Friday, April 11

Bandung: Pasar Baru

Sepatutnya entry ini dah tiada lagi.

Alang alang dah ada dalam draft, publishkan aje lah. Sebab nya, semua gambar gambar travel aku sudah selamat hilang. Innalillah... Nak buat macam mana, nak bersedih pun tak guna. Bukan dapat kembalikan gambar gambar tu walaupun walaupun teknologi kian canggih. Aku hanya mampu berserah dan plan trip seterusnya ke tempat yang sama untuk tangkap gambar yang sama. #Eh.

Orang kata bandung ni syurga membeli belah. 

Memandangkan ini experience pertama aku jejak kaki ke tanah Indonesia, aku percayalah memang syurga beli belah pun. Sepatutnya trip aku ke Bandung ni, pergi dengan kakak aku. Dia jugak yang sponsor tiket aku ke Bandung ni. Tapi.... last minute tu, sang suaminya tak dapat cuti, kena kerja. So terpaksalah cancel.

Mulanya aku pun malas nak pergi kalau tak ada dorang. Sebab satu satunya trip aku ke luar negara, ke Koh Lipe tu la. Itu pun dekat je, naik bot je. Aku masih takut takut lagi nak travel masa ni. Lepas tu kakak aku suruh jugak aku pergi ha. Dia suruh aku pergi dengam co-traveler aku tu la. Co-traveler aku pun excited nak pergi haa. Pertama kali naik flight katanya. Dia pun redha walaupun rege tiket flight dia tujuh kali ganda mahal dari tiket aku. Tiket aku harganya RM65 aje.

Flight aku sampai di airport Bandung, malam. Jadi sesampai je aku di sana, terus cari teksi untuk ke komplex Paskal Hyper Square. Kat sini hostel penginapan aku. Kalau dah sampainya pun malam, kroh kroh aja yang boleh. Bandung ni kan tutup awal semuanya.


Jadi pagi esoknya, aku bangun awal dan bergegas ke train station yang berdekatan. Dekat sangat statiun Bandung tu. Dari hostel aku, ada lah dalam 10 minit perjalanan. Pagi pagi tu, terkejut aku! Sebab cuaca pagi di Bandung tu sejuk! Macam tak percaya OK!

Kisahnya aku ke train station ni, nak beli tiket ke Jogjakarta. Sebenarnya, masa ni aku masih noob buat hal hal itinerary ni. Tak tahu pun apa yang patut dibuat dalam itinerary tu. Harga pun tak buat research. Anggaran kasar je semuanya. Cukup tak cukup, belasah aje. Lagipun kakak kakak aku, dah bagi duit lebih siap siap. Perbelanjaan aku kat sana, semua ditanggung walaupun mereka tidak bersama aku. Eceehhh. Jadi aku cuma bawak duit shopping aje.


Jadi lepas dah beli tiket train malam ni untuk ke Jogja, aku pun kembali ke arah hostel aku tu. Dalam perjalanan, aku ternampak orang berak tepi sungai. Haah, ada sungai kecik kat situ. Ala ala macam sungai kat sebelah tempat pejalan kaki dekat stesenJelatek sana tu ha. Terkejut beruk aku lagi terpandang benda benda jijik macam tu di pagi hari.

Jadi ini lah tempat hostel aku. Ada jugak hostel hostel lain kat sini. Yag seronok nya kalau cari penginapan kat sini, dekat jugak dengan Pasar Baru tu! Apa lagi, memang itu pun aktiviti hari pertama, shopping sampai cramp kaki lah jawabnyaaaaa!



Jaga jaga. Ini baru tepi jalan.



Tengok orang ni, nak shopping sakan punya pasal, siap bawak beg Deuter kosong lagi haaa. Ewahhhh






Alamak. Kedai tutup lagi? Hihihi. Awal sangat datangnya pun. Kedai bukak pukul 9 10 pagi macam tu. Tapi jangan risau, ada je kedai yang dah bukak. Kalau nak, singgah lah, boleh dapat diskaun banyak kalau pergi time time macam ni. Sebab ikut kepercayaan dorang, customer pertama datang awal pagi tu bawak rezeki. Jadi seboleh bolehnya dorang tak nak lah hilang rezeki tu. So, boleh la nego kaw kaw punya. Aku pun apa lagi, borong lah apa yang ada!


Seronok sangat haiii cuci mata kat sini. Rambang mata jadinya. Tak sempat nak tangkap gambar dah. Tengah hari pulak, makan dekat foodcourt kat Pasar Baru tu. Tingkat atas sekali tu je. Tak payah nak cari kedai makan kat luar. Lepas makan boleh sambung shopping balik. 



Orang kata, Pasar Baru ni syurga bakal pengantin jugak. Sebab ada banyak kedai kain kat sini. Murah memang berbaloi baloi. Cuma kualiti mungkin bukan gred A+++++. Kalau yang mahal tu mungkin lah berkualiti sikit.Yang seronok nya pergi kedai kain ni, orang kedai tu layan kau macam princess OK! Kedai yang aku pergi ni (bukan dalam gambar ni), siap sediakan teh botol dengan sandwich lagi bagi aku jamah. Siap boleh bertambah tambah. Aku pulak naik segan sebab aku tak konfem nak beli kain tu. Kih kih kih. Tapi orang kata rezeki jangan ditolak.




Selesai membeli belah, beg deuter pun dah penuh sepenuhnya, aku pun balik ke hostel semula. Ye lah, nak kena bersiap siap, sebab nak ke Jogja malam tu untuk day trip esoknya. Kang tertinggal train kang, naya pulak nak beli tiket baru.

Angkutan kota. Ini lah public transport di Bandung. Acah acah minibus lah gitu. Setiap warna angkutan ni, maksudnya, dia bergerak di certain certain area je. Jadi pandai pandai le buat research sebelum nak naik angkutan ni. Jangan pakai naik je pulak dah, kang sesat barat engkau. Ini lah pengangkutan aku di hari hari yang berikutnya. Hari pertama ni masih menggunakan kaki lagi. 


Ini pulak nama dia Steve. Kenalan baru co-traveler aku masa dekat Bandung tu. Dia ni macam IT consultant la gitu. Dah beberapa bulan dia ada dekat Java ni, starting point dari Jakarta. Dia kerja, guna hanfon nokia dia yang ada keyboard tu ha. Seronok je aku tengok. Dah la dapat bercuti, duit masuk pulak tu. Asalkan ada wifi, jalan. Errmmm. Kan aku dah kata, co-traveler aku ni banyak mulut, macam maca dikoreknya. Entah sapa sapa entah dia sembang nye ha. Tapi bila dah sesat, suruh tanya jalan kat orang kampung, berat pulak mulutnya nak tanya. Tak faham le aku.


Perjalanan dari Bandung ke Jogja, naik train, adalah lebih kurang 8 jam. Jadi malam tu, aku tidur dalam train le! Kebas segala tulang belakang tulang tengkuk aku. Train ni dia tak guna aircond tak silap aku. Tapi bila malam malam, sejuk sangat. Sebab angin dari luar masuk ikut lubang lubang yang ada. Jadi bawa lah sweater yang tebal.


Ok, sehingga kita berjumpa lagi lah di entry Bandung ni. Kalau aku rajin nak cerita, aku korek lah saki baki gambar yang ada dekat facebook untuk tampal kat sini ye.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.