rumah"

Aku memang tak harap dapat baju malam tu. Tapi, sengaja malam tu aku tunggu jugak call dari dia. Nak tengok betul ke dah siap bajunya. Betul ke dia nak hantar sampai ke depan rumah.

.........

Memang buang masa aku je. Call pun fon dia off, inikan pulak dia nak hantar baju pulak kan.

Esoknya memang aku dah totally hilang sabar. Awal pagi aku bangun, siap siap pergi buat report polis. Ingatkan dia takut lah dengan polis, tapi bila polis suruh datang balai nak setelkan elok elok, dengan polis polis sekali kena tipu. Dia cakap dia ada kat Chemor, padahal kereta dia ada je depan butik.

Tapi tak pe, aku siap consult dengan polis bahagian jenayah lagi. Untuk tau step seterusnya kalau dia buat hal lagi lengah lengahkan pemulangan baju aku. Polis siap suruh saman je dia tu terus. Kikikiki

Lepas setel dengan polis, aku serbu butik dia. Kau tahu apa aku nampak? Kau tahu? Aku nampak, baju aku tu, pembantu kedai dia tengah jahit jahit manik lagi. Dah la baju baju tu dia tak repair langsung apa apa. Boleh tak? Yang selama ni dia cakap, suruh bagi tailor masa jadah semua tu, apa ke benda? Macam sial betul perangai nak menipu pun. Lepas tu, dia siap salahkan tailor lagi. Dia cakap,"tailor tak boleh buat. Abang Zai dah tanya banyak kali baju siap ke belom baju siap ke belom, dorang kata dah siap. Tengok tengok tak boleh buat pun. Tengok la ini pun manik siap pasang salah warna lagi. Abang Zai baru je bukak balik, jahit balik manik warna gold" ---> Padahal, manik yang dia kata salah buat tu, memang manik asal yang salah buat pun. Tak ada pernah salah buat kali kedua pun. Puihhh

Amboiii kau. Cari alasan memang nombor satu kan. Bajet aku ni bodoh sangat lah?

Aku memang dah menyirap habis. Memang aku tak percaya satu apa pun dia cakap tu. Enough is enough la kata orang putih. Kalau ikutkan hati, nak je aku ambil benda keras, aku hempok hempok kaki dia yang baru kena potong sebab kencing manis tu. Nasib lah aku masih ada nilai sivik lagi. Konon.

Haa, lepas tu, bergaduh la tunang aku dengan mamat keparat tu bertengking sana sini. Haa, tau pulak kau, rasa malu bila polis cari. Melenting tanya kenapa sampai report polis. Haaa, baru kau tahu aku siapa. Kalau aku dah betul hilang sabar, siap sedia je la ok. Akhirnya, petang tu aku capai kata sepakat dengan mamat tu.

Aku cakap, aku tak nak baju tu. Dia boleh ambil baju tu, buat lah apa dia nak. Aku nak dia pulangkan duit kos kain aku. Aku nak beli baju lain. Mula mula, dia ada hati lagi nak pujuk aku suruh try baju tu. Haih, dah menyirap macam tu, memang tak la aku nak try. Dah la hodoh. Buat sakit hati je.

Lepas tu aku ugut akan bawak kes ke mahkamah kalau dia tak nak bayar balik. Mula mula, acah acah dia tak gentar langsung lah. Dia cakap, "haa suka hati korang la nak bawak ke mahkamah ke apa ke", tapi last last, dia setuju jugak nak bayar ganti rugi, siap senang senang mintak maaf mengaku salah "haa yela yela, aku salah aku mintak maaf. Aku bayar la duit korang tu. Ingat aku tak ada duit ke? Setakat RM1200 je pun. Hari Isnin korang datang amik duit kat kedai aku".

Aku tunggu hari isnin tu. Pagi pagi aku tunggu depan kedai dia. Kau tahu, hari isnin tu kedai dia TUTUP!

Jadi, secara officialnya, aku tak ada baju pengantin dan aku tak ada duit nak cari baju pengantin lain dan aku tak cukup masa pun nak cari seluruh Ipoh atau nak tempah baju baru. Dengan final exam yang menjelang, memang aku fikir, nak jadi apa, jadi lah.

Aku dah tak kisah lagi.

1 comment:

Biqque said...

ya Allahhhhh siut la mamat tu! baik ko letak full name kedai n location dia and war2 kat semua social media supaya org tak pi buat kat dia dah...naya je...haihhh!