Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Friday, May 23

Aku Seorang Tunangan

Gahhh.

I am not happy. 

I am not happy that I looked like a geisha on my engagement day.

This is not the ordinary happy blog entry on the E-day. Maaf le. Aku bukan macam perempuan lain yang review, "oh majlis berjalan lancar, semuanya perfect, I like my make up, I like my outfit, I like my.. everything. I can't wait to have this and that bla bla bla..." Urghhh.

Stress betul rasanya. I've learnt my lesson. Especially on the boutique that I've hired.

Pagi pagi aku bangun siapkan meja candy buffet untuk majlis ni. Aku mula nya tak heran pun nak buat candy candy buffet ni. Tapi mak aku dah bagi bagi hint nak buat macam macam. Aku pun tak tau nak kata apa dah. Aku pun ikut cakap kakak kakak aku. Dari aku spend duit untuk candy buffet buat masa kahwin nanti, baik lah aku buat masa tunang ni. Tak ada la banyak sangat benda dan makanan atau candy nak kena belinya. Kusss selamat sikit rasanya. 

Wednesday, May 21

Cerita Hujung Minggu

Kita berehat sebentar dari tulis entry percutian aku ye. Cuma nak bagitau yang...

I'm engaged.

Yes, I am.


September 2014.

Save the date.

Nantikan gambar gambar lain di kemudian hari. Tak nak upload kat facebook. Rahsia semua ni. Bahahaha

Thursday, February 13

Random thoughts #1

My apology, but I just think it is totally unnecessary.

Dulu. Aku berangan. Bila aku nak kahwin nanti aku nak se-grand yang boleh. Aku nak pelamin penuh fresh flower. Aku nak baju rekaan designer. Aku nak pelamin besar, ala twilight wedding. Aku nak hantaran RM30k. Semua nya perlukan duit yang banyak. Sangat banyak. Aku tak fikir hal selepas kahwin. Ok tipu. Aku fikir jugak la sikit. Aku nak, lepas kahwin tu aku dah terus ada rumah sendiri. Tinggal nak furnishing je. Bagi merealisasikan angan angan aku ni, of course aku kena kerja dulu. Bakal suami aku pun kena kerja dulu. Kalau dia anak dato', itu bonus. Maklumlah, bak kata orang, dapat bank bergerak. Petik jari semua dapat.

Tapi, as I grow up - a little,  aku fikir aku tak perlukan majlis perkahwinan yang mewah. Aku tak perlukan tempat yang mewah untuk buat majlis kahwin aku. Aku tak perlukan pelamin yang harga sampai mencecah tiga empat ribu. Aku tak perlukan baju rekaan jovian mandagie, atau rizman ruzaini, hatta dolmat or whatsoever.

Aku hanya nak majlis yang paling simple. Yang tetamu tetamu aku terdiri dari ahli keluarga sahaja, you know, like a close wedding where you only invited a hundred of people. Aku tak perlukan majlis bertunang, apatah lagi hantaran. Tapi kalau dapat, bonus la, sbb duit hantaran boleh guna untuk lepas dah kahwin. Tapi kalau tak ada, tak apa lah, asalkan duit nak bayar buat majlis bayar sama sama. Pengsan la kalau aku sorang je bayar kan. Lagi pun dalam islam, tak ada pun hantaran. Ini semua adaptasi dari agama hindu. Aku cuma nak mintak mas kahwin je mahal sikit. Kikiki. Walaupun dah ditetapkan kat Perak RM80 je. Tapi apa salahnya lelaki tu appreciate aku lebih sikit kan. Lagi pun, memang hak aku mas kahwin tu. So aku rasa, boleh aku mintak lebih sikit. Kalau RM 80 tu, nak makan kat Amarin Thai pun tak lepas. Eh.