Monday, March 24

#3 Awal atau Lambat?

Terpulang lah.

Setengah orang, menunggu rezeki jatuh ke riba. Setengah lagi berhempas pulas mencari rezeki yang mungkin masih jauh lagi perjalanannya.

Aku. Aku pilih untuk tidak menunggu. Kerana aku fikir masa itu sangat berharga. Tak ada alat yang dapat menggantikan masa masa aku yang terbazir, lalu begitu saja. Aku tahu, sekiranya aku menunggu, aku akan menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, peluang datang sekali. Aku tahu, kau tak faham kenapa aku guna pepatah tu. Biar lah aku sorang je yang tahu. Hik hik hik

Ceritanya, saban hari, aku selalu nampak kawan kawan baya aku ni, share link link seperti "10 reason you shouldn't get married at young age" la, "5 reasons you should wait until you're 30" laa, "10 things you should do before you get married" and etc etc etc. 

Terasa jugak la... sikit. 

Macam dituju untuk aku je. Aku tau, aku ni cepat perasan. Kih kih kih. Sebenarnya tak terasa pun. Drama aje tu. Aku tahu, mungkin orang orang yang post benda macam dia, dia tengah in denial. Mungkin.

Sebenarnya terpulang lah kau nak kahwin awal atau lambat. Cumanya, reason kenapa nak jadi anak dara tua dulu walaupun sebenarnya dah ada pakwe/boyfriend/abang angkat dan seangkatan dengannya tu tak masuk akal. Kalau memang kau tak ada hubungan dengan sesiapa, itu masuk akal lah. Sebab dah tak ada calon, tak ada saham yang nak dipegang lama lama. Itu pun kalau kau faham saham apa yang aku maksudkan.

"Let's get married"
"No, we can't"
"Why not?"
"Need I state the obvious?"
"And what is that?"
"That we are of the same species?" (Jegil mata)
"Oh my, all this while, how come I never notice that my son is a homosex?!"
*Sorry for the wild, inappropriate imagination. Mih mih mih*

Tak dinafikan, lepas aku buat keputusan nak kahwin di usia muda, kadang kadang aku ada lah terfikir, ragu ragu sikit, betul ke apa aku buat ni? Aku ni serious ke? Tak menyesal ke nanti? Nanti tak cukup duit makan minum macam mana? Tak kan nak muka tebal mintak duit kat keluarga? Tak kan nak itu, tak kan nak ini? Itu macam mana? Ini macam mana? Macam macam lah. Aku tahu, banyak sangat aku fikirkan sebenarnya. Walaupun benda tu tak ada lah complicated pun.

Tapi aku tahu. Aku tahu, itu semua bisikan syaitan. Syaitan kan suka berbisik, menanam perasaan ragu ragu dalam manusia bagi merobohkan niat yang baik. Yang belum berkahwin, dibisik untuk berzina. Berzina ni context dia luas. Bukan sekadar kepala masuk helmet aje namanya zina. Keluar berdua walaupun tempat banyak orang pun zina, rindu merindu pun zina. Yang dah berkahwin pula, dibisik untuk bercerai. Kalau tak bercerai, disuntiknya perasaan ragu ragu, saling tak mempercayai antara suami isteri. Licik, bukan? Aku tahu, kalau nak sesuatu yang baik, walaupun Allah kata akan permudahkan semuanya, tapi mesti akan ada sedikit sebanyak ujian dan halangan untuk uji kau tu kuat atau tidak. But hey, game on!

Kahwin awal. 

How does that sound to you? Awal. Mungkin... seawal 18 tahun dah ada orang yang dah kahwin. Ada juga yang dah beranak pun pada umur 21 tahun. Mungkin sesetengah tu berpendapat, 25 tahun tu pun masih awal untuk mendirikan masjid. Ada kata kahwin awal ni tak bagus, membebankan dan patut dielakkan. Tapi tahukah anda, Nabi Muhammad S.A.W berkahwin untuk perkahwinannya yang pertama, adalah pada bilamana usia baginda adalah 25 tahun? Kalau nabi kita pun buat macam tu, kahwin seawal 25 tahun, kenapa orang boleh kata, kahwin awal tu tak bagus? Dan. Tahukah anda, Nabi Muhammad telah menikahi Siti Aisyah ketika umur Siti Aisyah hanya belasan tahun? To be more specific, mungkin 14 atau 15 tahun. Tentang umurnya, masih banyak yang berdebat atas perbezaan pendapat. Ada yang kata 9 tahun, ada yang kata 15 tahun. Allahualam. 

Imagine. Kalau umur 15 tahun, kita masih di tingkatan tiga. Imagine lagi, di usia yang sangat muda, Siti Aisyah dah pegang tanggungjawab yang besar. Kalau Siti Aisyah boleh, kenapa kita tak boleh? Sama macam kita, dia pun manusia biasa. Ada sedih gembira, ada susah senang, ada sihat dan sakit. Kenapa pulak tak boleh nak bandingkan dengan mereka? Bukan kah mereka patut dijadikan role model? Allah pilih kekasih AgungNya dikalangan manusia juga, supaya kita lebih senang mencontohi. Cuba kalau Allah pilih malaikat, letak di tempat Muhammad S.A.W, mungkin umat manusia akan cakap "mana boleh nak bandingkan, itu malaikat, bukan manusia". Tak gitu?

Jadi, kalau baginda Rasulullah, dan Siti Aisyah boleh kahwin pada umur yang begitu muda, apa yang membuatkan orang sekeliling fikir, tak elok atau tak patut kahwin awal? Bukan kah sunnah untuk berkahwin awal? Bukan ke hadis ada kata, kalau dah ketemu seseorang, nikahi lah secepat mungkin.

Sunnah dah tak sesuai dengan zaman? Aku rasa, dalam islam, semua ajarannya tak akan lapuk dek zaman. Pergi lah lubang mana pun. Kalau nak ikutkan, cuba tanya parents parents kita, umur berapa dorang kahwin dulu? Aku boleh jamin, semua kahwin muda. Tapi mereka tak ada masalah pun?

Ada yang kata, kahwin muda,

1. Kau akan melalui saat saat financial yang tak stabil
2. Kau masih tak matang, tak kenal diri, belum develop character sendiri
3. Kau tak akan dapat merasa kehidupan sepenuhnya (live life to the fullest bak kata omputih), sebab nanti penuh tanggungjawab, stress
4. Kau tak dapat capai impian kau yang tinggi sangat tu
5. Kahwin tu selama lamanya, kenapa perlu terburu buru?
6. Kau tak boleh buat apa yang kau suka, macam travel, sukan bermotor etc. Kau tak ada masa untuk diri sendiri, nanti asik kena layan bini/suami aje

Mungkin ada benarnya persepsi tu, but look at the bright side.

1. Selepas kahwin, dikatakan murah rezeki. Murah rezeki ni, bukan lah duit turun dari langit macam cerita santa claus bagi hadiah waktu christmas tu. Rezeki masih perlu dicari. Mungkin bukan dalam bentuk wang, mungkin Allah akan permudahkan urusan yang lain. Kalau kau masih belajar, mungkin Allah tolong terangkan hati untuk jawab peperiksaan. Mungkin kau akan dapat result yang cemerlang? Bila result cemerlang, mungkin sejuk sikit mata orang tengok resume kau, senang dapat kerja, bonus pulak bila dapat syarikat global, gaji besar. Fikirlah. Financial ni pulak, tak boleh nak cakap banyak. Semua ni terletak pada tangan orang yang menguruskan duit tu. Kalau gaji kau pun dah masuk lima angka, kalau boros memanjang, pun akan ada masalah financial jugak. Tak gitu?

2. Kalau nak ikut matang, umur 50 tahun pun tak tentu dah matang. Matang bukan di ukur pada umur.  Kalau nak ikutkan, yang orang tua dok kata "aku dah berumur lagi dari kau. Aku dah makan garam dulu, aku tau lah selok belok" tu sebenarnya boleh dikata invalid argument. Kematangan sebenarnya diukur dengan cara pemikiran. Kalau umur dah separuh abad pun masih nak berkelakuan macam macam, semua hal dipandang ringan, sampai mati pun tak akan jumpa apa itu matang yang sebenarnya. Jadi, fikirlah.

3. Tanggungjawab ni, dipikul bukan atas bahu seorang. Tapi atas bahu dua orang. Kau kahwin bukan untuk keseorangan. Cuba kau try angkat atau gerakkan almari penuh baju seorang diri, mesti almari tu tak bergerak kan. Tapi bila kau mintak tolong seseorang untuk angkat atau gerakan, mesti beban yang kau rasa tu dah kurang sikit. So macam tu lah konsep dia. Jangan lah pulak kau pergi kahwin dengan lelaki kaki botol, mat rempit, yang dah sah sah boleh mendatangkan kemudaratan. Itu cari nahas namanya.

4. Tak boleh nak capai impian? Aku rasa, dengan adanya seseorang disisi kau, teman kau sepanjang masa, lagi senang kau nak capai impian kau. Sebab your special someone tu, ibarat base kepada kejayaan kau. Apa guna, kau capai impian kau yang tertinggi, tapi kau tak ada sapa sapa nak share? Share dengan best buddy? Feeling dia tak sama babe. Share dengan boyfriend? He's just a boyfriend. Tak ada tali ikatan. Bila bila masa dia boleh pergi. Lepas tu? Impian yang dah tercapai tu, mungkin dah rasa tak sama, rasa tak berbaloi, tak bernilai. Share dengan parents? Disebabkan perbezaan umur, excitement dia tak sama.

5. Apa yang terburu buru? Kalau kenal dah lebih setahun, kira terburu buru ke? Ada orang, tiga bulan kenal dah terus membina mahligai. Sebenarnya bukan terburu buru. Macam aku cakap, mungkin orang yang fikir macam ni, dia masih in denial. Mungkin dia tak fikir, lagi awal kau kahwin dengan si dia, lagi banyak susah senang kau dengan dia, lagi sayanglah kau dengan si dia atas hubungan suami isteri tu. Sebabnya, bila difikirkan, tak kan lah nak bercerai berai lepas dah kononnya lah 10 tahun bersama? Kalau dah ketentuan apa boleh buat. Tapi masih ada cara untuk selamatkan perkahwinan tu. Cuma jangan putus asa. Bila agak agak dibisik, fikirlah balik kenagan manis. Tak rasa membazir ke masa masa yang dihabiskan bersama? Ini. Ini secara tidak langsung akan buat kau jadi lebih matang jugak. Lagi pun, lagi awal kau kahwin, lagi sikit saham belah kiri kau. Tak ada zina mata, zina hati dan lain lain jenis zina lah. Tenteram je rasa. Tak nak ke rasa macam tu? Tak teringin ke nak macam tu? Fikirlah.

6. Tak ada masa untuk diri sendiri? Asik kena layan suami, berkepit dengan bini aje? Bila dah selesa berdua je, kau masih nak berseorangan ke? Kalau aku, dah halal semua, idak la aku nak buat semuanya sorang sorang ha. Sunyi sunyi gitu, layan perasaan sorang sorang, dapat apa? Kau suka duduk sorang sorang walaupun dah boleh berteman tanpa dosa? Laki/bini tak bagi keluar dengan geng? Apa susah. Bawak aja laki atau bini tu keluar sekali. Kalau kau nak girls' day out dengan kawan kawan kau, kau bagi lah men's day out jugak untuk laki kau. Kalau hobi lain lain pulak, bagus lah. Kurang kurang, itu menunjukkan yang kau masih ada sedikit ruang untuk diri sendiri. Bukan nak 'masa sendirian' duduk menonong semata mata. Hobi lain lain, share lah bersama. Tak ada lah boring berkepit buat benda sama aje. Boleh buat banyak aktiviti. Macam, bulan ni pergi main go kart. Bulan depan pergi travel. Dan rotate lah setiap bulan atau ikut kesukaan. Bukan ke lagi seronok macam tu? Ini asik asik, pergi shopping mall, tengok wayang, makan, sembang sikit, balik. Erghhh. Bosan nyaaaa...

7. Lepas tu pulak, kalau kahwin awal, kau boleh membimbing antara satu sama lain. Belajar mengaji sama sama ke, mendalami ilmu agama ke. Tak kan lah dah umur 20-an, masih nak mak ayah jugak yang mengajar mengaji? Tak kan umur dah 30-an baru nak mulakan semua tu? Dan mungkin kadang kadang ada yang jenis tak suka ke majlis ilmu. Tapi si suaminya pulak, suka dengar dengar ceramah islamik. Tak kira lah tengok live atau dalam Youtube. Mungkin sebelum tidur, si suami boleh berdakwah kejap dengan isterinya dengan manja manja sikit. Iye lah, kadang kadang orang pompuan ni cepat benor sentapnye. Cakap suruh berubah sikit, marah, melenting. Mungkin si suami boleh gunakan cara ni untuk lembutkan hati isteri supaya berubah? Kalau setakat boyfriend girlfriend berdakwah, entah la. Aku fikir ke laut je semua tu. Jadi... Fikirlah.

Aku bukan lah nak serang orang yang fikir kahwin awal ni tak elok. Aku cuma nak menyampaikan, kadang kadang ada yang positif dalam apa yang difikirkan negatif. Jangan nak salah faham tak tentu hala pulak. Tapi apa pun, semuanya terletak di tangan masing masing. Aku tak nak kahwin lambat, sebab aku tak nak menyesal di kemudian hari memikirkan kenapa lah aku tak berani nak amik risiko untuk kahwin awal. Hihihi

No comments: