Friday, August 29

Drama Bridezilla: Baju Idaman

Aku akan kahwin lagi dua minggu. Tapi aku masih tak ada baju pengantin. Yes, dua minggu sahaja lagi dan masih tiada baju pengantin.


-----------------------

Hujung tahun lepas bersungguh sungguh aku pergi ke Jakel. Waktu tu masih dalam internship period. Lepas kerja, gigih naik LRT pergi ke Masjid Jamek. Gigih sangat, ok!

Aku mulanya, nak beli kain bajet bajet je. Tak nak spend lebih dari RM500 kononnya. Maklumlah, benda nak pakai sekali je kan. Aku mundar mandir turun naik dalam Jakel tu nak cari kain murah tapi cantik, dan mengikut taste aku. 

Hampa.

Kain murah memang banyak. Pakej pengantin serendah RM250 untuk satu set kain laki perempuan.

Tapi biasa lah...

Kain murah, pattern pun murahan je lah. Memang aku tak berkenan langsung. Dengan glitter, labuci bagai. Sooo makcik makcik datin datin, ok!

Aku pun pergi lah naik ke bahagian pengantin eksklusif. Memang rambang mata. Tapi duit tak berapa nak rambang sangat. Ulang alik nak dekat berjam jam, dalam kepala otak aku, aku nak baju nikah yang simple macam dress Bella Swan dalam cerita Breaking Dawn tu. Classy. Solely guna lace and mushroom button, no beadings. 

Aku gatal lah nak pergi tengok french lace yang jual ikut papan tu. Mampu tengok aje. Disebabkan eksklusif sangat dan one in a million katanya setiap satu papan tu, harganya pun mampu telan air liur aje. Ada lah dalam RM2000+ untuk satu papan lace yang panjangnya dua meter. Itu baru french lace kosong tak ada beadings.

So, straight to the point aku cari lace border aje. Itu je yang mampu. Tak nak guna banyak pun lace nya. Tapi, haruslah cari french lace jugak. Tak nak lah aku pakai lace keras keras. Bukan selalu pun aku boros macam ni kan. Ye ke?

$$$$$ *bunyi duit di cashier*

Beberapa minggu berlalu, aku akhirnya hantar kain kain aku ke sebuah butik di City One Plaza. Butik ni, lebih kurang macam sub-boutique kepada butik yang aku hire untuk wedding. Tapi pada mulanya aku ingat, butik aku hire ni jahit baju sendiri, sebab dia kata "ohhh, boleh boleh, kita ada buat baju, boleh tempah kalau nak"

Pertemuan pertama, aku terangkan lah design baju macam mana yang aku nak. Mula mula semuanya nampak macam ok. Mula mula nampak macam convincing lah jugak. Tapi sebaik sahaja dia lukis design baju aku, nampak macam dia lukis lukisan engineering. 

Bersegi segi. 

Tapi aku masih bersangka baik. Tak reti lukis je kot, bisik hati aku. Bila ditanya, faham ke tidak design ni, boleh buat ke tidak, "boleh boleh, tak ada masalah. Tapi kalau nak cantik macam ni, kena tambah lace la, tak cukup lace ni". Dah sudah suruh tambah lace pulak. Padahal aku dah ukur kat badan sendiri, cukup je lace tu kalau betul ikut design aku nak.

Aku pun pergi lah tambah lace border tu lagi. Sebab dia kata nak siapkan cepat. Nanti aku tak ada masa nak ulang alik Jakelnya, baik lah aku pergi beli dan dan tu jugak. Kang kalau tak beli, tiba tiba tak cukup, nak kena berulang pulak ke Masjid Jamek. Lagi banyak kerja.

$$$$$ *bunyi duit di cashier lagi* Aku mampu pejam mata je masa bayar lace tu. Itu pun berjaya lah sikit kelentong pembantu Jakel tu, cakap designer yang suruh tolong belikan. Dapatlah diskaun sikit.

Tick tock tick tock.

Sebulan lepas hantar kain, baju pun siap. Boleh ambil kat kedai katanya.

Bila sampai kat kedai, aku seakan tak percaya, ini ke baju aku? Seriously? Like, SERIOUSLY...?

Wow...

1 comment:

Biqque said...

mana gambarnyaaaaaaaaaaaaaaa? omg omg...